Susah juga nak jawab pertanyaan
sahabat. Baik duduk sahaja di rumah. Tak ada cerita. Tak buat dosa. Nanti sahabat maksudkan lain pula. Aku pula bercerita secara jujur. Orang bertanya, sahaja aku cerita. Itupun sahabat yang bertanya. ‘ Tapi tak salah bercerita kalau perkara tu
baik. Itu orang kata. Tapi pemimpin itu ada pengikutnya. Tiada pengikut tak jadilah pemimpin. Penat pensyarah kita mengulang-ulang dalam
syarahannya ‘, kata sahabatku lagi.
Pesaraanku agak sebaya dengan
murid darjah satu. Orang-orang masjid
panggilku tuan haji atau pakcik sahaja.
Baru aku sedar bahawa pangkat hanya ciptaan manusia sahaja. Bersara hilanglah pangkat yang
diberikan. Orang mungkin dengar apa yang
kuluahkan, tapi belum tentu mereka pakai.
Lebih-lebih lagi tinggal di tempat baru. Orang tak kenal kita. Sebab itu, aku jarang duduk di meja utama
semasa jamuan. Semasa bertugas dulu,
akulah yang mengepali duduk makan di meja utama.
‘ Duduk dua orang mesti ringan
tulang. Buat-buatlah kerja rumah. Sapu lantai. Cuci pakaian. Lipat baju. Cuci longkang dan mesin rumput ‘,
kataku jujur. Kawanku ketawa melekek-lekek
dalam telefon bimbitnya. ‘Bos cuci longkanggg.
Bos sapu lantaiiii. Emmmm bos mesin rumputttt. Tak pernah aku dengar kau di pejabat dulu ‘,
kata sahabatku sambil ketawa tak habis-habis.
‘ Apa salahnya. Lagipun buat
kerja di rumah sendiri. Dah bersara ni
tiada bos lagi. Rumah ni pun tinggal aku
dan isteri. Aku dan isteri tidak ada
bos. Bus jaket telah lamaku gantung
dalam almari.
Aku melihat isteri memandu
kereta ke pejabat. Baju-baju kotor dalam
bakul kumasukkan dalam mesin basuh.
Sementara mesin basuh beroperasi, aku menikmati sarapan pagi yang
disediakan oleh isteri. Sayang juga
isteriku kepada aku yang sudah tua.
Kadang-kadang dia sediakan mee goreng, mee siam, nasi goreng dan nasi
lemak. Kalau tak sempat, dia buat kopi O
dan dimasukkan dalam termos. Aku
menggeleng-gelang kepala merasakan nikmatnya minum kopi O panas dan roti
bersapu magrin. Dah bersara ni mesti
jaga pemakanan. Kalau alpa, alamatlah
sakit sana-sini.
Jam tanganku menunjukkan pukul
12 tengah hari. Aku melihat buku masakan
yang kubeli setiap bulan. Melihat
gambar-gambar makanan berdeku tekak.
Rupa-rupanya menyediakan makanan satu masalahhh perempuan. Yalah masalah isteriku di hujung minggu. Aku pula tidak mengikut respinya secara
seratus peratus. Kalau bendanya tiada di
rumah macam mana? Malas nak ke kedai. Lenguh sahaja tangan memaut stering dan
menekan minyak kereta. Respi-respi yang
ada semuanya untuk empat orang. Aku
terpaksa makan lauk yang sama untuk makan tengah hari dan malam. Makan tengah hari masuk dalam pinggan saja
bercampur lauk. Makan malam barulah
dihidangkan oleh isteri.
Kami terpaksa buat begitu. Anak-anak dah kahwin dan berumah
sendiri. Takkan terpekek terlolong suruh anak menantu balik menyediakan
juadah makan tengah hari. Perak
tu bukan dekat boleh panggil-panggil
sekejap. Lagi pula Kelantan. Entah berapa ribu depa pula jauhnya. Aku basuh sebiji gelas dan pinggan
makan. Dulu aku tak pernah basuh cawan
dan pinggan makanan. Tahu-tahu pekerja
masuk ke bilikku hantar secawan kopi dan makanan. Lepas makan, dia ambil semula bila aku tiada
di pejabat.
Aku memang tak suka mengeteh di
kedai. Kopi atau teh yang dibuat
isteriku lebih sedap lagi. Kadang-kadang
aku terpaksa menuang secawan lagi.
Sampai dah bersara ni aku kekuk duduk kedai kopi. Lagipun kalau nak ubah selera makan, aku dan
isteriku mesti bersama di tempat makanan dalam pusat membeli-belah. Aku masih takut berjumpa dengan pekerja-pekerjaku
dulu semasa makan. Isteriku memang dah
masak perangaiku sejak dulu lagi. Tak
suka ikutnya membeli-belah. Susah ikut
orang perempuan kirai- mengirai kain.
Lebih baik aku duduk sahaja sambil baca buku atau tidur dalam
kereta. Biasanya isteriku akan ditemani
oleh anak-anak. Terperanjat aku dalam
kereta bila isteri dan anak-anakku membibit beg pelastik macam nak genting
jari. Isteriku pula memang tak beli
apa-apa untukku. Dia faham aku cerewet
tentang pakaian. Biarlah aku pilih
sendiri. Selalunya pekerja-pekerjaku
memuji pakaian yang aku pakai ke pejabat.
Mungkin pujian mereka secara ikhlas.
Selepas menunaikan solat asar aku mengangkat dan melipat kain baju. Lepas tu aku meraba-raba kabinet dapur
mencari tepung segera membuat cecekodok.
Berbagai-bagai perasa ada dalam kabinet.
Kadang-kadang jemu juga makan cecekodok.
Tekak ni pandai pula nak berubah selera pula. Aku melihat di dapur. Ada tak ubi atau keladi atau pisang tanduk
yang dibeli oleh isteriku di pasar tani.
Aku goreng benda tersebut dan makan dengan sambal kicap. Sambal kicap isteriku sedap dan tak serupa
kedai. Dia bubuh bawang goreng sedikit
supaya baunya harum. Kalau semua tiada,
aku goreng keropok ikan parang yang dibawa oleh anakku dari Kelantan. Lama juga aku duduk di meja sambil makan
keropok bercecahkan sos cili dan teh O.
Sos cili ini tak sama dengan cili padi dari Angkasapuri.
Isterku baru sampai di
rumah. Dia menyergahku macam biasa. ‘ Makan apa tuuu. Minta sedikit. Pandainya abang buat makanan petang. Saaaayang abang ‘, kata isteriku sambil
memegang cawan yang kutuang air teh. Aku
memang tak suka ambil tahu kerja di pejabat isteriku. Masalah pejabatnya biar diselesaikan dia
sendiri. Susah jadinya kalau satu kapal
dua nahoda. Isteriku pula tak pernah
bercerita masalah pejabatnya. Semua bos
ada masalah di pejabat masing-masing.
Aku dan isteriku memang suka tutup akaun bila pulang ke rumah. Cerita rumah, baru membuka tirai
persembahan. Tontonlah sandiwara
rumahtangga yang tidak berkesudahannya.
Janganlah bawa cerita di pejabat ke dalam rumah atau sebaliknya.
‘ Tak berapa lama lagi saya akan
bersara. Selalu hitung dengan jari. Cukuplah mencuruhkan jasa pada bangsa dan
negara. Kesian abang duduk di rumah
seorang diri. Bila saya bersara nanti
abang bersara sekali lagi. Abang tak
payah sapu lantai, cuci baju, sidai baju dan menyediakan juadah tengah hari dan
malam’, kata isteriku meleset-leset aku macam muda dulu. ‘ Tapi abang mesti tolong saya. Abang teruslah basuh parit longkang dan mesin
rumput dua minggu sekali. Bila longkang
bersih maka rumah tak ada adis. Kita dah
pencen. Nanti kena saman pula ‘, kata
isteriku membawa piring dan cawan ke sinki.
‘ Bila awak dah bersara nanti,
bolehlah kita pergi rumah budak-budak tenguk cucu-cucut kita ‘, kataku
mengingatkan isteriku.
Aku
bukan takut dengan isteriku. Feelku
semasa kerja dulu terbawa-bawa setelah bersara.
Aku memang tidak suka kerja bertangguh.
Fail atas meja bertimbun-timbun.
Kalau kerja tIdak selesai, aku terpaksa balik pukul lima sementara jalan
raya agak lengang sedikit. Sambil
menyudahkan kerja, aku mendengar DJ berceloteh dalam Radio Klasik.
Terima kasih sahabat
menelefonku. Itulah kerjaku selepas
bersara. Kalau tak tanya, aku takkan
ceritakan pada orang. Buat gatal-gatal
telinga saja mendengarnya. Kalau baik
jadikan ianya teladan. Kalau tak baik
kena faham-faham sendirilah.
ISMAIL
ABD RAHMAN
Ampangan
NS
P Ramlee - SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT
R Ismail
& Rosiah Chik - JOGET MENGENANG BUDI
P Ramlee - SUARA TAKBIR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan