September 09, 2013

ONN MOHD JAFFAR - MERDEKA 2013



                Kalau dikenang berjurailah air mata.  Hampir 50 tahun bumi kontang dengan air mata.  Dollahlah yang bersusah-payah menyiram air mata di rumahnya.  Air mata tak kira lelaki atau perempuan.  Langit cerahpun, air mata akan berderai.  Matahari menyuluhpun, hujan panas berderau turun.  Semua ketentuan Allah ini, menyebabkan kami berteleku pada hari Jumaat malam sabtu selepas Isyak. Sahabat yang jauh dan dekat mengambil peluang ini, mungkin buat pertama kalinya sepanjang umur kami .  Semuanya berasa syukur kerana Lailatulqadar berlaku lagi semasa raya.

                Rumah terbuka Dollah untuk sahabat lama tingkatan lima, lain sekali kulihat.  Mereka datang tidak berlenggang tangan.  Buah tangan yang dibawa oleh sahabat-sahabat  memenuhkan meja makanan.  ‘ Rezeki, rezeki. Rezeki.  Bukan susah sangat.  Makan seminggu pun belum tahu habis lagi ‘, kata Dollah yang telah menyediakan berbagai-bagai makanan.  Dollah memang cukup bersedia.  Maklumlah, dia seorang pengusaha makanan di gerai selepas bersara askar.  Aku tidak sangka kedatangan kawan-kawanku membawa buah tangan untuk makan beramai-ramai.  Malu juga kedatangan aku hanya membawa beberapa album gambar dalam beg plastik.
                ‘ Kau ada simpan lagi gambar-gambar kita.  Alahai, malunya akuuu.  Banyaknya gambar-gambar kita yang kausimpan.  Layaknya kauni berkerja di Arkib Negara saja ‘ , kata Kamisah yang tidak lagi dapat meyorok kehibaan.  ‘ Berkubang dalam paritpun ada.  Bila kau ambil gambar ni ‘, kata Rahim semasa diusik oleh Ramlah yang sedang mengilai ketawa kerana dicuit oleh kawan-kawan.  Rasidah merenung tajam gambar semasa kami di tingkatan lima.  Dia menyebut satu, satu nama dalam gambar berkenaan.  ‘ Ni siapa ya.  Aku masih ingat.  Tapi dah lupa namanya ‘, kata Yaakub memberhentikan jari telunjuknya. 
Mereka tiada di sini.  Sungguh jauh mereka berada.   Mereka sepakat tinggal jauh meninggalkan kita.  ‘ Mereka tinggal di khutub utara atau selatan ke? ‘, kata Jamsari menyampuk.  ‘ Salleh, Ramlan, Zaleha dan Radhiah telah menjadi aruah kira-kira 5 – 10 tahun yang lalu.  Sebelum 1 Shawal ini,  Ahmad Suhami yang menetap di Kedah pula meninggal dunia ‘ kata Dollah memberitahu rakan-rakan.   Rakan-rakan yang tergelak tadi merasa hiba.  Mereka baru sedar bahawa masa memamah dirinya menjadi layu, tua dan akhirnya gugur ke bumi.
  Ni gambar siapa Onn?  Kau ambil gambar pelek-peleklah.  Ada gambar hilang kepala.  Ada gambar kaki sahaja.  Nama je ada ijazah, tapi tak profesional rakam gambar. Dahlah gambar hitam putih.  Tak macam sekarang.  Gambar warna, baru syok mata memandang ‘, Zaiton bertanya sambil menanggalkan teropong rabunnya. ‘ Puas aku tanggal cermin mata.  Aku tak kenalpun  mereka.  Memang  tak  ada  dalam  kelas  kita  di  tingkatan  lima ‘,  tambah Ton lagi.  “ Betulah tu.  Mereka kawan-kawan aku.  Budak-budak kampung aku.  Kawan main tembak-tembakkkk.  Ada gunakan batang ubi, Adakan anak getah. Ada yang gunakan papan untuk buat senapang ‘, kataku mengingatkan nama kawan-kawan lama.
‘ Ini Md Zin, Rifin, Acing, Md Noor, Din, Bahari, Kadir dan Mubin ‘, katakan kepada Nab.  ‘ Onnnnn, dah 60 tahun umur kita.  Kau masih ingat nama kawan-kawan ya.  Aku dah lupa Onn nama-nama kawan kita.  Otak kau macam komputer anak aku.  Yang ini siapa pulakkkk? ‘, kata Timah pula.  ‘Ooooo ini We Kia (Botak).  Ini Katun (Tan Ka Tun).  Ini Krishna.  Mereka ni sekarang tinggal di Singapura, Seremban dan Kuala lumpur.  Mereka ini kalah orang Melayu.  Sikit tak pelat.  Makanpun suap tangan.  Duduk di rumahpun gombang kain ‘, kataku menyebabkan setengah rakan terperanjat. ‘ Rupa-rupa 1 Malaysia dah wujud zaman kita ya.  Layaklah nama kau Onn.  Macam Dato’ Onn Jaafar.  Berbaloi cikgu kita mengajar sejarah dulu , kata seorang rakan dari jauh mengusik aku.
Semua sahabat merasai  juadah.  Beberapa kali sudu dan garfu kuhalakan ke mulutku.  Tapi tak jadi.  Rakan-rakan masih mengajak kami berbual.  Fikiranku berterbangan di atas hidangan yang tidak bertutup lagi.  31 Ogos akan menjelma seminggu lagi. Darah pejuang kemerdekaan menyelinap tubuh diriku sejak kecil lagi.  Mungkin juga jiwaku telah dibakar oleh bapaku seorang prebet polis. Aku dan rakan-rakan yang disebutkan tadi berjuang di tanahairku secara sendiri.  Tidak seorangpun terlibat dengan kerjaya askar atau polis, walaupun kami sentiasa main tembak-tembak semasa kecil.  Botak hingga sekarang balik dari Singapura pada 31 Ogos.  Hati kecilku bertanya tanpa malu. ‘ 31 Ogos kan raya Onnnn.  31 Ogos sedikitpun tidak mengalirkan darah.  Kan kita main tembak-tembak dulu.  Nasib kita baik Onnnn.  Nasib kita telah diatur oleh orang-orang terdahulu.  Cinta aku tidak berbelah bagi ‘, aku merenung muka botak. Harap Katun dan Krishna yang bekerja sebagai peniaga dan pemandu lori begitu juga hendaknya.
‘ Ter...ter...ter... mati ya Mobin.  Aku  berlindung di penjuru rumah.  Aku nampak Acing, Bahari dan Kadir sedang menghendap musuh mereka.  Bahari tiba bergolek atas tanah supaya pergerakannya secepat kilat.  Mataku menantikan Acing, Bahari dan Kadir leka.  Aku membaling bom tanah ke arah mereka.  Bahari tergoleh mati ke tanah macam lakonan Seniman John Wayne.  Acing terus rebah ke bumi.  Aku melaung supaya kawan-kawanku yang menjadi pejuang tahu bahawa Acing, Bahari dan Kadir telah mati.  Kadir tetap mengatakan dia tidak mati.  Bom aku tak mengenainya.  Dia merendahkan badannya dan menyorok di balik pokok serai. ‘ Kau matilah Kadir.  Aku nampak kau dulu.  Sebab itu, aku baling bom tanah supaya kau, Acing dan Bahari mati.  Malaslah aku nak main perang-perang dengan kau ‘, kataku mengugut Kadir.
Katun mengikuti jejak Botak.  Botak sedikitpu tak perasaan dia telah dikepung oleh aku dan rakan-rakan.  Tiba-tiba kami berada di keliling Botak.  ‘ Jangan bergerk.  Kamu telah dikepung ‘. Kata Katun.  Botak menyerah diri.  Aku terus mengikat tangan Botak dengan tali pisang.  ‘ Kita tinggal seorang lagi.  Kalau Md Zin mati, kita akan menang.  Bajuku yang menjadi bendera akan berkibaran menyambut kemenangan.  Md Zin tak jumpa juga.  Mungkin Md Zin sakit darah tinggi. Mungkin Md Zin tersampuk S Shamsuddin.  Inikan perang olok-olok.  Mana mati betul ‘ , kataku kepada kawan-kawan.  Kehausan mula menyerang tekakku.  Rumah Md Zin digamatkan main perang-perang.  Md Zin tidak muncul-muncul.  Macam mana aku nak minta air.  Aku meminta air daripada kakak Md Zinlah.  Semasa aku naik ke rumah, aku terpandang Mad Zin di rabung rumah.  Dia menggigil ketakutan.  ‘ Apa fasal ni?  Menggigil tak tentu fasal.  Penat aku dan kawan-kawan cari engkau tak jumpa ‘, kataku sambil  minun  sejelas air. ‘ Aku tak mahu mati.  Aku tak mahu mati.  Kawan-kawan aku semuanya dah mati ‘, sambil turun dari rabung rumah.
Aku terkejut daripada lamunan.  ‘ Sejak tadi engkau kunampak senyum sendiri.  Cakap seorang diri.  Kan malam ini kita bertemu semula kawan-kawan lama ‘, kata Dollah sambil menepuk bahuku.  Aku tersenyum malu.  Kawan-kawanku bukan semasa di tingkat lima dulu sahaja.  Aku telah digamit oleh kawan-kawan kampungku menjelang 31 Ogos.

ONN  MOHD  JAAFAR
Johor

Pembaca                                             -              Abd Rahman Ismail atau Jamsari Ahmad

SUDIRMAN HJ ARSHAD                 -              Warisan
SALOMA                                              -              Perwiraku
SANISAH HURI                                  -              Pahkawanku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan