Tudung putih Kak Semah kusigkap pelahan-pelahan. Mulutku tak putus-putus berkomat-kamit. Aku seorang penakut sebenarnya. Kak Semah menyebabkan jiwaku jadi
berani. Aku mesti jadi macam Kak
Semah. Mulutya manis tersenyum. Matanya tidak tertutup rapat. Mungkin ada orang yang dirinduinya. Air mataku menitik perlahan-lahan. Jari jemariku meraut muka Kak Semah agar
matanya tertutup rapat.
Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.
Wajah Kak Semah telah kujerumat dalam ingatanku sentiasa
segar. Biarpun masa telah meninggalkan
kami lima puluh tahun yang dulu. Wajah
aku masih lagi terbayang di mata Kak Semah.
Setiap hari pergi dan balik sekolah, aku mesti bersua dengan Kak Semah.
‘ Pergi sekolah Dikkk ‘. Bila aku balik
dari sekolah, dia mengajak aku singgah di rumahnya. Dia mengajak aku makan aku bersama. Lauk tengah harinya, cuma sayur paku dan ikan
gelama masin sahaja.
Wajah Kak Semah tak jemu dipandang mata. Sentiasa berbaju kebaya labuh dan bersaggul
bunga cempaka yang ditanamnya. Kalau
begitu Kak Semah sebaris dengan bintang-bintang filem klasik. Begitulah wajah yang dimilikinya, walaupun
bergelar anak kampung. Kecantikan Kak
Semah, selalu diigau-igau oleh teruna kampung.
Walaupun begitu, tidak mudah Kak Semah mengambil kesempatan, kecantikan
yang ada pada dirinya. Cintanya tetap
satu buat selama-lamanya.
Pertemuan aku dengan Kak Semah tidak disedari telah
memakan selama beberapa tahun. Kakakku
sendiri telah menegurku beberapa kali. Kak
Semah itu tua daripada aku. Aku layak
memanggilnya Mak Semah. Dia dah
mempunyai anak perempuan yang mungkin sebaya umurku. Aku terlopong mendengar
kata kakakku. Aku telah tersilap
pandang. Wajah yang ayu itu tersorok
kisah seribu duka di hatiya. Mak Semah
menganggap aku anaknya. Dia memang nak
bermanja sahaja dengan aku. Dia teringin
nak makan bersama dengan anak perempuanya.
Biarlah nasi yang dihidangkan tidak berlauk. Dia berharap aku mengenalinya lebih dekat,
setelah ditinggalkan oleh suamiya yang tersayang.
Jodoh Mak Semah telah dipersetujui oleh ibu bapanya
dengan seorang pegawai kerajaan.
Anak-anak muda yang kecundang masih menaruh hati kepada Mak Semah. Mereka menaburkan fitnah selagi rumahtangga
Mak Semah tidak roboh. Perkahwinan Mak
Semah telah dikurniakan anak perempuan. Sebab itulah aku menganggil Kak Semah
kepada Mak Semah. Cerita yang
bukan-bukan ditelan bulat-bulat oleh suami Mak Semah. Tapi sampai bila suami Mak Semah boleh
bertahan? Buah mempelam yang disampul
oleh tuannya boleh juga dihidu oleh tupai.
Oleh sebab belaan diri Mak Semah, tidak mahu didengar oleh suaminya,
maka Mak Semah bergelarlah janda muda
dengan talak satu.
Mak Semah sudah tidak mempunyai apa-apa lagi. Kain baju ditinggalkan sahaja. Barang-barang kemas yang dibelikan oleh
suaminya diserahkan semula. Mak Semah
hanya mahukan anak perempuan sahaja.
Susah senang biarlah dia bersamanya.
Suaminya tidak mengizinkan. Macam
mana Mak Semah boleh menanggung anaknya, kalau dia sendiri tiada kerja. Perebutan anak serupalah kisah Naterah di
Singapura. Tinggallah Mak Semah di rumah ibu bapanya. Orang yang memitnah Mak Semah tidak juga
berkahwin dengan Mak Semah. Dia suka
rumahtagga Mak Senah hancur. Hati Mak Semak bukan boleh dipujuk atau dibeli
dengan wang ringgit. Mak Semah tetap unggul
mempunyai hati seorang perempuan.
Mak Senah menggunakan kepandaian yang dia ada. Dia memgambil upah buat bunga, membuat kek
dan kuih, serta memasak lauk-lauk yang dipesan oleh pelanggan. Ketrampilan Mak Semah telah dihidu oleh
sebuah keluarga. Dia mengambil Mak Semah
duduk bersamanya. Bayangkan lamamya Mak
Semah duduk bersamanya. Sejak
anak-anaknya masih kecil lagi sehingga anak-anaknya telah beranak-pinak. Ada cucu-cucu orang itu memanggil Mak Semah
sebagai nenek. Cucu-cucu anak tuannya
sudah tidur dengan Mak Senah. Kasih sayang
Mak Senah terhadap cucu angkatnya sudah tidak boleh dipisahkan. Mak Senah seringkali berkongi manja dengan cucu-cucu
angkatnya sehigga emaknya pulang dari kerja apabia semuaya telah tidur.
Bukan Mak Semah tidak mahu pulang ke kampung. Apa pelerjaan yang boleh dibuat oleh seorag
perempuan tua di kampung? Semua kudrat
Mak Semah tidak kuat lagi seperti dulu.
Lagipun bapa dan abang Kak Semah telah meninggal dunia. Ibunya tinggal bersama-sama dengan kakak
iparnya sahaja. Dia akan balik ke
kampung sebulan dua melepaskan rindu kepada emaknya. Apa-apa yang berlaku akan dikhabarkan oleh
kakak iparnya. Kehadiran Mak Semak
memang ditunggu oleh keluarga. Pemberian
Mak Semah setiap bulan mencukupi membantu kakak iparnya menaggung keluarga di
kampung. Soal kain baju tidak menjadi masalah Mak Semah. Anak-anak majikannya mencapakkan baju
sepasang dua kepadanya. Justeru itu,
pendapatan bulanannya disimpan dan diberikan kepada keluarga di kampung.
Semakin hari umur Mak Semah semakin meningkat. Mak Semah telah berusaha mencari
anaknya. Dia ingin menyerahkan
pendapatan yang terkumpul kepada anaknya buat belanja haji ke Mekah. Memang dia
bercita-cita hendak menunaikan haji ke
Mekah, walaupun dia bekerja sebagai pembantu rumah sahaja. Duit yang masih belum cukup lagi dan faktor
umurnya yang telah meningkat 70han menyebabkan cita-citanya terhalang. Kak Semah tidak putus asa mencari
anaknya. Kali terakhir dia menatap wajah
anakya ketika berumur lapan bulan. Kasih
sayang seorang ibu tetap bersimpul mati, walaupun anak tidak mengenaliya. Dia sentiasa menunggu orang kampung membawa satu perkhabaran yang
menggembirakan. Dia hendak berjumpanya walaupun seminit.
Pada suatu hari, Mak Semah terjatuh di bilik air di rumah
anak majikaya. Kepalaya ditebuk
membuangkan darah yang beku di kepala.
Sejak itu Mak Semah tidak sedarkan diri.
Dia tidak lagi menyebut sesiapa orang yang dirindui. Semasa sedar, dia menyebut nama bekas suami
terputus-putus. Nama itu kali pertama
diucapkan dengan tiba-tiba. Nama anaknya
diucapkan pula dalam mata yang tertutup.
Penantianya telah berakhir. Allah tidak mempercepatkan atau melambatkan
umur Mak Semah. Dia pergi buat
selama-lamaya dalam kerinduan di hujung usianya. Tiba-tiba dua insan berdiri di depan mayatnya
yang terbujur kaku. Airmataya menitis di
pipi yang sudah berkedut-kedut. Anaknya pula yang sudah berumur lima puluhan mendakap mayat Mak Semah yang
terbujur kaku. Sesungguhnya Allah
memperkenankan hajat Mak Semah yang tidak kesampaian.
ANA LEMAN
MUAR
Pembacanya - NOR AZLINA MUMAMED
RAFEAH BUANG - DAUN DAUN BERGUGURAN
NORMADIAH & AZIZ JAAFAR - PADUAN KASIH
RAFEAH BUANG - DI LUAR JENDELA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan