Oktober 08, 2013

BERANAK



            ‘ Dah minum air petang’.  Tiba-tiba aku mendengar Si Penjual Suara.  Ingatkan nak beli suratkhabar lama.  Aku membuka pintu depan mencari suara tadi.  Keropok ikan parang masih dalam kuali.  Tiba-tiba Acik Zainal membacakan coretanku dalam Adila.  Cerita orang dah bersara, siapa nak dengar?  Habis sahaja coretan dibaca, telefon rumah berdering-dering respon daripada sahabat-sahabat.  Selepas itu aku bergegas ke dapur.  Ya Allah.  Bila keropokku jadi hitam legam.  Pahit.  Dah tak rasa ikan parang lagi.  Aku melatah meminta maaf dengan Fiza.  Sebab tadi dia baru puji aku.

PAK USU



            Azan Hari Raya membuka tirai subuh.  Sayunya mengguris kalbu sehingga lukanya berdarah semula.  Lagi pula orang tua semacam aku ini, cepat tersentuh memberikan makna yang berlainan.  Syukurlah kepada Allah kerana dapat berkumpul pada hari raya tahun ini.  Tahun lepas, aku berada di US pada pertengahan puasa dan raya.  Tahun sebelumnya aku berada di China sebelum menjelang raya.  Tahun ini, majikan agaknya kesian melihatku asyik berada di rantau orang.

JEREBU



                Jerebu menyerang beberapa negeri di Malaysia.  Ada kenderaan darat dan laut yang bertembung antara satu dengan lain.  Tak sengaja bila pandangan yang dekat ditarik oleh Allah.  Seperti aku orang yang dah tua.  Dulu tak rabun.  Sekarang rabun.  Celek mata saja meraba-raba cari cermin mata.  Itulah hakikat hidup yang aku mesti fahami.  Kurniaan Tuhan telah ditarik balik.  Segala-galanya bukan mutlak untuk kita.  Kita berupa pinjaman sahaja.

OKU



            Perubahan kuperhatikan ibarat sampah.  Buang sahaja bila ianya telah membuak penuh dalam tong.  Esok kumpulll lagi dengan mata yang buta.  Diharapkan tidak begitu sahabatku.  Anda didoakan tidak buta hati dan buta mata.  Orang yang buta mata begitu terang dan jelas. Sesungguhnya, anda adalah golongan manusia yang senatiasa dalam kerugian.  Apa taknya kerugian, kalau buta hati membalut seumur hidup?

September 09, 2013

SUARA SUBUH - PUASA 2013



            Mentari masih menyorok dan bertasbih kepada Allah.  Waktu subuh yang dingin itu kucoretkan dalam perjalananku.  Langkahku semakin deras bagi menunaikan tanggungjawab kepada Maha Pencipta.  Tercungap-cungap juga rasanya bagi seorang insan yang sedang meniti usia emas masuk ke masid mengerjakan beberapa solat sunah yang jarang kutinggalkan. Segala-galanya bukannya ‘Ancaman’ seperti kita memilih antah beras.  Ianya ‘Peluang’ yang diberikan kepada kita hanya setahun sekali saja.  Sesungguhnya udara yang kita hidu itu tidak sebersih yang kita sangkakan.  Kekotorannya melekat menjadi daki yang berlapis-lapis setiap tahun.  Agak jenuh juga kita menghilangkan daki yang sudah bertahun-tahun lamanya.

ABD RAHIM ABD RAHMAN - TINGKATAN 5



                Sekolah rendah 6 tahun.  Sekolah menengah 5 tahun.  Tak jumpa 43 tahun.  Pertemuan hanya 11 tahun sahaja.  Perpisahan 43 tahun lamanya. Pertemuaan dulu sungguh menggamit kenangan.  Perasaan pilu membasahi kertas tisu yang disediakan oleh Dollah.  Bukan mengesat mulut setelah kenyang.  Tapi mengesat air mata, bila pertanyaan liar dikemukakan sahabat.  Mana Salleh, Ramlan, Zaleha Radziah dan Somali dan rakan-rakan lain yang tidak nampak muka?  Mereka pergi dulu meninggalkan kita ke alam yang kekal abadi.  Seorang rakan mengepali rakan-rakan membisikkan Al-Fatihah kepada rakan-rakan yang tiada.

LIPAT MAUT - TAKRAW



            Lumrah dunia.  Yang hilang menggamit kenangan.  Yang baru tersemat di hati.  Hujung dan pangkal sama sahaja.  Tiba masanya akan lesap.  Aku mengejanya beberapa kali dan bercakap seorang diri.  SEAP dan melarat pula kepada SEA. macam budak kecil dulu belajar mengeja.  Air mataku berjurai bila lagu Negaraku dimainkan.  Aku bukan sahaja berhempas pulas di gelanggang, tetapi ingin menyanyikan senandung Negaraku sehingga nyawa bercerai badan.  Bukan mudah aku berdiri di pentas juara sambil melambai-lambaikan tanganku. Leherku berkalong pingat kemenangan, manakala tanganku mendakap cenderamata iringan.