Tahun 60han menggamit
kenanganku. Tak sangka masa begitu cepat
membuat pucutan akhir dalam bulan puasa.
Takkan orang lelaki nak duduk diam.
Orang perempuan pula bersengkang mata membuat kuih dan menjahit baju
anak-anak. Melayan anak-anak cukup susah
semasa aku baru mendirikan rumahtangga.
Mereka mahu memeriahkan raya dengan zaman klasik juga. Kalau tidak, masa yang pergi terus
hilang. Biarlah baju sehelai
dua sahaja.
Biarlahlah kuih alah kadar
sahaja. Mereka tak mahu ‘ tunjuk-tunjuk
‘ saja. Kalau boleh mak yang jahitkan. Kalau boleh, kuih emak yang buat.
Baju kurung yang mak potong
memang tak cantik. Tapi tak jemu mata
memandang. Mata yang tak jemu memandang
itu klasik namanya. Lebih-lebih lagi
emak simbat baju dengan jahitan tangan.
Baju-baju lelaki pula emak jahit tulang belut.
Itulah kelebihan emak. Baju-baju
tak dijahit dengan mesin jahit. Emak
terpaksa menjahit baju dengan meminjam mesin jahit jiran jika perlu. Jiran beri pinjam kalau mesin jahitnya tidak
digunakan. Jiran tak lokek. Macam pengajaran tok guru tentang bulan
puasa.
Abah pula terbengkel-bengkel
akhir-akhir bulan puasa. Pelita-pelita
tin susu hendah dipasang di laman rumah.
Sekurang-kurangnya sepuluh hari menjelang raya. Tin-tin susu telah kuminta daripada kedai. Ada dua puluh biji tin susu dibuat pelita
minyak tanah. Sumbunya dibuat daripada
tali guni. Tin-tin susu yang kugunting pula
dibuat corong sumbu pelita. Tapi pelita
tidak bernyala juga. Abah tak ada duit
nak beli minyak tanah. Laman rumahku
gelap-sagup. Budak-budak bermain di rumah Pak Andak. Rumahnya cukup terang benderang bagi
budak-budak bermain galah dan nyorok-nyorok.
Aku memegang batang pelita raya yang ditanam oleh cucuku di laman
rumah. Beli sahaja di kedai tidak
menyusahkan diri. Tapi tak banyak untuk
menghiasi rumah yang halamannya sekangkang kera. Dulu, aku terpaksa masuk hutan. Cari anak-anak getah yang lurus-lurus untuk
dijadikan tiang lampu. Lepas itu kena
pikul bawa balik ke rumah. Hanya Tuhan
sahaja yang tahu. Badan dahlah kena gigit nyamak bila masuk hutan. Tekak haus pula dalam bulan puasa. Tapi aku tetap berpuasa sepanjang hari
itu. Mak abah tak izinkan aku berbuka
puasa. ‘ Sayang buka puasa. Tenguk mak.
Walaupun penat duduk dekat api, tapi emak takpun buka puasa ‘, kata emak
sambil mengipas-ngipas badannya dengan upih pinang.
Manakala orang rumah aku main ‘ tunjuk-tunjuk
kuih ‘ sahaja di pasaraya. Pilih kuih
berjam-jam lamanya. ‘ Nak raya di rumah
mesti ada kuih. Takkan budak-budak
datang nak makan mee. Kalau saudara
dekat-dekat dan sahabat-sahabat aku bolehlah masak mee ‘, kata isteriku. Aku tak kisah semuanya. Asal ada kopi 0 cukuplah. Keropok ikan parang yang dibawa oleh anakku
pun ada. Mana orang-orang tua suka makan
kuih-kuih moden. Gigipun dah tanggal dan
bergoyang-goyang. Manis-manis pula tu.
Takut juga kencing manis. Kalau makan
keropok pun tak banyak. Tak manis. Tak kena kencing manis. Aku mengingatkan isteri, beli dua tiga macam
sahaja. Jangan tiada kuih orang
datang. Aku berpesan kepada orang
rumah. ‘ Jangan beli kuih daripada
kilang. Beli kuih buatan tangan. Kuih
karas, kuih bangkit dan kuih makmor.
Kadang-kadang kuihnya berlainan, tapi rasanya sama ‘, kataku bersalin
seluar hendak memilih kuih raya.
Sekali lagi, zaman aku
kanak-kanak bersimpang-siur. Aku memandu
kereta terangguk-angguk. Emak ada
polisinya. Buat kuih bahulu dekat nak
raya. Takut bahulunya berkulat, kalau
dibuat terlalu awal. Telur-telur ayam
dikumpulnya setiap hari. Telur ayam
kampung tetap menjadi pilihan emak. Akulah
yang mengenjut telur dalam pasu, selepas makan sahor. ‘ Tolong enjut telur ni sampai kembang. Biar ianya sampai keputihan dan gulanya
hancur. Aku enjut macam nak mati. Enjut tidak berhenti-henti. Emak bahagikan dua bahagian setelah dibubuh
rempah-ratus. Satu pewarna ros dan satu
lagi pewarna vanila. Tiap-tiap lapis,
emak bubuh susu pekat, minyak sapi dan ditabur dengan kismis, halwa kundur dan
kacang tanah goreng. ‘ Buat selapis
dulu. Secawan demi secawa. Selapis merah
dan selapis kuning. Bakarnya dalam
loyang tembaga. Bara api atas bawah
perlu jaga jangan besar-besar ‘, kata emak meminta aku menolongnya.
Mula-mula aku tekun menolong
emak. Penat mengenjut telur belum
hilang. Sambut pula kerja menolong emak
membakar kuih. Memang jenuh membakar bahulu
lapis. Emak selalunya membuat kuih empat
buku. Satu untuk pakai sendiri, satu untuk Pak Andak,
satu untuk Pak Ngah dan satu untuk bagi-bagi jiran. Mak mesti nak bagi jiran-jiran. Ini kuih turun-temurun atuk dan nenekku. Kuih bahulu mak tak sama rasanya kuih bahulu
orang lain. Kadang-kadang emak potong
enam bahagian. Aku disuruh hantar ke
rumah-rumah jiran untuk merasakan kuih bahulu lapis.
Tiba-tiba aku tersenyum dalam
kereta. Gelagatku diperhatikan oleh
isteriku. ‘ Kenapa abang senyum? Siapa yang mencuit hati abang dalam puasa
ni? Tak baik senyum-senyum
sendirian. Banyakkan doa dan istyifar
kepada Allah dalam bulan puasa ni. Nanti
kuih karas, bangkit dan kuih makmur habis dibeli orang ‘, kata
isteriku membetulkan duduknya di kereta.
‘ Bahulu lapis ada tak jual?, kataku macam orang perempuan sedang
mengidam. ‘ Mana ada. Kuih tu cerewet. Kalau adapun kek lapis. Macam-macam ada. Tapi rasanya lebih kurang
sama. Harganyapun agak mahal ‘, kata
isteriku kehairanan.
Satu peristiwa meluruku dengan
tiba-tiba. Pecah perut aku menahan
ketawa. Takut isteriku akan
mentertawakan aku. Petang itu seorang
pekedai mengunjungi rumahku. Dia
menghantar meja dengan enam biji kerusi di rumahku. Maklumlah di rumahku tidak ada meja
kerusi. Selalunya makan di atas lantai
sahaja. Emak suruh aku bentang tikar
pandan bila ada tetamu berkunjung ke rumah.
Aku juga nak lihat sama, kerusi meja yang dihantar oleh pekedai. Kerjaku membakar bahulu lapis tinggal sebiji
lagi. Tiga empat lapis siaplah. Arahan
emak tidakku ikut lagi. Aku membubuh
semua adunan dalam loyang kerana hendak melihat kerusi meja baru. Kuih yang tinggal satu buku itu untuk pakai
sendiri. Emak belah untuk dihidangkan
kepada tetamu. ‘MasyaAllah. Kenapa kuihnya jadi begini? Ada tebal dan ada nipis ‘, kata emak sambil
memandang mukaku. Suara emakku mengucap
panjang masih terdengar-dengar lagi.
‘ Suruh sahaja Kak Yah awak
buat. Nak makan apa salahnya., Orang-orang tua ni, kalau mengidam, terpaksa
buat. Nanti anak dalam perut awak,
menjejessss air liurnya. Kesian
saya. Awak yang beranak tapi saya yang
membelanya. Dah tua-tua ni, tak kuasa lagi
menjaga budak kecil‘, sindir isteriku sambil ketawa. Memang keadaan telah berubah. Dulu orang-orang perempuan duduk di rumah
menjaga makan minum keluarga,
Orang-orang perempuan sekarang bekerja menambahkan pendapatan
suami. Segala-galanya sama dirasakan
dengan suami. Sebab itulah orang lelaki
jangan mudah bermain kayu tiga. Nanti kuih
bahulu lapisku tak makan, tapi perempuan-perempuan makan hati berulam
jantung. ‘ Abang hanya nak makan bahulu
lapis sahaja. Abangpun boleh buat
sendiriiiii. Tapi kalau Ana yang buat
lagi sedap. Agakkya lebih sedap daripada
respi emak buat dulu ‘, kataku menunggu respon isteri.
Johor
Cadangan
Pembaca - DJ Haris SS
Media - E.mail
Semua
lagu ini disesuaikan dengan lagu Rahim Jantan dalam Suara Emas.
Rahim
Jantan - Embun Menitik
Noraniza
Idris - Dalam Suara Emas Bahagian Ketiga
Rahim
Jantan - Pak Long Balik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan