Ogos 12, 2013

JAMILAH



            Biasalah kalau tak cukup tangan.  Ada duduk atas kerusi.  Ada duduk atas lantai.  Ada duduk di luar rumah sahaja melihat fanorama rumah.  Ketupat yang digantung makin susut.  Laris macam orang jual air batu musim panas.  Anak-anak buah abah masih berkunjung ke rumah abah, walaupun abah dan mak tiada lagi.  Nak jumpa sepupu.  Kalau tak raya susah nak jumpa.  Masing-masing bawa anak dan cucu menjengukku sekeluarga semasa hari raya kedua.

            Anak-anak dan menantu-menantuku melekat di rumah sahaja.  Dia memang berdoa hendak duduk di rumah sahaja.  Penat bekerja di Kuala Lumpur.  Nak rehat.  Nak tolong aku melayan saudara-mara yang berkunjung.  Sekejap-sekejap basuh piring hitam selepas tetamu balik.  Basuh gelas senang sahaja.  Celup-celup dan tos sahaja dalam dulang.  Tapi pinggan mangkuk lambat sedikit.  Mesti hilangkan kari, rendang dan lodeh dalam pinggan.  Menantu lelakiku kesian melihat isteri-isteri.  Mereka membasuh pinggan mangkuk di luar rumah.  Nampaknya, semua anak-anak dan menantu-menantuku bergotong-royang semasa hari raya.
            ‘ Mak Long buat lepat?  Rumah tak buat lepat.  Susah naik ikat lepat.  Lepat Mak long sedap ‘, kata seorang anak buahku selepas bersalaman sampai.  ‘ Mak Long ni menurun nenek tau.  Makanan macam ini mana nak dapat?  Ketupat biasalah di mana-mana rumah.  Tapi, ketupat segera sahaja.  Tak wangi macam ketupat daun kelapa.  Abahlah yang selalu komen Mak Long.  Bukan tak nak rebus.  Semuanya tak tahu anyam ketupat.  Belilah ketupat segera ‘, kata anak buahku sambil medukung anaknya.
            ‘ Heeeee macam-macam adaaa.  Sedapnya.  Kuih-kuih tradisional ada.  Mak Long beli ke buat?, kata anak saudaraku seorang lagi.  Mak Long buat sendiri.  Mana di kampung ni main tunjuk-tunjuk saja.  Inilah peninggalan nenek semasa Mak Long anak dara dulu.  Kalau tak buat maknanya hilanglah respi nenek.  ‘ Ini apa Mak long? ‘.  Ini sagun.  Makan jangan ketawa atau bercakap-cakap.  Nanti tersedak dan terbatuk-batuk.  Anak-anak buahku ketawa dan ingin mencuba.  Aku merenung sahaja anak buahku yang seorang ini.  Dia meletakkan piring halwa di depannya tanpa dikongsi orang lain.  Budak-budak memang suka manis-manis.  Rumah Mak Long tidak ada gula-gula macam rumah kamu di bandar.
            ‘ Jangan beredar dulu yaaa.  Nanti makan tengah hari.  Tapi, Mak Long tak masak nasi.  Ubahlah selera semasa raya.  Macam pakaian yang kamu semua pakai. Manis anak-anak buah Mak Long memakai baju kurung dengan berselendang.  Nanti Mak Long masak mee bandung.  Ini Mee Bandung Muar.  Mak Long masak.  Tentu sedap kerana Mak long lebihkan rencah-rencahnya.  Lagi pun kamu tentu dah lama tak makan Mee Bandung Muar.  Kamupun semua datang  ke rumah Mak Long sekali dua sahaja dalam setahun.  Inilah rezeki Mak Long.  Orang tak datang ditanya.  Orang nak datang ditunggu ‘, kataku dengan senyum sampai telinga kerana terlalu suka anak-anak buah menziarahku.
            ‘ Sedapnya mee bandung Mak Long.  Mak Long boleh buka kedai makan di Kuala Lumpur. Kuahnya pekat.  Pedas.  Makan manis dan kurang pedas di musim puasa jemu juga.  Takut sakit perut dan tak boleh menjalankan ibadat puasa.  Mak, selalu ingatkan kami semasa menyediakan juadah puasa.  Mak Long tahu masak Laksa Sarawak?’ kata anak buahku yang tak berat mulut pula.  ‘ Itu kena tanyalah Nur Liza Yeop Abdullah.  Dia orang Sarawak.  Dengarlah Radio Klasik.  Raya-raya ni bukalah Radio Klasik.  Jangan ubah stesen lain.  Lagu-lagu lama ni sedap tau.  Mak Long orang lama.  Lagu-lagu lama mengingatkan Mak Long semasa anak dara.  Lagipun dengar lagu-lagu lama ini menyejukkan hati semasa hari raya.
            Selepas asar aku sekeluarga hendak menghantar kepala.  Penat rasanya akibat tidak tidur semalaman menyediakan juadah raya.  Baru terlelap sekejap, anakku mengejutkan aku ada orang datang.  Dia tak kenal kerana jarang berjumpa.  Aku menjengah rumah dalam keadaan terpisat tidur.  Aku melihat ada enam buah kereta di halaman rumahku.  Nasib baik batang-batang pelita telah dicabut oleh cucu-cucuku semalam.  Sekumpulam manusia berdiri di tanah sahaja sambil menunggu seorang perempuan turun dari kereta.  Tudungnya lingkup sambil dipimpin oleh seorang perempuan.  Kalau penumpang enam buah kereta ini masuk, penuh rumahku.  Dia berjalan di muka pintu rumah dengan terketar-ketar.  Macam orang sakit.  Mungkin dulu diserang angin ahmar.  Tapi mulutnya tetap senyum seolah-olah menerima rezeki pada malam Lailatulqadar.
            ‘ Ini Anaaa.  Kenal tak kakak? ‘, katanya dengan air mata.  Aku dipeluknya erat.  Air matanya membasahi pipiku. Semua yang ada sedang menonton drama hari raya yang tidak dijadualkan. Aku masih lagi tidak memahami gelagat wanita itu. ‘ Kakakkk Na.  Akak Jamilah.  Nama yang diberikan oleh Allahyaram abah kita.  Kita pernah duduk serumah dulu.  Kita pernah tidur bersama. Panjang kisahnya kakak ni setelah bercerai dengan suami kakak yang pertama ‘, kata kakak Jamilah dengan air mata yang berlenangan.  Aku memeluk kakak mengubati rindu yang mencari penawarnya.  Kami berjumpa masa kanak-kanak.  Kami bertemu semula semasa semuanya dah bercucu. Ya, hampir empat puluh tahun kakak Jamilah membawa diri setelah bercerai dengan abang Wahid.
            ‘ Ke mana akak nak pergi? Lebih-lebih lagi kakak seorang Cina yang memeluk agama Islam sejak kecil.  Kakak membawa hati yang hancur setelah mengenali Islam yang asing bagi kakak.  Agama Islam menguatkan imam kakak semasa pandai berjalan jatuh menempuh ranjau duri di sekeliling kakak.  Penderitaan kakak telah diperhatikan oleh abang Md Shah yang bekerja kampung sahaja.  Akhirnya, dia melamar kakak sebagai isteri dan dikurniakan anak seramai tujuh orang.  Abang Md Shah mengesahkan akak jadi isteri mithali. Tuhan masih sayang kepada anak kakak yang ketiga. Dia meninggal dunia semasa berumur dua puluh tiga tahun selepas berkahwinan.  Walaupun abang Md Shah tidak sepandai mana, tapi anak-anak berjaya ke menara gading.  Mungkin darah kacukan telah mengalir dalam diri anak-anak kakak. Inilah anak-anak dan menantu-menantu kakak ‘, cerita kakak sambil dicelah oleh abang Md Shah sambil memperkenalkan anak menantu.
            Mereka enam keluarga bermalam di rumahku.  Ayam telah gagat berkokok.  Aku sekeluarga bersama kakak Jamilah belum tidur.  Kami membuka cerita-cerita klasik supaya didengar oleh anak-anakku sendiri.  Sebenarnya, aku ada kakak angkat.  Dialah kakak Jamilah. Dia lebih tua daripadaku kira-kira sepuluh tahun.  Ceritaku dan ceritanya adalah satu.  Macam irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan.  Esok, aku merebus ubi bercecah sambal tumis menghidangkan sarapan.  Inilah makananku berebut-rebut dengan kakak Jamilah semasa kecil dulu.  Kakak Jamilah mengoyel-ngoyel ubi rebus.  Giginya hanya beberapa batang sahaja kerana ketuaan.  Inikah malam Lailatulqadar?  Semua mata memandang aku tidak berkelep-kelep.  Mereka hairan kerana malam Lailatulqadar berlaku pada malam raya kedua.

ANA LEMAN
Muar
Cadangan Pembaca    -           Seorang perempuan bersuara macam orang berumur.

Ramlah Ram               -           Selamat Hari Raya

Siti Nurhaliza             -           Suara Takbir

Sharifah Aini               -          Nostalgia Aidilfitri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan