‘ Dah minum air
petang’. Tiba-tiba aku mendengar Si
Penjual Suara. Ingatkan nak beli
suratkhabar lama. Aku membuka pintu
depan mencari suara tadi. Keropok ikan
parang masih dalam kuali. Tiba-tiba Acik
Zainal membacakan coretanku dalam Adila.
Cerita orang dah bersara, siapa nak dengar? Habis sahaja coretan dibaca, telefon rumah
berdering-dering respon daripada sahabat-sahabat. Selepas itu aku bergegas ke dapur. Ya Allah.
Bila keropokku jadi hitam legam.
Pahit. Dah tak rasa ikan parang
lagi. Aku melatah meminta maaf dengan
Fiza. Sebab tadi dia baru puji aku.
Selepas itu, pintu rumah aku diketuk orang. Aku membuka pintu rumah sambil menggolong
kain pelikat singkat ke betis. ‘ Ala
cucu-cucu atuk dah balik. Kenapa tak
beritahu atuk? Atuk masak lemak sayur pucuk
paku tanjung sahaja. Sambal belacan
masih ada dalam lesung batu. Bukannya
malas. Nak tunjuk kelainan hidangan
macam restoran yang atuk singgah dulu.
Keropok ikan parang dah hangus.
Mati kena berleter nenek engkau ‘, kataku sambil mencebet beg masuk ke
dalam.
Anakku meminta aku
memakaikan cucuku lampin pakai buang.
Aku termenung kerana aku telah bersara wajib tujuh tahun lamanya. Tak pernah menggunakan lampin pakai buang
pada anak-anakku seramai empat orang dulu.
Aku mencubanya dengan senyum. Aku
terus membiarkan cucuku yang masih bayi lagi bermain sendiri. ‘ Tuk yakkk.
Yak tukk ‘, kata Rahman sambil menutup hidung. ‘ Atuk tak faham cakap engkau. Tunggu nenek balik ya sayang. Nanti nenek beri. Along katawa berdekah-dekah. ‘ Dia buang air besar abah. Dia minta abah cebukkan. Manja betul budak ini dengan atuk. Semuanya hendak dengan atuk ‘, kata Along
memujuk anaknya.
Kenangan berumahtangga
menerjah mindaku. Semua anakku dulu pakai napkin. Sebesen rendam nipkin dua orang anak. Yang ada najis diasingkan. Dah tu, basuh
pakai tangan pula. Campak sahaja dalam
mesin basuh kena tegurlah isteriku. ‘
Menyoyong bang. Bilasan yang terakhir
nanti rendam pelembut ya. Kenalah kerja
lebih sedikit bang, kalau suka anak ramai.
Barulah dikatakan bahagia ‘, usik isteriku yang sedang memakai
bengkong. Dahinya pula disuruh aku
menyapukannya memparam, macam orang ‘red indian’. Manakala batu bata yang kubakar tadi, dibungkus
dengan kain dan diletakkan pada perut isteriku.
Ibu bapa dan mertuaku
datang tapi tak lama. Matanya sentiasa
mengekori setiap pergerakanku. Makan
isteriku tetapku jaga. Bukanlah susah
sangat. Ikan mesti ikan parang, ikan
bilis, bawang besar dan kicap. Ikan
parang biasa kugoreng sahaja atau masak pindang serani. Ikan bilis pula kugoreng bersama irisan bawang
besar, kicap dan sedikit air asam jawa.
Manakala air minuman segelassss sahaja.
Isteriku mesti ikut pantang larang orang tua-tua. ‘ Kalau beginilah pengalaman abang, sepuluh
orang anakpun boleh , kata isteriku membalikkan kata-kataku semasa berjumpa
dengannya dulu. Beginilah kalau
berkahwin dengan lelaki berumur.
Aku memang suka
budak. Sebab itu nak anak sepuluh. Justeru itu aku tak gentar memeggang bayi
semasa memandi dan membedungkan. Selepas
menyapu bedak dan mengenakan barut kereta, aku melunjurkan kaki untuk
membedungkankan anakku. Aku diberitahu
oleh jururawat supaya menelangkopkan anak, semasa menidurkannya. Anakku memang nyanyak tidur selagi dia tidak
kecing. Semasa itulah aku mengambil kesempatan
melipat kain baju anak supaya isteriku bercuti membuat kerja rumah. Masa dulu pula tidak ada cuti diberikan
kepada suami semasa menjaga isteri berpantang.
Segala-gala kerja rumah
memang aku yang membuatnya. Bukan sayang
bini. Bukan kena ‘queen control’. Tapi aku cuba membayangkan sakit yang dialami
isteriku semasa bersalin. Macam nak
putus nyawa. Aku ingat lagi semasa menemani isteriku bersalin dalam bilik
bersalin. Klinik bersalin swasta memang
membenarkan suami mengiringi isteri. Aku
mengelap-ngelap peluhnya yang memercik keluar, sambil memberi tunjuk ajar dan
semangat. Setelah selamat bersalin
kerjaku belum selesai lagi. Pada masa itu,
isu temuni sedang digembar-gemburkan oleh orang ramai tentang bahan alat
solek. Aku membasuh temuni anakku dengan
bersih dan dibungkus dengan kain puih setelah dimasukkan bahan yang diperlukan
sebelum dimasukkan dalam periuk tanah.
Memang manis kenanganku menjadi suami dan bergelar abah.
‘ Kenapa abah cakap periuk
tanah? Adakah periuk tanah jual di kedai? Along telah goreng lagi keropok ikan
parang. Ganti keropok yang hangus
tu. Along dah bubuh dalam pinggan. Periuk tanah tak ada di rumah ini. Jangan lupa cecah dengan source cili dari Kelantan
‘, kata anakku menyedarkan aku dari lamunan.
Aku menunggu isteriku balik dari kerja.
Tentu sedap rasanya makan keropok ikan parang sekeluarga. Anak-anak Along yang sudah bersorak-sakan
riuh rendah bila neneknya balik kerja. ‘
Lega rasa hati nenek. Penat lelah nenek
di pejabat terubat juga, bila melihat muka Hassan, Hussein, Rahman dan Rahim
bertepuk-tepuk bila nenek balik. Kalau
tidak orang tua ni sahaja yang mensedekahkan senyuman bila nenek balik. Along turut senyum sambil menuangkan ibunya
air.
‘ Anak-anakku. Peliharalah cucu-cucu abah sebagaiman abah
dan emak memelihara kamu kecil dulu. Abah
tak tidur malam semasa engkau menangis sakit. Semasa engkau berkehendakkan
susu, abah atau emak terjaga dari tidur menggoncangkan susu tepung dalam botol
susu. Dengarlah anakku. Anak-anak adalah amanah Allah bagi manusia yang berumahtangga. Tak pernah abah menjentik anda sekelian. Cubalah sedaya upaya mendidik anak mengikut
masa dan ketikanya. Karenah anak-anak
semasa kamu baru pulang kerja adalah sementara sahaja. Bila anak telah bekerja dan berkeluarga, kamu
akan merasakan satu kehilangan rutin hidup yang engkau lalui. Itulah pengorbanaan seorang ibu dan ayah
sejak matahari mengenal dunia. Kepekatan
malam pula akan engkau rasakan apabila embun menitik sehingga pagi.
ISMAIL ABD RAHMAN
Ampangan NS
Lagu iringan:-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan