Aku sengaja menutup pintu rumah selepas balik dari solat Isya di
masjid. Isteri menegurku membuka tingkap
sehingga jam 10 malam. Malam, mungkin
orang berkunjung ke rumah kita. Orang Melayulah katakan. Mesti beraya sebulan Syawal tanda
kemenangan. Bukan nak makan sangat. Nak jumpa sahabat-handai jauh dan dekat.
Itulah rezeki kita bang. Tetamu datang
ke rumah bawa rezeki. Tiap-tiap hari
kita bertempiaran cari rezeki. Sekarang
rezeki datang bergolek.
Aku terus duduk di kerusi menunggu sahabat.
Tak sedar bulan Ramadhan telah berlalu.
Pintu doa dan taubat telah dibuka seluas-luasnya oleh Allah. Lepas itu kita dijanjikan pula malam
Lailatulqadar pada sepuluh hari terakhir
Ramadhan. Adakah aku bertemunya setiap
hari? Tiba-tiba mataku mengalir kepiluan.
Hari yang telah dijanjikan oleh Allah itu, lebih baik daripada seribu
bulan. Gunakanlah ianya dengan
sebaik-baiknya, selagi hayat dikandung badan dengan beramal dan sedekah.
Bulan Shawal pun akan pergi jua.
Rakan Masjidku menjemput aku ke rumahnya. Meraiikan rumah terbuka dan majlis kesyukuran
kerana menjadi Tetamu Allah. Pemergiannya dijadualkan 9 Sept ini. ‘ Saya dah lama diseru ke sana. Tapi duitnya masih tak cukup. Kerja kampung sahabat. Dia membuat keputusan pergi seorang diri
sahaja. Ini rezekinya yang ada. Mungkin saya juga pilihan Allah agaknya. Kita diringankan dengan istilah
kemampuan. Tetapi istilah kemampuan itu akan
dituntut sehingga kita telah mati.
Anak-anak soleh yang beringat, mungkin boleh mengupah haji kepada ibu
dan bapanya apabila dikurniakan rezeki.
Kata sahabat itu macam menyindir diriku.
Aku telah muktamad mendahulukan ibuku daripada diriku sendiri. Aku telah menghantar ibuku menunaikan fardu
haji dengan muasasah. Bayangkan seorang
perempuan tua yang ketika itu sedang berumur lebih kurang 65 tahun menjadi
Tetamu Allah. Dia tak tahu membaca dan
menulis. Mungkin dia sentiasa sesat
apabila keluar dari masjid Nabawi dan Haram.
Keadaan tersebut pernahku dengar semasa aku menziarahi Tetamu Allah yang
baru balik. Berita ibu tidak dapat
kudengar kerana ibu memang tidak tahu menggunakan telefon. Segala-galanya aku berserah kepada Allah
setiap kali sembahyang. Ikutlah jalan
yang lurus telah dibentangkan oleh Allah semasa di Tanah Suci nanti. Pastinya ibu dapat berjumpa denganNYA dalam
apa masalah sekalipun.
Tindakan aku itu tak disalahertikan.
Kasih ibu membawa ke syurga.
Kasihkan ayah bagaimana? Aku
memang tak cukup wang. Duit-duit ceramah
kelas subuh kukumpulkan sejak aku menjadi pendakwah bebas. Abah tetap menjadi Tetamu Allah walaupun
hanya rohnya berterbangan di kota Madinah dan Mekah Mukaramah. Dia telah meninggal dunia sementara aku
remaja lagi. Sebab itulah ibuku pergi
tanpa berpasang-pasangan seperti orang lain.
Walaupun begitu, mereka tetap berterbangan sama menuju jalan ke
syurga. InsyaAllah.
Hampir sepuluh tahun, barulah aku dijemput menjadi Tetamu Allah. Kewangan kami mencukupi sahaja buat aku dan
isteri. Aku termanggu sekejap kerana
kami terpaksa mengerjakan haji Ifrad sebelum ukuf di Arafah. Pergi ke sana bukan nak makan sedap. Pergi ke sana bukan hendak berbelanja
sakan. Pergi ke sana bukan hendak
gelaran tuan haji atau puan hajah. Pergi ke sana hanya hendak beribadat. Maka aku pergi ke sana dengan matlamat yang
jelas. Dari hotel ke masjid. Dari masjid pula ke hotel. Begitulah kami semasa berada di sana hingga
44 hari.
Sesuatu yang berlaku pada diri kami sememangnya telah kami ramalkan. Sebelum terbang lagi ke Tanah Suci, kami
telah memulakan sembahyang sunat taubat dan hajat. Kami minta Allah akan sesuatu semasa berada
di Tanah Suci. Bayangkan kami tidak
menghantar berita ke Malaysia? Anak-anak
kami berdikari semasa kami tinggalkan. Cuma
kami berpesan supaya mereka menghubung adik-adikku. Apa yang kita mohan tetap Allah
kabulkan. Kami baru teringat membeli korma di pasar kurma sebelum
berangkat ke Madinah Mukaramah dan pulang ke Malaysia. Orang akan bertanya buah kurma dan air
zam-zam semasa menziarahi aku pulang nanti.
Aku tidak mahu buah korma dan air zam-zam yang dijual di Malaysia. Dalam berpakaian aku tidak mengira
jenama. Asal boleh pakai, cukuplah. Tapi air zam-zam adalah oleh-oleh dari Tanah
Suci.
Fikiranku masih mengelamun lagi. Tetamu
tak datang agaknya. Mungkin melayan
tetamu yang datang ke rumahnya.
Bagaimana atuk-atuk dan nenek-nenekku?
Aku tak jumpapun mereka. Jumpapun
aku masih dalam buaian kain. Agak malang
bagi abah dan emakku. Mereka tetap duduk
di rumah atuk dan nenekku beranak-pinak.
Beras dah habis, nenek membisikan
kepada abah. Beras dah habis, atuk pula
berikan pundi kepada abah. Itulah kerja
abah dan emak. Mereka faham tentang
keluarganya. Aku sahaja yang tidak mengerti jasa atuk dan nenekku. Nenek memang sayang dengan menantunya. Pagi hingga malam tidak berhenti buat
kerja. Menantu mesti ringan tulang
kepada ibu dan bapa mertua.
Kadang-kadang, nenek suruh ibu tidur supaya mendodoikan aku dalam buaian
kain. Nenek tak boleh melelapkan mata,
bila cucunya asyik menangis. Bila aku
telah lelap, nenek baring bawah buaian.
Nenek pula yang terjaga bila air menitis dari buaian. Keadaan ini menyebabkan atuk dan nenek
bertukar-tukar memangku. Bolehkan
keadaan ini diulangi lagi?
Adik beradik abah telah tiada. Abah
dan emak telah kurasakan. Bagaimana atuk
dan nenek? Abah selalu berpesan. Masa hidup menabur budi. Harta tak berkat kalau kau melupakan abah,
emak, atuk dan nenek. Duitku tidak cukup
lagi. Macam mana aku dapat mengupahkan
haji atuk dan nenek. Aku buka mulut
kepada anak-anakku. Benda sekepal
menjadi bukit. Benda setitik menjadi
lautan. Ke mana condongnya pokok
buluh? Kalau telah kulentur dari
kecil. Anak-anaku telah berjanji
berkongsi sesama mereka untuk mengupahkan haji buat atuk dan nenekku yang
langsung tidak ditemuinya. Aku bersyukur
kepada Allah kerana atuk dan nenekku masih ada orang yang sayang.
Setelah menghadap makan malam, aku duduk lagi di kerusi menunggu
tetamu. Mulutku mengguap beberapa kali. Mata pejam melayan bual isteri yang masih
menungguku. Aku bangun menutup tingkap rumah
sebelum masuk ke bilik. Esok, aku tetap meneruskan
perjalanan ke masjid sambil memuji-muji nama Allah. Aku berdoa pintu taubat dan rezekiku masih
terbuka luas, walaupun pintu-pintu rumahku telah tertutup rapat melayani
mimpi-mimpi indah seorang tua.
SUARA
SUBUH
Johor
Minta
Saudara Abd Rahman IsmaIL bacakan.
Sesuai disiarkan musim keberangkatan jemaah ke Tanah Suci. Lagu-lagu dibawah ini penuh bermakna pada
diri saya. Cuba jangan ditukarkan.
S AFFENDI - SIANG BERGANTI MALAM
S AFFENDI / AHMAD JAIS - PUJAANKU/PERASAAN
S AFFENDI - LAGU RINDU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan