Jerebu
menyerang beberapa negeri di Malaysia.
Ada kenderaan darat dan laut yang bertembung antara satu dengan
lain. Tak sengaja bila pandangan yang
dekat ditarik oleh Allah. Seperti aku orang
yang dah tua. Dulu tak rabun. Sekarang rabun. Celek mata saja meraba-raba cari cermin mata. Itulah hakikat hidup yang aku mesti
fahami. Kurniaan Tuhan telah ditarik
balik. Segala-galanya bukan mutlak untuk
kita. Kita berupa pinjaman sahaja.
Kenapa
perkara yang serupa ini tidak pernah berlaku dulu semasa aku kecil? Cuaca kampung segar bugar. Abah dan emak bakar sampah depan rumah. Asap berkepul-kepul masuk mata dan lubung
hidung. Mata pedih dan berair diserang
asap. Tapi aku dan adik beradik tetap
mengelilingi perun yang dibuat oleh abah dan emak. Kami bersuka ria sambil bernyanyi. ‘
Wahai nenek si bongkok tiga.
Siang mengantuk malam berjaga.
Cari cucu tiada jumpa. Nenek nak
kawin.... ‘, aku tersenyum sendirian.
Abah
memang jadi orang besi. Anak-anak telah
dipintal pula membentuk orang dawai. Makna
‘perintah berkurung’ tidak ada pada abah.
Ada kerja ada makan. Cangkul
tanah tak pakai topeng. Gali parit tak
pakai topeng. Kandar air tak pakai
topeng. Berbuai-buai tin minyak tanah,
semasa kami mengandar air dari paip di tepi jalan. Mungkin tak pandai. Mungkin pihak tertentu tak beritahu. Kalau beritahupun tak sampai. Macam mana kenderaan nak masuk jalan kampungku? Harimau dan gajahpun boleh menyorok dalam
semak belukar. Abah bertawakal sahaja
serah nasib kepada Allah.
Benakku
diserang lagi. Kenapa dulu tiada
jerebu? Tak pernah kerajaan isytihar
darurat. Dulu kawasannya kecil. Sekarang kawasannya luas melaut. Dulu rumahnya jarang-jarang. Sekarang rumahnya rapat-rapat. Buang sampah dan bakar sampah. Jerebulah jadinya. Asap pun pening kepala dibuat oleh
manusia. Angin pula bertiup panas macam
di Mekah Mukaramah. Pandanglah ke
langit. Awam sentiasa menyorok malu
hendak bertaburan di langit. Kesian
manusia. Bila dah terhantuk baru
tergadah. Buat sembahyang hajat
tiap-tiap hari. Panggil katak minta
hujan turun. Mana nak turun. Katak sudah pupus. Katak dah jadi makanan ular. Ular pula sudah tersadai kekenyangan
melintang di jalan kampung.
Anakku
terpinga-pinga bila aku bercakap seorang diri.
Ada rupa tapi suaranya tak dengar sebutir-sebutir. Hai, jerebupun menyerang manusia jadi
pekak. Aku memang tak puas hati dengan percakapan
anak muda di masjid. ‘ Apa makna negara
berteknologi tinggi? Apa guna isytiharkan
darurat? Yang penting tindakan. Buatlah awan palsu turun hujan. Biar jerebu hilang di udara. Udara bersih rakyat sihat ‘, katanya tanpa
segan silu. Aku merenungnya atas
bawah. Aku ni tak belajar
tinggi-tinggi. Tapi anak-anakku belajar
di menara gading. Cakapnya hanya
mencantumkan bibir atas dan bibir bawah.
Senangnya bercakap. Nak bertindak
mesti ada perancangan, orang muda? Kita
mesti pilih rancangan yang berkesan. Ini
juga tranformasi. Benda sekarang tak
pakai formula dulu. Orang dulu memang bijak
dan berpengalaman. Tentu mereka ada cara
yang berkesan.
‘
Orang Malaysia baik-baik. Tak bakar
sampah di kawasan terbuka. Mereka masuk
dalam beg plastik hitam. Ikat supaya
memudahkan kerja pemungut sampah ‘, kata anakku membela jiran-jirannya di
bandar. Kenapa jerebu? ‘ Kenapa abah batu-batuk? Kenapa hidung abah berair. Kenapa tekak abah perit sehingga menolak
makanan?,’ kata anakkku lagi merintih, semasa berbual denganku yang baru pulang
dari Kuala Lumpur. ‘ Itu maknanya simton
penangan jerebulah bah. Jangan dengar
ADILA sahaja ada penangan hingga menangis dalam kereta. Saya dimaklumkan bahawa jerebu tersebut
disibarkan oleh negara jiran. Abah tak
lihat TV ke? Teruk jerebu di negara
jiran. Tangkap dan denda saja sahaja
yang membuat pembakaran terbuka. Abah tak
dengar ke promo Radio Klasik? Baru padan mukanya orang yang main-main buat
panggilan kecemasan. Menyusakkan orang
lain sahaja ‘, kata anakku meluahkan pandangannya yang gitu.
Anakku
memberikan aku topeng untuk dipakai dalam rumah. Aku merasa kekok kerana tak biasa. Topeng yang kupakai dilihat di cermin. ‘ Rupa abah bertambah hencemlah. Macam promo Radio Klasik. Nak rasa muda
dengarlah lagu-lagu klasik. Aku
bercermin lagi membetulkan topeng yang kupakai terbalik. Manalah orang kampung tahu pakai topeng? Yang aku masih ingat ialah P Ramlee sahaja. Cerita ‘ Abu Hassan Pencuri ‘. Aku tak mahu jadi pencuri. Malaysia dah merdeka 56 tahun. Terasa aman dan makmurnya sekarang. Aku takut
kena jotos kepala macam promo Radio Klasik.
Mana tahan kena jotos. Rambut dah
tak tumbuk lagi. Cucu-cucuku memanggil
Atuk Kojak. Panggillah Atuk Haji. Tak sangka dah tua-tua begini baru tahu, aku
berlakon dalam siri Kojak. Cucuuuu cucu. Matamu masih terang lagi, tidak diserbu oleh
jerebu di luar rumah.
Ubi
goreng bercecah sambal kicap dah luak setengah pinggan. Enjin batu anakku tidak pernah berehat semasa
bercakap. Makanlah selagi mampu. Bila dah sakit, baru isteri bertanya nak
makan apa? ‘ Abah beli ubi di Pasar
Tani. Dengar kau anak beranak nak balik
melihat kami diserang jerebu. Patutnya
kau balik awal puasa. Abah terperanjat
kau menjojol tiba-tiba. Nak potong ayam
kampung, kau dah muak. Nak beli daging,
kau kata dah selalu. Makan ubilah macam
kau semasa kecil dulu. Makanan orang
kampung katakan. Jangan malu mengaku
orang kampung. Jengah-jengaklah abah dan emak selagi ada hayat. Kau mesti kehilangan bila kami sudah tiada
lagi. Awal puasa nanti, abang-abang
engkau nak balik. Boleh kita kumpul
ramai-ramai sambil makan pengat ubi, lempeng pisang, sambal petai dan lain-lain
lagi yang kamu suka sejak kecil dulu ‘.
Aku
menyambung perbualan bila kudapat anakku diam seketika. ‘ Abah
ingat ujian Tuhan semuanya. Jangan sangka orang lain yang tak berdosa terpalit
juga. Kita mesti khabar-khabar,
ingat-ingat dan pesan-pesan kepada orang yang kita kenali. ‘Jangan Berlagak Sombong’, kata biduan
Jasni. Abah suka membangkitkan semula
pesan seorang sahabat abah dalam telefon.
‘ Sebahagian manusia adalah lemah, zalim, kikir, sombong dan mencabuli
fitrahnya. Perlengkapan, pembekalan,
petunjuk dan kekhalifahan yang dianugerahkanNYA dicabuli, diganasi,
diselewengkan, dicemari dan dikotori, malah ada yang sanggup mensyirikkan ALLAH
dan menafikanNYA sebagai Maha Pencipta ‘, kataku menahan sebak sambil
diperhatikan anakku tidak berkelip-kelip.
‘ Abah berdoa agar salji akan turun, membersihkan jerebu yang melanda
kampung. Biarlah segala kekotoran alam
yang berdebu-debu dicucinya berkali-kali. ‘. Amin.
RAHIM BIN RAHMAN
Muar.
Dicadangkan pembaca coretan - EBBY
HALIM AL FIRDAUS/ABD RAHMAN ISMAIL
Status Coretan - SUMBANGAN
Lagu lagu pilihan:
MALIK RIDZUAN - SERI JOHOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan