Istana
tua di musim sejuk menitiskan air mata salji.
Kepiluan terus mengetuk qalbuku menguntumkan bebunga kasih berkembang
semula. Tak sangka lebih separuh dekad aku telah membenamkan cinta jauh di sudut hati. Cinta tak boleh ditampi lagi, kalau
cinta itu pertama dan terakhir untuk membuat pilihan. Cinta juga tak pernah berkubur. Ianya datang mengetuk qalbu bila tingginya
meyapu awan dan dalamnya mencecah ke perut bumi. Gegarannya telah mengejutkan aku terlena dari tidur hampir usia mencapai tujuh puluh tahun. Nampaknya bulan tidak lagi menyuluh
perjalananku yang sudah berbelit-belit.
Hanya bintang-bintang di langit sahaja yang berkelip-kelip memujuk aku
bahawa sinarnya yang ada lagi.
Dalam
istana tua, kesunyian telah lama membiarkan aku kesunyian seorang diri. Kalimah cinta tidak pernah kusebut-sebut dalam
percakapan dan nyanyian. Dinding-dinding bilik istana kosong menantikan dindingnya
bercerita kisah cinta yang aku laluinya. Sungguh nikmat rasanya cinta membuat
aku tercunggap kepenatan terhuyung-hayang dan dihempaskan perasaan cinta di pantai
hati. Aku membiarkan diri dihamuk oleh cinta
yang tidak kesampaian. Dalam hidup yang
dimamah tua ini, kusedari bahawa cinta pernah berlabuh dalam diriku. Selapis pelangi berselindang samarinda membalut
hati yang luka sehingga aku macam tak pernah luka. Betullah kata pujangga
lama. Luka di tangan nampak
parutnya. Luka di hati susah senangnya.
Perjalanan
cintaku berbeza dengan arah perjalanan di istana lama. Perjalanannya berselirat tetapi ada jalan
pulangnya. Jalan cintaku masih
tercari-cari jalan yang terdekat dan jauh.
Jalan pulangnya terlalu jauh dan tak berjumpa jalan pusingan. Aku terpaksa pusing balik mengulangi semula
jika perjalananku tersesat jalan. Tiada
ada jalan di atas tanah rata yang mempercepatkan perjalananku mengelilingi
istana lama. Aku terpaksa menaiki bukit
dan menuruni cerun yang curam. Tapi istana lama tetap megah berdiri dan
dilawati hingga ke hari ini. Begitulah hebatnya Maharaja dan Maharani berpadu
kasih sehingga nyawa bercerai dari badan.
Takdir dan masa menjadi penentu segala-galanya.
Begitu
ajaibnya istana lama tertinggal tanpa dimengertikan pengunjungnya. Kebersihan hati Maharaja dan Maharani
dilakarkan oleh keputihan pasirnya setiap aku menyusun tapak kakiku. Pokok-pokok dibela menujah ke atas macam
bersatu hati. Yang tinggal hanya
ranting-ranting hidup yang rela menggugurkan daunnya ke bumi buat seketika. Begitulah cinta yang tidak mati walaupun
empat musim silih berganti. Burung-burung
pula tidak kelihatan mendendangkan puisi
cinta yang menyerikan kisah cintaku di musim sejuk. Aku cuba mencabut anak-anak pokok yang kering
dan layu. Sungguh liat dan sukar dicabut
dengan setapan yang kuat. Akarnya masih
menikam bumi membenamkan cinta sejati.
Janganlah membuat andaian bahawa pokok-pokok yang seakan mati akan dituruti
sama oleh rantingnya di musim sejuk.
Cinta sejati hanya berkorban melurutkan daun jatuh ke bumi di musim
sejuk. Aku mengumpulkan daun yang jatuh untuk menguji cinta yang
terpahat. Dedaunnya memang segar dan
liat walaupun telah jatuh ke bumi.
Cintaku tidak seperti daun
tersebut yang telah dijampi oleh Maharaja dan Maharani meninggalkan satu
perlambangan cinta sejati kepada pelawat-pelawat istana tua.
Aku
yang sedang mencari sesuatu bertambah celaru.
Apa yang terpapar sungai dan tasik yang telah beku untuk menyesuaikan
dengan musim yang mendatang dihantuk-hantuk kepalaku meminta mindaku berfikir. Dalam kesejukan sampai ke tulang dan
menggigil, kupahatkan diriku berlatarbelakangkan salji yang menggunung
tinggi. Kenapa aku ke mari setakad
lukaku berdarah kembali? Banyak lagi
tempat-tempat indah kurniaan Ilahi. Aku
terbiar keseorangan mencari erti kehidupan yang tersurat dan tersirat. Aku mesti belajar dari alam yang menibarkan suatu
kehidupan yang telah mati. Cinta itu
tidak mati. Cinta itu teguh berdiri di
depan pintu syurga. Berdoalah kepada
Allah. Allah Maha Penyanyang kepada
hambanya. Lihatlah ikan masih
berenang-renang di dalam air, walaupun permukaan tasik dan sungai beku membatu. Itu maknanya cinta akan berputik semula
setelah layu dan gugur di dunia ini.
Cintaku
bukan mudah seperti menukar baju. Tapi
wajahnya ada di mana-mana. Adanya serupa
tiada. Tiadanya tapi ada. Macam mana kukatakan ada, kalau kulitnya
berwarna putih dan kuning. Dia sentiasa
berbisik tapi aku tak faham bahasa cintanya.
Nikmat pendengaran dan penglihatan kusimpulkan jadi satu. Dia sebenarnya tiada, tetapi ada. Ada dalam juraian salji yang menghangatkan
kenangan. Dia tersorok seperti matahari
yang menyurukkan kepanasannya. Tiada
maknanya kepanasan memarakkan bumi dan menggugurkan daun-daun cinta kalau suhu
berada di bawah beku buat seketika.
Lihatlah tasik dan sungai tadi yang sengaja membekukan diri buat
seketika. Di sinilah aku belajar Teori Perubahan alam yang mendewasakan aku
yang telah tua. Perjalananku di dalam
LRT sama sahaja pemandangannya. Mereka
sibuk dengan buku dan talian bimbit. Tak salah kalau berbuat begitu, kalau
membaca dan menelefon untuk membaca perihal syurga dan bercakap-cakap dengan
orang di sana. Ubahlah kerana pintu
taubat masih terbuka.
Tiba-tiba
dia menjeleng kepadaku. Aku melemparkan
senyuman lambang budayaku yang masih tidak lusuh. Dia senyum menampakkan gigi putih tersusun
rapat. Hatiku berdebar-debar diguris oleh
senyumannya yang menawan. Senyuman boleh
menukarkan wajah. Dia datang dengan
tidak bertudung. Agakku, tudungnya
terjatuh semasa menaiki LRT. Aku
melucutkan kain yang meliliti leherku kepadanya untuk bertudung di kepala. Dia tak biasa pakai di kepala. Buat apa pakai di kepala, kalau lehernya yang
terasa sejuk. Secepat kilat, aku menjamu
parasnya atas dan bawah. Dia memang
bukan cintaku. Cintaku berkulit sawo
matang. Tak pernah dia menelanjangkan
kepalanya dengan tidak bertudung semasa kami jalan berdua. Cuma kami berdua terlambat mengungkapkan
cinta. Semuanya telah terlambat. Cinta mesti diungkapkan dengan cinta sejati
dan ikhlas. Badan akan jadi merana kalau bungaku puja dipetik orang.
Selamat
tinggallah cinta. Aku hanya menggemis
cinta yang telah pergi. Api cinta telah
padam dalam penerbangan menuju Malaysia.
Ramai orang Malaysia yang bertandang ke sana menghabiskan masa
cuti. Aku ke sana mencari cinta yang
telah buta. Segala-galanya hitam pekat
tidak memperlihatkan bebayang cinta. Aku
menyusur semula sungai usia di Kota Samarahan.
PINGGIRAN CINTA
Kota Samarahan
Serawak
Pembaca Dicadangkan - Pelakon Drama Lelaki.
R.ISMAIL & ROSIAH
CHIK - SENGSARA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan