Memang tak suka diganggu. Lebih-lebih lagi bila aku tengah tidur. Mak kejut aku daripada tidur. Baru saja tidur dan mata susah nak buka. Aku duduk sahaja dengan mata yang masih
kejam. Tolong mak. Nanti bila habis boleh tidur semula. Emak suruh aku goyang pokok sekeliling
rumah. Ayam berketok-ketok semasa aku
menyergah reban ayam. Baru aku tahu bahawa
ayam ni tak tidur semalaman. Adakah ayam
ni sentiasa bertasbih kepada Allah? Atau
membenarkan kata atuk dan nenekku – Tidur-tidur ayam?
Aku tak mampu mengoyangkan pokok
kuini, rambutan dan pokok durian.
Batangnya lebih besar daripada badanku yang baru berusia 9 tahun. Allahyarham bapaku mungkin kuat bila meggegar
pokok tersebut. Lebih mudah mengejutkan
ayam-ayam dalam reban. Emak terpaksa
menolong aku mengoyang pokok-pokok tersebut.
Itulah pengalaman manisku semasa kecil bila bulan dan matahari
gerhana. Orang-orang kampung dah tahu
dan berjaga-jaga. Hairan aku
dibuatnya. Macam mana mereka tahu, walaupun
tiada radio atau suratkhabar. Adakah
mereka dah biasa dengan peraturan cakeralawa?
Tentu kita masih ingat lagi
melihat bulan atau matahari semasa proses gerhana. Suasana yang terang tiba-tiba gelap
sedikit. Emak terpekik-pekik memarahi
aku adik beradik melihat matahari.
Mereka takut kami bular (tak nampa) bila merenung matahari. Emak bawa dulang besar dan disikan air
perigi. Kami adik beradik melihat
gerhana matahari dalam dulang saja.
Betulah kata emak. Mata kami
sedikitpun tak silau. Tapi wajah abah pula
ada dalam dulang. Dia pakai kain
pelekatnya dan menyarung baju Melayunya yang telah lusuh. Dia mengangkat takbir kerana mengerjakan
solat sunat gerhana matahari atau bulan.
Setelah memberi salam, abah memanggil aku dan along. Solat gerhana boleh dikerjakan semasa gerhana
sedang berlaku. Solatlah meminta doa
kepada Allah.
Tiba-tiba aku menangis
teresak-esak. Pengajaran abahku tak
pernah luput rupanya. Abah telah tiada,
tapi nasihatnya kujaja semasa aku memberi kuliah subuh. Kecanggihan media massa hari ini, menyebabkan
aku lebih sedar akan gerhana berlaku.
Aku tak ayah lagi mengejutkan jiran-jiran, pokok-pokok dan
binatang-binatan peliharaan seperti dulu.
Tapi apa aku nak cakap dengan orang-orang tua sebayaku selepas solat
subuh. Mereka nak dengarkan cerita
klasik macam Radio Klasik yang Menggamit Kenangan. Rancangan petang Jumaatpun telah berganti
kuliah agama. Aku cuba semarakkan Radio
Klasik supaya orang tertunggu dengan ADILA.
Gerhana berlaku sejak dulu lagi. Gerhana bulan tercatat beberapa kali semasa
hayat Rasullah SAW. Manakala gerhana
matahari terjadi pada zaman Rasullah SAW pada 10 Rabiul Awal Tahun Kelapan Hijrah. Gerhana matahari itu pula berlaku semasa
wafat Putera Rasullah SAW, Ibrahim ibn Muhamad Rasullah SAW ketika ia berusia
70 hari. Sekali lagi gerhana matahari
terjadi pada 10 Muharam, Tahun Enam Puluh Satu Hijrah sewaktu Saidina Hussien
bin Ali, syahid dibunuh. Dua peristiwa
ini Menggamit Kenanganku semasa aku dalam perut ibu lagi. Adakah dua peristiwa ini membawa makna yang
tersirat untuk menutup satu kesedihan yang menggamit kenangan apabila gerhana
matahari berulang lagi.
Gerhana yang berlaku ini
menyebabkan aku menekuni semula al-Quran, Surah al-Qiamat ayat 7-11. Ayat ini adalah Peringatan Allah kepada
hambanya yang beriman. ‘ Maka apabila
pandangan menjadi gerun, dan bulan hilang cahayanya, dan matahari dan bulan
dihimpunkan bersama. Maka berkatalah manusia
yang ingkarkan qiamat pada hari itu. “ Di manakah tempat hendak melarikan
diri? Tidak perlulah kamu bertanya
demikian, tidak ada lagi tempat perlindungan ‘.
Gerhana bulan berlaku berlaku
dalam tempuh yang tidak lama, kerana cahayanya terlindung oleh bayang
bumi. Walaupun begitu, Kebesaran Allah aku pasti dapat mengambil pengajaran
daripadanya dengan menimbulkan keinsapan supaya kita sentiasa mengingati Allah
dengan banyak beramal Soleh.
Menurut ahli Falak Islam yang
terkenal, bernama Iman al-Khuarizmi ‘ Setiap jisim yang berdekatan akan wujud
kesan tarik menarik satu sama lain.
Bulan yang berlaku hampir dengan bumi akan menyebabkan perubahan angin
yang akan memberikan kesan kepada cuaca dan musim pula. Hal ini boleh membawa perubahan kepada
tumbuh-tumbuhan, ternakan, tanaman-tanaman dan benda-benda hidup di dunia. Pembacaanku ini merealisaikan penjelasan ibuku
semasa gerhana berlaku. Ibuku faham
makna yang tersirat. Tapi ilmu
pengetahuannya yang panjang sejengkal tidak dapat menjawab pertanyaan aku dan
masyarakatnya. Ikut sahaja yang telah
dipelajarinya di kelas agama. Kata cikgu
agamanya tidak boleh dibantah oleh sesiapa.
Rasullah SAW pernah bersabda, ‘ Jikalau Allah Taala menahan pergerakan
angin selama tiga hari, nescaya berbau busuklah di antara langit dan bumi ‘.
Aku merenung tiap-tiap muka di
depanku. Aku jelaskan sekali lagi kepada
mereka supaya mereka tidak memandang ringan mengenai gerhana. Kita telah diberikan peringatan supaya
berjaga-jaga dengan tidak melakukan kemungkaran, kerosakan di bumi dan
seterusnya memohon ampun serta taubat nashua atas kelanjuran dosa yang
dilakukan sama ada disedari atau tidak disedari. Sampai satu ketika nanti, dunia dan seluruh
mahkluk akan musnah melalui peristiwa Hari Qiamat yang pasti akan berlaku. Natijahku ini diperkuatkan lagi dengan
Firaman Allah SWA yang berbunyi, ‘ Dan antara kekuasaan Allah ialah malam dan
siang, serta matahari dan bulan.
Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula kamu sujud
kepada bulan, dan sebalilnya hendakalah kamu sujud kepada Allah yang menjadikan
mereka, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah ‘.
Penjelasanku dianggukkan
sahaja. Kita telah diperlihatkan satu
kuasa Allah yang Maha Hebat. Bulan yang
bercahaya penuh dengan tiba-tiba hilang cahayanya sedikit demi sedikit sehingga cahayanya tiada
lagi. Begitulah kehebatan kuasa Allah
yang tiada kuasa lin yang dapat menyekat Qada’ dan Qadar’ daripada
berlakunya. Pada bulan kulihat wajah
ibuku menerangani kehidupanku selama-lamanya.
Wajah ibuku tidak pernah gerhana walaupun musim datang dan pergi. Terima kasih ibu.
SUARA
SUBUH
Johor.
Lagu
Iringan:-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan