November 22, 2013

J ( JAAFAR SALLEH)



            Susah nak lupakan J.  Kawan baik semasa berumur 12 tahun dulu.  Dia lebih tua daripadaku 10 tahun. Tapi, dia tak kuat azam belajar.  Biarlah dia bergelumang dengan laut.  Laut telah memberikan rezeki kepadanya.  Laut juga sentiasa berdoa dia panjang umur.  Malah, laut yang terbentang biru tidak pernah memisahkan erti persahabatan.  Kami sentiasa tercari-cari antara satu sama lain, walaupun kami dibatasi dengan status perkahwinan.

ABANG JAS



Sekali-sekali dia ingin juga menggubah selera.  Bukan tak sedap air kopi yang digodaknya sendiri. Kebetulan sahaja yang terjadi pada diri abang Jas dengan tidak semena-mena.  Aku diheret masuk ke kedai kopi oleh abang Jas.  ‘ Boleh cerita panjang kerana dah lama tak jumpa ‘, katanya.  Abang Jas hanya dengar namaku sahaja dalam ADILA.  Mungkin namanya sama, tapi orangnya lain.  Begitulah kita mencari kawan-kawan dalam lama FB.  Mungkin tersilap dan membiarkan begitu sahaja.  Kalau tahu keluarkannya daripada senarai kawan.

CINTA GOBIAH



Hatiku tergantung di hujung dahan.  Merah ibarat rambatan kampung.  Warna merah itu tak cukup menyelerakan orang ramai mengambilnya.  Akhirnya rambutan itu dipandang sahaja orang yang lalu lalang.  Nak buat jempun orang tidak berdeku.  Dalam usia yang datang bersilih ganti, rambutan itu kering sahaja dan gugur ke bumi.  Orang ramai pula hampir lupa, bahawa yang bertaburan ke bumi adalah dulunya setangkai rambutan kampung.

WAK ADAM



                Aku sedang memerhatikan seseorang.  Walaupun dah bersara hampir 20 tahun.  Mereka masih mengingati aku lagi walaupun dah berkerepot.  Memang untuk meneruskan hidup sangat susah.  Nak mati bila-bila masa sahaja.  Tidur pun mati.  Makan kenyangpun mati.  Tengah sembahyangpun mati.  Kata-kataku ini bertepatan dengan berita-berita di dalam suratkhabar.  Aku tak baca berita-berita lain.  Semuanya dah jadi darah dagingku semasa bekerja dulu. Sekarang aku main pilih-pilih tajuk sahaja.