Susah nak lupakan J. Kawan baik semasa berumur 12 tahun dulu. Dia lebih tua daripadaku 10 tahun. Tapi, dia
tak kuat azam belajar. Biarlah dia
bergelumang dengan laut. Laut telah
memberikan rezeki kepadanya. Laut juga
sentiasa berdoa dia panjang umur. Malah,
laut yang terbentang biru tidak pernah memisahkan erti persahabatan. Kami sentiasa tercari-cari antara satu sama
lain, walaupun kami dibatasi dengan status perkahwinan.
J selalu berkongsi hidup
denganku. Kawan ketawa senang didapati,
tapi kawan menangis sukar didapati. Aku
telah dibawa ke tengah laut oleh J. Gelombang dan ribut taufan tidak mengenali
mangsanya. Aku pernah tercampak dipukul
gelombang setinggi rumah. J secepat
kilat terjun dari perahunya menyelamatkan aku daripada lemas. ‘ Beginilah kehidupan nelayan. Semuanya telah menjadi rakan-rakan kami. Rakan-rakan di laut tidak seperti rakan-rakan
di kampung kita. Ada kawan makan kawan.
Ada kawan tak kenal kawan. Begitulah
dunia yang dikatakan bulat. Tapi hati
manusia tidak begitu ‘ , kata J sambil menyikat rambutnya dengan jari.
Aku dan J memang suka
menyakat budak perempuan. Ada Minah Biskut dan Ada Minah Sekolah. Minah Sekolah lebih muda daripada Minah
Biskut. Selalunya Minah sekolah lalu di
depan kami pukul 1.30 tengah hari. Minah
Biskut pula keluar kilang pulul 5.00 petang.
Semua Minah takut dengan J.
Basikal Chopper kalau boleh dikayuh 60 bsj. J kuat mengusik selagi tak dapat reaksi
daripada budak perempuan. Cakap J memang
pedas daripada Cili Padi. Nahas budak
perempuan, dikatanya macam-macam. Aku
selalu menegur J, yang bertindak begitu.
Nanti budak perempuan takut. Tak
kahwinlah engkau selamanya.
Budak perempuan jadi tak
tentu arah dibuat oleh J. J mendepa
tangan menghalang budak perempuan yang tak senang mengayuh basikal. Kadang-kadang rantai basikal tersabut. Budak perempuan tersebut meminta J
membetulkannya. J dah jadi ulat bulu
hinggap daun. Nak betul basikal, J mesti
tanya namanya dulu. J mula menjadi
dengan terkepot-kepot bila budak perempuan itu memanggilnya abang dan mengucapkan
terima kasih. ‘ Adik janganlah takut
pada abang. Acah-acah je. Lepas sekolah nanti abang hantar pinangan ‘,
kata J menyebabkan budak itu bertambah mantel lagi. Aku senyum melihat telatah J. Dia memang suka Amera Abd Rahman. Budak itu ada raut muka pelakon Hindustan
yang diminati. J ajak aku tonton wayang
beberapa kali. Sampai sahaja di rumah,
ayam sudah bekokok. J ajak tidur sahaja
di rumahnya. Esok dia tangguh pergi ke
laut.
Jam di rumah berdenting
pukul tiga pagi. J tak tidur lagi. Dia gelisah ke kiri dan kanan. Kegelisahan J menyebabkan aku tak boleh
lelap. ‘ Dia datang. Senyum-senyum denganku. Macam heroin Hindustan tadi. Aku masih dengar dia bernyanyi. Berguling-guling di tanah ‘, kata J melayan
perasaannya di malam pekat. Aku menyuruh
dia mandi. Buang cerita-cerita Hindustan
yang telah menjadi badi pada dirinya.
Dia turut sahaja kataku. Dua tiga
gayung sahaja membasahi tubuhnya. Dia
lelap sampai ke pagi. ‘ Siapa datang malam
tadi. Amera ke atau Sharmila Tagore?.
Kataku menyindir J. Semua tak
datang. Oooo, yang terkokol kesejukan
menghimpit aku ialah kau. Macam aku nak
dibuat nasi himpit saja. Nasib baik aku
tak penyek ‘ , katanya sambil menyanyi lagu Hindustan malam tadi.
J tahu je cerita apa di pawagam
di bandar. Aku dan J mengayuh basikal
sejauh 8 batu dari kampungku. Lepas
solat maghrib, kami telah memulakan perjalanan.
Kadang-kadang kami telah ke bandar lebih awal lagi. J memang tahi Hindustan. Semua hero dan heroin Hindustan
dihafalnya. J memang bagus daya
hafalannya. Kalau ambil periksa LCE
tentu lepas. Aku menghanguk sahaja bila
dia mengulang cerita malam semalam.
Macamlah aku tak faham macamnya menonton berkali-kali. Nak sampai ke bandar, J sering menyanyi lagu
Hindustan. Entah apa-apa
disebutnya. Mentang-mentang aku tak pandai,
kalah Mohd Rafi dan Mukesh menyanyikan lagu hindustan. Suara J makin kuat bila dalam perjalanan
balik ke rumah. Orang yang sedang tidur
mungkin menyumpah bila terdengar suara yang terpekik terlolong. J buat tak tahu sahaja, asalkan senang di
hatinya.
Persahabatan aku dengan J,
seperti isi dengan kuku. J masih tak
kahwin lagi, walaupun umurnya mencecah 70han.
J putus asa kerana dia dah dengar keluarga Amera tidak berhajat kepadanya. Lagipun dia hitam legam, dibakar oleh mentari
di tengah laut. Minah Biskut yang diusiknya dulu dahpun berkahwin. Hatinya masih lagi pada Amera. Apa beza seorang nelayan dengan seorang
kerani? Sejak dia ditolak oleh keluarga Amera, J memandang sepi cerita
Hindustan. Dia tidak lagi mengajak aku
menonton filem Hindustan. Plot ceritanya
sama dengan filem Hindustan. Heroin jatuh ke tangan orang lain.
Tiba-tiba anak-anakku
mengejut dari lamunan. Keretaku meluncur
masuk sebuah benteng berhampiran dengan laut nelayan. ‘ Abah hendak ke mana? Nak makan ikan masak
asam pedas ke? ‘, tanya anak-anakku kehairanan.
‘ Abah nak memperkenalkan cucu-cucu abah dengan kawan. Dia suka budak kecil ‘, kataku sambil menoleh
anak sambil diperhatikan isteriku.
Seorang tua sedang duduk menyulam jala yang koyak. Dia terpinga-pinga apabila sebuah kereta
berhenti di halaman rumahnya. ‘ Mana Pak
Sallah?. Mana Mak Pah? Mana Kak Midah? ‘, pertanyaanku macam orang
dah biasa sahaja. ‘ Semua dah tiada. Dah
jadi aruah. Abah meninggal di
Mekah. Siapa ni?, kata J sambil
menyarung baju. Kau tak kenal aku lagi. Onnnnn.
J meluru memelukku dengan erat macam tak mahu melepaskan. Tangannya pelahan-lahan melepasku. ‘ Siapa ni Onnnn ‘, katanya tergagap-gagap. ‘
Ini isteri dan anak-anakku. Yang tiga ini
cucu-cucuku ‘, sambil merenung J dengan sayu. ‘ Mariiii dapat atuk. Atuk nak sium sayang. Atuk tidak ada
segala-galanya. Atuk engkau dah faham diri atuk. Cerita atuk dulu adalah
ceritanya semasa muda ‘, kata J sambil mencium cucu-cucuku dalam penantiannya
yang tak kunjung tiba.
ONN BIN MOHD JAFFAR
JALAN TEMENGGONG AHMAD
JOHOR
ALI MAMAK & ABON - APA DAH JADI
TRIO SANTAN BERLADA - JOGET AKU NAK KAHWIN
SENARIO - ZAPIN
USIK MENGUSIK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan