Macam-macam aku berdoa semasa
sujud terakhir dalam solat semasa bulan Ramadhan. Fadilat orang berpuasa bulan Ramadhan
digamitkan oleh tokoh-tokoh agama di televisyen dan radio. Aku berdoa tanpa jemu walaupun doaku ini
tidak nampak lagi bayangannya. Aku tetap
percaya dengan janjiNYA. ‘ Lambat atau
cepat, AKU akan makbulkan doamu, selagi engkau meminta denganKU. Sesungguhnya lambat atau cepat ini adalah
ujian ke atas orang yang beriman ‘.
September 15, 2014
SUARA SUBUH - GERHANA
Memang tak suka diganggu. Lebih-lebih lagi bila aku tengah tidur. Mak kejut aku daripada tidur. Baru saja tidur dan mata susah nak buka. Aku duduk sahaja dengan mata yang masih
kejam. Tolong mak. Nanti bila habis boleh tidur semula. Emak suruh aku goyang pokok sekeliling
rumah. Ayam berketok-ketok semasa aku
menyergah reban ayam. Baru aku tahu bahawa
ayam ni tak tidur semalaman. Adakah ayam
ni sentiasa bertasbih kepada Allah? Atau
membenarkan kata atuk dan nenekku – Tidur-tidur ayam?
AZMAN JAFFAR - MUQQADAM
Tak
mungkin… Tak mungkin aku berundur semula. Biarlah perjalananku meninggalkan
kesan dua tapak kakiku. Mungkin kesan sejarah itu akan disusuri oleh
cucu-cucuku nanti. Bahawasanya atuknya dulu berasal daripada BUDAK KAMPUNG. Membesar
juga sebagai anak kampung. Dah tua pula sebagai orang kampung. Sejak dula lagi
bila menguak daripada perut ibu, aku telah dibesarkan menghadapi DILEMA BUDAK
KAMPUNG. Payah menjadi BUDAK KAMPUNG. Hidupku sentiasa dibatasi dengan
pagar-pagar buatan manusia. Mereka terlupa bahawa kejadianku ini adalah sebagai
ujian daripada Allah. Sesampainya pula aku di pusat pengajian tinggi,
terbuktilah bahawa aku adalah BUDAK KAMPUNG. Kawan-kawan dan pelajar-pelajar
seniorku lebih mesra memanggil aku, BUDAK KAMPUNG.
Langgan:
Catatan (Atom)