September 15, 2014

ONN MOHD JAAFAR - KAWAN LAMA (ALI)



                Macam-macam aku berdoa semasa sujud terakhir dalam solat semasa bulan Ramadhan.  Fadilat orang berpuasa bulan Ramadhan digamitkan oleh tokoh-tokoh agama di televisyen dan radio.  Aku berdoa tanpa jemu walaupun doaku ini tidak nampak lagi bayangannya.  Aku tetap percaya dengan janjiNYA.  ‘ Lambat atau cepat, AKU akan makbulkan doamu, selagi engkau meminta denganKU.  Sesungguhnya lambat atau cepat ini adalah ujian ke atas orang yang beriman ‘. 
                Sebuah van mewah yang sarat dengan penumpamg meluncur masuk ke rumahku.  Pemandu muda yang keluar dari van tersebut memandang halaman rumahku yang terpukau dengan pokok bunga yang sedang berbunga.  Aku mengulung kain palekat dan mengenakan butang baju kemeja yang terdedah kerana kepanasan.  ‘ Manalah aku ada kawan rapat dari Perak.  Keretanya berdaftar di Perak.  Pemandunya orang muda yang lebih kurang 30 tahun ‘, bisik hati kecilku yang menambahkan kerimasan dalam jiwa.
                Seorang demi seorang keluar dari kereta.  Aku termangu menatapi wajah orang yang terakhir.  Dia memakai baju batik, bercermin mata dan berkopiah putih.  Wanita yang sebaya dengannya tiada kelihatan.  Di pertengahan jalan dia membetulkan kopiahnya lalu membukanya.  Rambutnya kelihatan sudah beruban.  Dia melemparkan senyumannya kepadaku yang menyebabkan pertanyaanku menggelegak berbuih-buih.  Aku menjemput masuk ke rumah sambil bersalaman.  Dua pasang biji mata merenung antara satu sama lain tidak melepaskan tangan bersalaman sambil tercegat berdiri.  Dia mengalir air mata dan menangis teresak-esak.  ‘ Inikah Onn?  Rakan sepermainan denganku dulu dalam sepaktakraw.  Lebih kurang 40 tahun lebih kita tidak bertemu ‘.
                Ali memelukku erat sambil diperhatikan dua buah keluarga.  Mereka tidak faham sahabat seisi sekuku dulu.  Ceritanya dan ceritaku telah bersimpul mati sejak satu perpisahan melabuhkan kerjaya masing-masing.  “ Mana isteri kau?  Aku hendah berkenalaan Rafeah yang selalu kau tunjukkan gambar kepadaku semasa rehat bermain sepaktakraw.  Semua yang kuperhatikan muda-muda belaka. Dalam lengkongan 30 tahun.  Adakah Rafeah sudah berbalik muda semula?  Adakah Rafeah tinggal menjaga cucu yang baru lahir? “, pertanyaanku yang menyebabkan Ali serta-merta sebak di dada.
                Ali menggeleng-gelengkan kepalanya.  Muka tuanya mencebek kepiluan.  Air matanya terhambur  keluar  bila mengenangkan  Rafeah.    Dia  memaklumkan  telah    bercerai dengan   Rafeah.  “ Engkau telah bercerai dengan Rafeah?  Orang yang selalu kau bercakap dengannya semasa menatap gambarnya di tepi gelanggang sepaktakraw.  Sedangkan lidah lagi tergigit Ali.  Banyak bawa bersabar dalam melayari rumahtangga.  Biar ianya meluncur laju dengan tenang walaupun dihempas badai.  Berapa orang anak kau dengan Rafeah “, katkua dengan pertanyaan meneka kesamara hidup sahabatku.
                “ Cintaku tetap satu Onn.  Cinta bukanlah barang yang boleh ditukar ganti. Anakku hanya empat orang sahaja.  Anak bunguku dibawa oleh Rafeah pergi.  Dia teringin anak perempuanku menemaninya setiap masa. Biarlah aku dibelai anak-anak yang lain.  Biarlah juga aku mengenali erti sebuah kasih sayang yang telah Rafeah pupukkan dalam jiwaku.  Walaupun jiwaku dijaga dan dibaja, tapi yang patah itu akan tumbuh juga  dan yang hilang itu tidak akan berganti selama-lamanya.   Aku tetap tinggal keseorangan tanpa pengganti Rafeah.  Rafeah tetap datang pada malam hari.  Dia melihat aku tidur keseorangan berpusing ke kiri ke kanan macam orang yang selalu terjaga semasa tidur.  Mataku sengaja aku pejamkan bila aku dan Rafeah sedang bermimpi yang tidak sudah-sudah tentang cinta kami satu masa dulu ‘, kata Ali dengan nada suara tersekat-sekat.
                Aku mengajak Ali duduk di ruang lain.  Kami tidak mahu kisah Ali dikongsi oleh ahli-ahli keluarga kami supaya perbualan kami itu tidak didengar oleh mereka.  ‘ Jangan salah faham Onn.  Rafeah hanya ‘satu’.  Kasih kami berceri mati apabila Rafeah dan anaknya yang dilahirkan meninggal dunia.  Doktor tidak dapat menyelamatkan salah satu daripada mereka.  Kandungan Rafeah lain yang lain sejak awal-awal lagi.  Rafeah selalu tak sihat dan nafasnya tercunggap-cunggap.  Aku hanya mengurutkan pada perutnya yang sakit itu sahaja dengan berselawat.  Doktor hanya berpesan sahaja.  Rafeah mesti dihantar ke hospital apabila ada tanda-tanda hendak bersalin.  Doktor juga pernah menasihatkan Rafeah tinggal di hospital dalam umur kandungannya lapan bulan.  Tapi macam mana dengan diri anak-anak yang masih kecil?  Macam mana diriku yang sedang bekerja?  Aku memujuk Rafeah tinggal di rumah sahaja “, kata Ali menjelaskan ceritanya.
                “ Anak Rafeah telah menunggu ibunya di syurga.  Rafeah dan anaknya meninggal dunia semasa bersalin.  Aku melihat anakku sendiri semasa dikeluarkan secara paksa.  Tali pusatnya berbelit-belit di lehernya.  Mungkin keadaan itu, dia telah meninggal dunia dalam perut.  Sebab itu juga dia dengan ibunya tidak dapat bekerjasama antara satu sama lain.  Rafeah sahaja yang menggunakan semua kudratnya melahirkan anak.  Anak tetap juga tak mahu keluar.  Percubaan demi percubaan dilakukan oleh Rafeah.  Akhirnya tenaga yang ada semakin pupus dan membawa ia menutupkan mata buat selama-lamanya.  Ceritaku ini meyakinkan engkau bahawa aku tidak bercerai hidup dengan Rafeah.  Aku berjanji pada diriku.  Aku tidak akan berkahwin lagi dalam menyelesaikan masalah hidup.  Niatku ini direstui oleh ayah dan ibu mertua.  Aku kembali semula ke rumah mereka untuk menjaga anak-anakku semasa aku berkerja.  Engkau tentu pelik mendengar anak-anakku memanggil mereka ‘abah atuk dan mak atuk’ “, cerita Ali lagi menyebabkan aku terlopong dan sayu mendengarnya.
                “ Sepatutnya tangan yang menghayun buaian itu boleh memerintah dunia.  Aku telah kehilangan tangan yang menghayun buian. Akulah abah dan akulah emak dalam rumah tangga.  Alhamdulillah kerana anak-anakku sekarang telah berkeluarga dan mempunyai pekerjaan tetap dengan kerajaan.  Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita meminta pertolongan.  Aku sekarang tiada lagi Rafeah.  Aku ada anak-anak dan cucu-cucu sahaja.  Ada satu lagi yang aku ada.  Tapi aku tak pernah bercakap dengan anak-anak dan cucu-cucuku sendiri.  Engkau juga mungkin tak tahu?  Aku ada seorang sahabat sejati yang membantu aku melambung bola dalam permainan sepaktakraw.  Hantarannya cukup kemas sehingga aku ditakuti oleh pihak lawan. Dialah Onn bin Mohd Jaafar.  Mana pergi pula tekong kita, iaitu Redwan?  Janganlah kau anggap Perak dan Johor itu jauh.  Jauhnya di mata sahaja.  Tapi engkau sangat dekat di hatiku “, kata Ali lagi sambil mencari kuih-kuih yang lembut untuk dimakan.
                Perbualan Ali tidak putus-putus mengenangkan cerita muda-muda dan bermastautin di Perak.  Aku dan isteri mengajak Ali bermalam di rumahku.  Aku menyuruh dia simpan duit sahaja dan tak payah menginap hotel di Muar.  Gunakanlah bilik anak-anakku yang telahpun pulang ke ibukota.  Ali tak banyak cakap.  Kalau boleh seminggu dia hendak tinggal di rumahku untuk memutarkan semula cerita-cerita lama yang aku sendiri telah lupa.  Tapi hajatnya ditangguhkan lain kali.  Anaknya mesti pulang kerana cutinya telah habis.  Pagi-pagi lagi isteriku telah menyediakan sarapan.  Ali tersedak-sedak bila aku membubuhkan pinggannya dengan Mee Bandung Muar.  Ali menyergahku.    Ingat tak Onn.  Dulu kita terpaksa mengayuh basikal ke bandar.  Kini aku dari Perak dapat merasakan Mee Bandung Muar.  Rencah-rencah yang dibubuh oleh isteri engkau adalah rencah-rencah pengalaman hidup kita semasa remaja “, kata Ali sambil menghirup kuah Mee Bandung Muar.

ONN BIN MOHD JAAFAR
Jalan Temenggong Ahmad
Johor

A RAHMAN                                         -              HATI RINDU
AHMAD JAIS                                      -              KESEPIAN

R.ISMAIL DAN ROSIAH CHIK        -              SENGSARA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan