Ogos 12, 2013

JAMILAH



            Biasalah kalau tak cukup tangan.  Ada duduk atas kerusi.  Ada duduk atas lantai.  Ada duduk di luar rumah sahaja melihat fanorama rumah.  Ketupat yang digantung makin susut.  Laris macam orang jual air batu musim panas.  Anak-anak buah abah masih berkunjung ke rumah abah, walaupun abah dan mak tiada lagi.  Nak jumpa sepupu.  Kalau tak raya susah nak jumpa.  Masing-masing bawa anak dan cucu menjengukku sekeluarga semasa hari raya kedua.

SUARA SUBUH 2



            Mentari masih menyorok dan bertasbih kepada Allah.  Waktu subuh yang dingin itu kucoretkan dalam perjalananku.  Langkahku semakin deras bagi menunaikan tanggungjawab kepada Maha Pencipta.  Tercungap-cungap juga rasanya bagi seorang insan yang sedang meniti usia emas masuk ke masid mengerjakan beberapa solat sunat yang jarang kutinggalkan. Segala-galanya bukannya ‘Ancaman’ seperti kita memilih antah beras.  Ianya ‘Peluang’ yang diberikan kepada kita hanya setahun sekali saja.  Sesungguhnya udara yang kita hidu itu tidak sebersih yang kita sangkakan.  Kekotorannya melekat menjadi daki yang berlapis-lapis setiap tahun.  Agak jenguh juga kita menghilangkan daki yang sudah bertahun-tahun lamanya.

Ogos 05, 2013

NINI



            Bayangkan si manis yang sedang berumur 23 tahun?  Gambar-gambar semasa kecilnya ditayangkan dilayar putih.  Comelnya dia berfokus kepada kamera bapanya. Dia mungkin sentiasa diintip oleh setiap lelaki. Tapi tidak mudah ia melayarkan kapal perkahwinannya. Biarlah cintanya berkembang dengan lelaki semasa di bangku sekolah dulu. Ramai lagi perempuan di menara gading yang boleh dijadikan pujaan hati. Beribu-ribu harapan yang bertaut untuk mencerimankan masa depannya begitu pudar.  Nasib yang ditentukan oleh Allah tidaklah sama dengan kakak dan abangnya. Dia merangkak dari matrikulasi hingga ke menara gading.  Bukannya tak pandai. Keputusannya dalam SPM adalah calon cemerlang. Walaupun belajar di dalam negeri sahaja, dia dapat membuktikan bahawa nasibnya telah ditentukan.  Dia telah ditawarkan ke peringkat sarjan dalam bidang bioteknologi di universiti yang sama.