Mentari masih menyorok dan bertasbih
kepada Allah. Waktu subuh yang dingin
itu kucoretkan dalam perjalananku.
Langkahku semakin deras bagi menunaikan tanggungjawab kepada Maha
Pencipta. Tercungap-cungap juga rasanya
bagi seorang insan yang sedang meniti usia emas masuk ke masid mengerjakan
beberapa solat sunah yang jarang kutinggalkan. Segala-galanya bukannya ‘Ancaman’
seperti kita memilih antah beras. Ianya ‘Peluang’
yang diberikan kepada kita hanya setahun sekali saja. Sesungguhnya udara yang kita hidu itu tidak
sebersih yang kita sangkakan.
Kekotorannya melekat menjadi daki yang berlapis-lapis setiap tahun. Agak jenuh juga kita menghilangkan daki yang
sudah bertahun-tahun lamanya.
Orang
mesti menganggapku luar biasa atau tak waras.
Mungkin juga para pengurusan mengatakan aku tak rasional. Kereta
ada. Motorsikal ada. Tapi aku tetap berjalan kaki baik hujan
mahupun panas. Berikanlah aku peluang
bertahmid, berzikir dan memuji kebesaran Allah kepada Yang Maha Kuasa sepanjang
perjalananku. Segala-galanya tak sempat
atau beberapa kali sahaja. Aku dapat
melafaznya beberapa kali dalam ulang-alik perjalananku. Perbuatanku ini menggamit kenangan seorang
penulis tersohor dalam bidang Sufi bernama Hamzah Fansuri. Tapi aku tetap aku walau di mana aku berada.
Perjalananku
biasa sahaja disuluh oleh bintang dan bulan.
Walaupun bulan ditutup awan, perjalananku tidak sesat dan lurus ke
distinasinya. Kenapa aku tidak
sesat? Mungkin pesanan ayahku mustajab. Melentur buluh biarlah dari rebung. Segala-gala yang kulakukan mungkin juga sudah
bisa dek biasa. Tapi bukan bintang dan bulan
yang menyuluh perjalananku? Manalah ada
bulan yang mengambang pada awal bulan puasa?
Sebenarnya perjalananku digamit oleh cahaya-cahaya api rumah yang setia
menjemput kehadiran subuh. Mungkin si
penghuninya menyuap terakhir sajian sahornya sebelum menunai solat subuh.
Dalam
perjalanan pulang, api-api jalan ke tamanku masih bernyala. 6.30 pagi memimpin aku berjalan pulang ke
rumah. Aku melalui beberapa tiang lampu
yang masih bernyala. Anih tetapi benar. Benar tetapi di manakah silapnya. Tiang lampu jalan yang pertama, kedua dan
ketiga memancarkan cahaya. Kenapakah
lampu yang keempat dikerumuni oleh serangga yang berterbangan? Aku menoleh lagi lampu pertama, kedua dan
ketiga. Memang tidak adapun. Adakah cahaya lampu ini seperti masjid pada
bulan puasa. Sunatnya dikejar dan wajibnya dikendung. Mungkin manusia ikhlas dan cuba membuat amal
dalam bulan puasa. Itu agaknya
pengajaran yang aku dapat dari serangga-serengga yang tertarik dengan kilauan
lampu keempat.
Sebagaiman
biasa aku berlabuh di masjid selepas berbuka di rumah dengan tiga biji kurma
dan segelas air sejuk. Aku nak imarahkan
masjid bersolat maghrib. Sepuluh orang
tak apa. Jangan tinggalkan masjid kosong
begitu sahaja. Bukankah itu yang kita
cari pada bulan Ramadhan? Aku memang
bertekad hendak berjumaah di masjid sehingga nyawa keluar dari jasadku. Setelah selesai sembahyang syukur barulah aku
menjengah rumah sambil menjamu selera ala kadar. Kalau boleh aku mesti sujud syukur
kepada Maha Pencipta kerana menambahkan usia dan memberikan kami rezeki. Aku rasa
masih kekurangan lagi, walaupun aku sedang timbul tenggelam dalam lautan usia
emas. Sementara menunggu isteriku
bersiap-siap ke masjid kerana solat Isya dan terawih, aku menonton satu
rancangan di TV.
Aku
menangis kerana menonton manusia berpusu-pusu.
Ceritanya serupa sahaja semasa kami bersolat di Masjid Nabawi dan Haram
Mukaramah. Sebab itulah ada para sahabat merancang ke Mekah Mukaramah dalam
bulan puasa. Kalau boleh sebulan puasa
habis di Mekah Mukaramah. Aku bukannya menonton satu cerita wargaemas yang
sedang menunggu saat dan ketikanya menunggu kematian. Yang tua, muda dan
kanak-kanak berdedai menuju ke masjid dengan khusuk dan tawaduk di Tanahairku
sendiri.
Aku membuka tirai hidupku
yang sudah berumur lima puluh tahun.
Gambarannya orang-orang lelaki tua yang separuh abad sedang melakonkan
satu cerita klasik. Isteri-isteri
tinggal di rumah mengemaskan pinggan mangkuk selepas berbuka. Kuih-kuih sepiring seorang yang kukelihatan
dulu untuk hidangan semasa moreh, sudah seminggu tidak kukelihatan sehingga
sekarang. Walaupun begitu beberapa kotak
berisi air mineral tersadai di dinding masjid.
Semua orang tahu bahawa minuman itu disediakan untuk orang-orang
mengerjakan tadarus. Aku bersapa dengan
beberapa orang anak muda di pintu masjid.
‘ Dah moreh. Basahlah tekak dengan air ‘, kataku dengan selamba. ‘ Tak apa pakcik. Balik nanti minum air di rumah. Kuih di
rumah ada lagi. Tak makan
nanti basi bila
sahor ‘, katanya dengan ikhlas. ‘ Alhamdulillah. Alahamdulilah. Allahhuahbar.
Allah yang menentukan segala-galanya’, bisikku dalam hati.
Nak
jadi cerita, seorang lelaki yang berumur 65 tahun ke atas berada di sebelahku. Dia mengangkat takbir lalu duduk mengerjakan
solat. Kakinya terlunjur keluar kerana
tidak mampu berbuat seperti orang lain. Perbutannya berulang-ulang dalam solat Isya. ‘
Maafkan saya. Inilah yang saya termampu
‘, katanya tunduk setelah memberi salam. Kaki kanannya terlibat dengan kemalangan.
Isteri dan anak
meninggal dunia dalam kemalangan itu. ‘ MasyaAllah. Sesungguhnya kamu adalah manusia pilihan
Allah yang sedang diuji keimanan kamu.
Kamu tidak gentar menghabiskan sembahyang Terawih sebanyak 20 rakaat ‘,
kataku sambil menyambut salam.
Tempat
dudukku tidak semestinya berada di saf depan.
Aku berada di saf depan dan belakang bergantung kepada tibanya aku di
masjid. Tempat yang ada kosong di baris
tepi yang tercatuk sebuah kerusi plastik diduduki seorang lelaki berumur 50han
tahun. Dia mempersilakan aku duduk di
sebelahnya sambil menghulurkan salam. ‘
Kerusi ini sahabat setia saya. Saya
hanya duduk di kerusi sahaja selepas mengangkat tadbir. Kaki saya tidak boleh bengkok setelah
dimasukkan besi. Saya mendapat
kemalangan semasa pertempuran di Sarawak.
Nampaknya, kecacatan saya dibawa mati.
Nasib baiklah isteri saya menerima saya seadanya seperti saya tidak
cacat dulu ‘, jelasnya dengan linangan air mata.
Aku
berkongsi Ramadhan yang baru seminggu saja.
Kedatangannya ditunggu.
Kehilangannya dirindu. ‘ Ya Allah.
Ampuni dosa-dosa kami. Bukalah
pintu-pintu rahmatMu untuk kami.
Sesungguhnya kami bertaut kepada lima perkara, sebelumnya berlaku lima
perkara kepada kami ‘, cemik mukaku kepada anak-anak muda yang ikhlas dan tidak
meminta pembalasan.
Johor
Hijjaz - Rindu
Raihan - Doa
Taubat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan