Julai 31, 2013

MAK ADILA



            Air mata seorang ibu.  Mengalir lesu pada kedutan pipinya.  Malam, bukan untuknya menutup pintu mata.  Siang dan malam, asyik bermimpi tentang kesejahteraan anaknya di dalam buaian.  Kadang-kadang, ia tertidur di bawah buaian kain.  Fikirannya masih tidak luput mendendangkan lagu-lagu klasik seorang ibu, walaupun matanya terpejam seketika.  Dia bergegas bangun bila terasa air menitis dari buaian yang sudah terhenti lama.

Julai 29, 2013

PERJALANAN



            Dua tahun aku berjalan ke tempat biasa setiap hari mencari-cari identitiku.  Wajahku kelam walaupun dalam terang.  Aku nampak jerawat di mukaku, tapi aku masih samar memahami identitiku. Mungkin aku silau dalam matahari yang menyelinap setiap sudut diriku.  Bebola matahari yang bersinar merah bukan setakat menggantikan malam dengan siang.  Matahari yang segan silu itu, memancarkan dengan tepat pada setiap inci tubuhku, mendedahkan kopeng-kopeng kudis yang lama dan baru untuk diubati segera. Lantaran itu, aku membiarkan senjakala yang lewat menebarkan kemerahan cahayanya tetekala hari mula malam.

Julai 05, 2013

TAIB KASSIM



Pembaca Coretan:                    Dicadangkan Abd Rahman Ismail.
Muzik latarbelakang:               Madu Tiga (kalau ada).

Hai senangnya dalam hati
Kalau beristeri dua
Seperti dunia
Hai ana yang punya...

Aku tak pandai membohong
Mestilah berterus terang
Di dalam, ADILA
Menggamit Kenangan
(Dipadankan filem Madu Tiga, tapi Rahman kena nyanyi)