Perubahan kuperhatikan ibarat sampah. Buang sahaja bila ianya telah membuak penuh
dalam tong. Esok kumpulll lagi dengan
mata yang buta. Diharapkan tidak begitu
sahabatku. Anda didoakan tidak buta hati
dan buta mata. Orang yang buta mata
begitu terang dan jelas. Sesungguhnya, anda adalah golongan manusia yang senatiasa
dalam kerugian. Apa taknya kerugian, kalau
buta hati membalut seumur hidup?
Keghairan
bekerja menyebabkan organisasi di tempat kerjaku mengadakan aktiviti. Kami terbang di awan biru bersama anak isteri
dan kawan-kawan di tempat kerja.
Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 8 jam tanpa kesesakan di langit
luas terbentang. Tidak seperti dari
Subang Jaya ke Kuala Lumpur. Terpaksa
mendengar coleteh Radio Klasik semasa menuju ke rumah. Orang lelaki taklah sampai bengkak mata
semasa mendengar ADILA. Aduh DIVA. Ceritamu
adalah ceritaku juga. Alih-alih menyampuk
Kecil-kecil Cili Padi mengingatkan aku bersabar di jalanraya.
Sayang
satu, sayang semua. Berjalan bukan cuci
mata sahaja. Jauh berjalan luas
pandangan. Lama hidup banyak dirasa. Kami
makan di restoran yang telah ditetapkan.
Tak mahu pecah kongsi dua keluarga.
Keluargaku dan keluarga Syukur sentiasa berdampingan walau di mana
pergi. Lama kelamaan aku mula jatuh
cinta dengan Rahmat. Latar belakang
Rahmat telah diceritakan ibunya supaya aku sekeluarga tidak terperanjat. Nasib
Rahmat telah ditentukan oleh Allah. Dia
tidak cacat semasa dilahirkan. Semasa
berumur dalam lengkungan setahun, Rahmat diserang oleh deman panas yang amat
sangat hampir mencabur nyawanya. Tapi
Allah nak menguji ibu bapanya dengan mengekalkan penyakit ‘sawan’ sehingga
kini.
Umur
Rahmat memang tidak sepadan dengan tingkahlakunya. Walaupun dia telah mencapai umur 19 tahun,
tapi perangainya macam budak 9 tahun atau kecil lagi. Sejak sampai sahaja di Kota Beijing , Rahmat
dibelikan oleh ibunya dengan bermacam-macam pakaian dan mainan. Ibunya terpaksa mengikuttt kata Rahmat untuk
menjaga hati manusia yang tergolong dalam OKU.
Aku merenung mainan Rahmat sambil mengacah anakku. Anakku senyum sahaja melihat Rahmat menyorong
kereta mainan sambil meletakkan dagunya di meja makan. Itulah perangainya. Dia sanggup lupa makan kerana asyik dengan
permainannya. Kalau dia berkeadaan
normal, tingkahlakunya macam orang biasa.
Segala
hidangan di atas meja mengilurkan. Kami terasa
lagi sedapnya asam pedas, sayur kampung, sambal belacan dan ikan masin. Kuperhatikan semua orang di mejaku tidak terbuka
selera semasa makan. Rahmat bertambah
nasi dan menceduk lauk-lauk yang terhidang.
Ibu Rahmat dah tahu perangai anaknya.
Lekas-lekas dia mencedukkan Rahmat ke dalam pinggan. ‘ Rahmat mesti
dikawal. Kalau tak kawal boleh habis
semuanya atas meja. Selagi tak habis,
dia tidak akan berhenti. Sebab itulah kakak
jauhkan lauk-lauk daripadanya. Tak kenal
Rahmat tak tahu perangainya. Orang akan
mengatakan kakak dan abang lokek. Ikat
perut. Didi dah tenguk sendiri ‘, kata
kakak sambil menghulur air kepada Rahmat yang sedang terbokon.
Selepas
makan tengah hari, kami menunaikan sembayang jamak zohor dan asar di bilik yang
disediakan oleh Retsoran Islam tadi.
Rahmatlah orang pertama yang menunaikan sembahyang. Dia sembayang sendirian. Aku
bercakap dalam hati.
Tahukan Rahmat sembahyang qasar dan jamak? ‘ Sembahyang dan mengaji tak payah
disuruh. Tapi soal berjemaah, qasar dan
jamak, entahlah. Dia jarang bercakap
dengan keluarga atau sesiapa sahaja.
Bersekolahpun dalam Program Pendidikan Khas. Satu hurufpun dia tak tahu. Asyik main mainannya di rumah. Dah nasib kakak sekeluarga begitu Didi. Kakak sanggup berhenti kerja kerana menjaga
Rahmat semasa dia sakit dulu ‘, cerita kakak sambil menangis.
Rahmat
memegang kamera ibunya. Seringkali dia
merakamkan gambar ayah dan ibunya.
Kadangkala dia mengajak aku sekeluarga gambar bersama sebagai
kenangan. Kami berya-ya benar beraksi
depan kamera. Rahmat tak cakappun
bersedia. Dalam bas pelancongan, aku
meminjan kamera Rahmat kerana ingin melihat gambar-gambar aku sekeluarga untuk
dimuatkan dalam FB. MasyaAllah. Aku mengucap panjang. Macammanalah Rahmat mengambil gambar. Ada hilang kepala. Ada hilang kaki. Yang jauh dekat. Yang dekat jauh. Nasib tak baik, nampak jari
Rahmat. Inilah bukti-bukti cerita mak Rahmat.
Kemahuan Rahmat mesti diikuti. Kalau
tidak diikuti, dia merajuk panjang.
Rahmat
sebilik dengan bapanya. Bapanya tak tahu
bila Rahmat tidur. Tiap-tiap malam
Rahmat main ‘game’. Bapanya tak kisah
kerana Rahmat tak mengusik orang.
Kadang-kadang dia tidak bersalin pakaian tidurpun. Jejak subuh baru sadar. Makanan yang dibeli dan disimpan dalam peti
ais habis dimakan oleh Rahmat. Dia mesti
menguyah apa-apa dalam bilik. Jangan
haraplah nak dibawa balik ke Malaysia.
Beribu juga wang ibu bapa Rahmat berbelanja melayan anaknya. Rahmat tetap menggesa ibu bapanya kalau dia
berkehendakkan sesuatu. Adik Rahmat
lebih faham ibu bapanya yang telah berbelanja luar bajet. Tak pernah minta itu dan ini. Dah dapat peluang berjalanpun dah syukur.
Tibalah
masanya kami bersedia pulang ke Malaysia.
Kebanyakan kaum perempuan masih membeli-belah lagi. Gunakan tambahan masa kecederaan macam
perlawanan bola sepak. Aku terpandang
Rahmat sekeluarga pergi ke tempat membeli-belah berdekatan dengan hotel. Rahmat berkenan dengan sehelai jaket berharga
kira-kira RM400. Ibunya merasionalkan
bahawa duit dah tak ada. Lagipun nak
terbang balik ke Malaysia. Rahmat dah
tak makan saman lagi. Bapanya sedang
mencari tempat tukar duit di pusat membeli-belah. Rahmat meronta-ronta dan berlari
menghilangkan diri. Jaket kegemaran
Rahmat tidak dibeli juga. Ibu bapanya mencari Rahmat di sama sini tidak
berjumpa.
Hampir
dua jam Rahmat hilang. Kehilangan Rahmat
telah dimaklumkam kepada sahabat-sahabat yang sedang menyusun barang-barang
dalam bas. Kalau tak jumpa, Rahmat
sekeluarga tinggal lagi di Beijing.
Kehilangan Rahmat juga telah dimaklumkan kepada pihak polis. Kehadiran Rahmat adalah ujian Allah kepada
kami. Macam-macam aku bayangkan. Rahmat tidak ada sebarang identiti rakyat
Malaysia. Rahmat amat pendiam. Rahmat tak boleh bercakap Inggeris. Ubat-ubatan Rahmat ada pada ibunya. Semua
rakan telah blok Rahmat di pusat membeli-belah.
Pada mata kasarnya Rahmat tak boleh lari.
Seorang
kawan nampak Rahmat terhendap-hendap.
Sergahan kawan menangkap Rahmat menyebabkan Rahmat terus lari. Aku teringat kejadian di Mekah dulu. Penantian seorang sahabatku menemui kegagalan
tanpa berita. Seorang rakanku tiba-tiba azan
dalam lautan manusia meminta kepada Allah.
Rupa-rupanya pandangan sahabatku ditutup oleh Allah. Dia dekat sahaja dengan hotel kami. Ingatanku
ini menyebabkan aku melaungkan azan dan berdoa kepada Allah melembutkan hati
Rahmat. Tiba-tiba Rahmat muncul macam
orang kepenatan sambil meminta air.
Ayahnya memberikan air minuman.
Rahmat menangis sambil memerhatikan ibunya. ‘ Sejuknya air ini bah. Macam sesejuk air mata ibu ‘. Semua rombongan berasa kepiluan. Kami terus mengaminkan
bacaan doa dalam bas.
ADI ADIDI
Bandar Saujana Putra (Rumah Sendiri)
Selangor
Pembacanya : Ebby Halim Al-Firdaus (nak cuba
gantikan Abd Rahman Ismail)
Rafeah Buang : Anak Yang Baru Lahir
Uji Rashid : Kembalilah
Kartina Dahari : Sejak Kita Berpisah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan