Ogos 05, 2013

NINI



            Bayangkan si manis yang sedang berumur 23 tahun?  Gambar-gambar semasa kecilnya ditayangkan dilayar putih.  Comelnya dia berfokus kepada kamera bapanya. Dia mungkin sentiasa diintip oleh setiap lelaki. Tapi tidak mudah ia melayarkan kapal perkahwinannya. Biarlah cintanya berkembang dengan lelaki semasa di bangku sekolah dulu. Ramai lagi perempuan di menara gading yang boleh dijadikan pujaan hati. Beribu-ribu harapan yang bertaut untuk mencerimankan masa depannya begitu pudar.  Nasib yang ditentukan oleh Allah tidaklah sama dengan kakak dan abangnya. Dia merangkak dari matrikulasi hingga ke menara gading.  Bukannya tak pandai. Keputusannya dalam SPM adalah calon cemerlang. Walaupun belajar di dalam negeri sahaja, dia dapat membuktikan bahawa nasibnya telah ditentukan.  Dia telah ditawarkan ke peringkat sarjan dalam bidang bioteknologi di universiti yang sama.

            Setengah  daripada jemputan sudah pulang.  Aku cuba menutup penantian majlis dengan ucapan daripada wakil perempuan dan ibu mertuanya kepada hadirin.  Bapa mertuaku tak dapat menahan kesedihan walaupun betah menyampaikan kuliah selama tiga jam kepada pelajar-pelajarnya di universiti.  Dia melontarkan pula kepada kakak iparku tanpa persediaan.  Seminit dua bercakap dengan teratur.  Ucapanmya sudah bercampur dengan air mata dan suara yang terputus-putus,  Bapaku menasihatkannya menutup sahaja ucapan dengan terima kasih.  Kakak iparku memicit-micit hidungnya yang bercampur air mata.
            Tetamu masih melekat di kerusi lagi.  Rakaman kompang dimainkan bagi merancakkan suasana yang telah mati.  Persembahan video pengantin perempuan sejak kecil hingga Majis Pertunangan dimatikan sementara.  Kedua-dua pengantin tidak muncul-muncul juga.  Dewan sunyi sepi sehingga terdengar orang menyunyah nasi. Tetamu yang ada memanjangkan leher masing-masing tepat ke pintu dewan.  Sekonyong-koyong masuk kedua pasangan pengantin memaut suaminya.  Suaminya kelihatan menyorok kesedihan dengan melemparkan senyuman yang  tidak  putus-putus.  Dia  memeluk isterinya  sambil melentukkan kepalanya kepada isteri.  ‘ Berikanlah senyuman kepada tetamu yang hadir supaya mereka dapat membawa balik sebagai kenang-kenangan.  ‘, bisik suami kepada isterinya.  Memang, si lelaki yang berkeras meminta pernikahannya dilangsungkan segera.  Biar persandingannya hanya sekejap.  Biar rakan-rakannya menonton ‘Perkahwinan 2013’ secara langsung.  Dia nak puaskan Nini.  Nini akan menutup mata di pangkuannya sebagai isteri sambil membayangkan kisah Laila dan Majnun.
            Pasangan pengantin tersebut didudukkan di atas kerusi pelamin selama lima minit supaya persandingan dirakamkan.  Masa itu tiada lagu dimainkan, tiada majlis menepung tawar, tiada  majlis makan berdamai dan tiada majlis memotong kuih.  Aku melemparkan senyuman dengan cemekkan muka kesedihan memberikan isyarat, dia bersabar beberapa minit.  Tetamu yang ada masih bersabar.  Tak lain tak bukan untuk melihat pengantin perempuan.  Adakah terukir senyuman gembira pada hari perkahwinan mereka?  Adakah mereka dapat  melakukan kelaziman macam pengantin biasa?  Segala-galanya Allah yang menentukan, walaupun manusia merancangnya.  Dia tetap mensedekahkan jemputan dengan senyuman.  Inilah ‘Senyuman Terakhir‘ daripadanya.  Pertunangannya selama tiga tahun dikoyak rabakkan oleh bapa mertuaku.  Tiga tahun tidak menjanjikan Nini sembuh seperti sediakala.  Nini tentu ‘Teringin’ menjadi isteri yang soleha.
            Sahabat-sahabatnya semasa di universiti datang meraikan majlisnya.  Siang atau malam dan jauh atau dekat bukan lagi faktor keutamaan.  Kalaulah berlaku kepada mereka, sudah tentu majlis ini ditangguhkan.  Inikah yang dikatakan perlaminku adalah air mataku?  Memang boleh ditangguhkan, tapi apa yang akan berlaku sekiranya nyawa di hujung jari.  Mati atau hidup adalah permainan alam.  Tapi bagaimankah peristiwa tersebut memakan masa puluhan tahun hingga mencapai kanser peringkat empat?  Di sinilah aku menyeluk perasaan pengantin lelaki sedalam-dalamnya.  Dia tenang dan sabar dengan apa yang berlaku.  Perkataan putus tunang jauh dilemparkan di Sungai Klang.  Dia terbawa-bawa dengan kerjayanya seorang jurutera menyelesaikan tugasnya di loji pengeluaran.  Dia tetap menaburkan keyakinan kepada isternya akan sembuh.  Berdoalah kepada Allah walaupun doktor telah mengkhabarkan kepadanya bahawa usianya dianggarkan enam bulan hingga setahun.
            Aku sekeluarga menghitung jari menjelang Hari Raya Aidilfitri.  Tapi, Nini memangkah kelender menunggu hari kematiannya.  Penantian kami sama tapi tak serupa.  Dia kerap membelek baju pernikahannya dengan kesayuan.  ‘ Nanti, selimutkan mayat saya dengan kain ini. Ya kak.  Hidup kita hanya sementara.  Nini teringin merasakan malikat datang menyabut nyawa Nini. Nini dah bersedia Kak.  Harapan Nini hidup sudah tiada lagi.  Nini tidak lagi menjalankan kimoterapi.  Walaupun sakitnya masih terasa tetapi usaha Dr telah tamat.  Nini dibenarkan pulang ke rumah untuk bertawakal dan menelan beberapa jenis pil yang diberikan olehmya ‘, kata Nini merenung mukaku sepuas-puasnya.
            ‘ Apa khabar Nini?  Dah makan ubat.  Jangan percaya sangat.  Jangan berfikir yang bukan-bukan.  Nanti penyakit Nini bertambah teruk ‘, kataku semasa menelefon Nini dari rumah. ‘  Nini nak mati Kak?  Kenapa Allah menjemput Nini dalam usia 24 tahun?  Siapa yang mendoakan Nini bila mati dalam kubur nanti?  Nini tak berjaya melahirkan zuriat dalam masa yang singkat? Nini akan terbiar keseorangan dalam kubur.  Lama-lama kubur Nini tiada siapa yang mengunjunginya bila abah, emak dan adik beradik sudah tiada lagi ‘. Kata-kata Nini yang meremaskan aku menjawab setiap kali menelefonnya.  Kadang-kadang aku terpaksa memberi alasan lain bila pertanyaan Nini sudah melalut.
            Wajah Nini ditutup oleh awan semasa bulan menyinar Bangi.  Bulan yang terang, bukanlah untuk Nini menghembuskan nafas pengantin baru.  Seketika, bayang-bayang menjelma menampakkan imej Nini yang semakin pudar.  Mukanya yang merah bertukar menjadi putih.  ‘ Sejuknya aku rasakan melepaskan tangan Nani.  Selamat Pengantin Baru daripada kakak dan abang, Nini.  Selamattttttt Niniiii ‘, bisikakku pada Nini.
           


HANA JIMI

Bandar Baru Bangi

 

DIBACAKAN OLEH             -               NOR AZLINA MUHAMED/YUYUE/SHELA.

 

SHIMA                                   -               TERINGIN

RAFEAH BUANG                 -               KALAU RINDU

HETTY KOES ENDANG    -              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan