Namaku yang dicadangkan oleh
bapaku pendek sahaja. Macam-macam nama hendak
diberikan. Abah dan ibu terdengar suara
kakakku dari bilik. ‘ Azam Afifi. Ertinya, sentiasa berazam dan memaafkan
seseorang. Namanya telah mengukir pada
dirinya sendiri. Itulah harapan Along
kepada adik ‘, kata kakakku membuatkan abah dan ibu setuju dengan cadangan
kakakku. Aku lebih bernasib baik daripada kakak dan abangku yang
bersekolah di asrama penuh. Aku juga
calon cemerlang dalam LCE dan MCE.
Sekolah kampung kena kerja lebih sedikit. Mesti ada azam. Lagipun namaku sendiripun sudah
bermula dengan Azam. Aku memang suka duduk
di rumah sahaja. Buku adalah sahabatku
sejati. Mana-manapun boleh pandai dan berjaya.
Lagupun hatiku telah dicuri oleh abah dan ibu. Biarlah aku makan apa yang abah dan ibu
makan. Biarlah kemiskinan abah dan ibu,
aku rasakan sendiri. Aku tak lemas nanti
bila bekerja dan berada di rantau orang.
Hari Raya yang berlalu berberapa
tahun lalu, menggamit kenanganku. Mana
tak menggamit kenangan, kalau aku terjun dari tingkap. Aku terus menghilang
dari rumah. Aku malu. Aku malu besar kalau orang perempuan datang
ke rumahku. Rumahku jungkang-jungkit. Tingkap rumah terlopong tiada berlangsir. Tetamu duduk sahaja atas lantai. Kalau raya dah berjalan seminggu, kuihpun dah
habis. Kadang-kadang makan biskut dengan
air sirap ibu buat sendiri.
Kakakku menjemput empat budak
perempuan. ‘ Duduk atas tikar mengkuang
saja. Ini kawan Fifi ke? Nanti kakak panggil Fifi di dapur. Biasanya dia duduk di dapur baca buku. Tak mahu ganggu tetamu datang berhari raya. Tak payahlah bungkas bangun bila tetamu datang
‘, kata kakak mempersilakan tetamu duduk.
Kakakku mengangkat dulang kuih dan air untuk dihidangkan kepada
tetamu. Ini sahaja yang tinggal. Puas kakak cari Fifi di dapur. Mana dia pergi? Tak beritahu kakak pula ‘, kata kakak sambil mengaturkan kuih raya dan
air.
Pada masa itu, aku masuk ke hutan
belakang rumah. Aku dah nampak mereka
masuk ke laman rumah dengan basikal.
Mereka tak lain tak bukan terdiri daripada Sidah, Leha, Ika dan Diah. Mereka tu selalu nampak aku menunggang
basikal ke sekolah di tempat menunggu bas.
Mereka naik bas sekolah. Manalah
budak perempuan sanggup tonggang basikal 8 batu ke sekolah. Aku kenal merekapun, kenal-kenal Cina. Dia bersekolah, yang muridnya terdiri daripada
murid perempuan. Aku pula bersekolah
yang muridnya semua lelaki. Jadi, aku
tak biasa bercakap dengan murid perempuan.
Nak bercakap fasal pelajaranpun tak boleh. Mereka aliran sastera, tapi aku aliran sains.
Segannya aku nak melayan
mereka. Jumpa merekapun selalu tunduk
kepala macam selalu makan leher ayam. Perasaanku
lagi malu, bila aku terdengar perbualan abah dan ibu. Bapa
Sidah selalu bertanya aku. ‘ Anak-anak
kita tu dah besar panjang. Cuba kita
satukan sekiranya masih kosong lagi.
Kalau Fifi tak mahu, cubalah ambil Leha sebagai bakal isterinya. Leha pun anak yatim. Tinggal emaknya seorang sahaja, setelah bapanya
meninggal dunia sejak dia kecil. Pada
abang, kedua-duanya sungguh cantik kerana mereka tu sebaya. Abang suka kalau isteri anak kita budak
kampung ini. Jangan ambil orang
jauh-jauh. Kita tak kenal bapa dan
ibunya. Nanti sekali-sekali saja kita bertemu
‘, kata abah berbual pelahan dengan ibu.
Mereka khuatir sekiranya aku dengar perbualan mereka.
Satu hari bapa Sidah berpesan
kepada abahku. Dia suruh ambil buah
rambutan yang yang dipetiknya di halaman rumah.
Sidah tak ada rumah. Aku dengar
dia sudah berkerja sebagai juruhebah sementara di RTM. Bapa saudaranya yang berkerja di RTM,
mendapatkan kerja tersebut. Masa tu aku
sedang bercuti panjang universiti. Aku
mati kutu nak berbual dengan bapa Sidah.
Bila aku melihat buah rambutan di hujung dahan, dia menjilat tubuhku
dari kaki hingga kepala. ‘ Banyak pokok
rambutan pakcik? ‘, kataku yang memulakan perbualan sambil menggigil. ‘ Adalah
beberapa batang. Yang rajin berbuah
hanyalah rambutan ini sebatang. Rambutan
ini sebaya dengan Sidah. Pakcik tak
pernah beri orang. Tapi bila abah kau
bertanya, terpaksa pakcik rasakan. Rasanya sungguh manis. Bijinya kesep pula. Engkauuu dah ada teman di univeriti?’, kata
bapa Sidah tergagap-gagap. Bapa Sidah
memberikan soalan cepu emas kepadaku.
Inikah maksudnya, dia berpesan mengambil rambutan di rumahnya. Semasa aku terkial-kial menjawab, Pak Hashim
bersama rakan-rakannya singgah bertemu bapa Sidah. Aku menarik nafas lega. Aku dikhabarkan oleh bapaku
bahawa Sidah telah berumahtangga dengan pemuda dari Negeri Sembilan. Alhamdulillah, tak terkenalah aku terkena
jerat percintaan bapa Sidah.
Abah dan ibu pula sentiasa
mengulang soalan yang sama. Mereka suka
dengar cakap jiran-jiran. ‘ Tak ada lagi
ke budak Fifi tu menyebut-yebut nak berumahtangga?. Santan kelapa dah banyak. Maklumlah dah berumur. Kalau susah nak cari, saya pun ada orang yang
sama berkelulusan macam Fifi. Rugi kak
kalau Fifi lambat bertemu jodoh. Nanti
anaknya masih kecil lagi ‘, kata jiranku membakar emak memaksa aku kahwin. ‘ Nantilah ibu, bila rumah kita sudah
lengkap. Bukan susah sangat nak
kahwin. Esokpun boleh kahwin. Tak kira sama ada bakal isteri saya kerja
atau tidak. Dia mestiiii kahwin dengan
keluarga saya. Saya takut keluarga saya
diabaikan. Tunggulah dua tiga tahun
lagi. Ibu dan abahpun ada cucu seramai
lima orang, anak kakak dan abang ‘, kataku menyenangkan hati ibu.
Aku ketawa seorang diri bila mengingatkan
kata-kataku kepada ibu dan abah. ‘
Kahwin tu macam buka suis lampu. Bila
suis dibuka, karenpun mengalir dan lampu terus menyala ’, kataku semasa emak
mengajukan pertanyaan. Itu teori, tapi
praktiknya tak sama. Perempuanpun pandai
memilih. Kalau jarak umur sepuluh tahun,
kering kotailah tak kahwin. Aku teringat
kata sahabatku Sapang (Jaafar). ‘ Ramai
orang mengatakan cinta itu buta. Tapi cinta
sekarang sudah bermata. Perempuan dah nampak
jelas jerawat dan panau kita. Jangan cakaplah kalau kita berpelajaran tinggi,
mudah meminang anak dara orang ‘, kata-kata Sapang membuat aku ketawa kecil.
Masa itu wajah Leha terbayang di mataku.
‘ Leha dah kahwin ke? ‘, tanyaku pendek. ‘ Tunggu engkau bertepuk
sebelah tangan saja. Tapi dia tidak
dikurniakan cahaya mata. Leha telah
meninggal dunia akibat diserang penyakit ganjil. Suaminya Dinnn, budak kampung kita ‘, kata emak menyambut
pertanyaanku. Pemergian Leha memberangsangkan aku berumahtangga. Aku takut jadi Leha. Aku sudah mati punca nak berumahtangga. Kawan-kawan perempuanku semuanya sudah
berumahtangga. Aku telah dijodohkan
dengan pilihan ibu dan bapaku. Sungguh
anih sekali. Benda yang kita tidak mahu
dan minta dijauhkan, tetapi terkena juga pada batang hidung sendiri.
Aku memang tidak suka wanita yang memakai cermin mata rabun. Nampaknya, iiiitulah yang termampu oleh ibuku. Kini, anak-anakku semuanya memakai cermin
mata sejak berumur sepuluh tahun lagi.
Allahmdulillah. Kita merancang
tetapi Allah yang menentukan.
FIFI
PERINDU
KUALA
LUMPUR
Ahmad
Jais & Ayati Tasrip - SELOKA
Ahmad
Jais & Ayati Tasrip - INGAN TAHU
Ahmad
Jais - KETIPANG PAYUNG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan