Keputusan SPM 2011 dah lama diumumkan. Rakan-rakan sekolaku telahpun mendaftar
melanjutkan pelajaran. Aku menunggu buah yang tak gugur. Slip peperiksaan SPM kurenung mengenangkan
nasibku pada masa depan. Empat Kepujian,
empat Lulus dan dua Gagal. Aku telah
war-war dalam ADILA . Macam mana kalau
Pengetuaku bertanya kepada sahabat-sahabatku yang lain? Mana muka nak sorok? Dia memang berharap kepadaku. Aku dah khabar kepadanya bahawa aku tak
pandai.
Mei 17, 2013
Mei 16, 2013
TAWAF
Hari Ahad mesti diisi kalau tiada undangan majlis
perkahwinan. Hidangan majlis perkahwinan
hanya merupakan makanan jasmani sahaja.
Makanan rohaniku belum cukup. Kalau
aku pergi nanti mungkin tidak kembali lagi.
Semuanya sudah terlambat. Takkan
mati hidup semula. Mati tetap mati. Menunggu sahaja masa dihidupkan semula. Segala baik dan buruk telah dicatatkan oleh
dua maklikat. Oleh itu, tak salah aku
mengikuti kursus haji di masjid, walaupun aku sudah pergi menunaikan haji dan
umrah.
Mei 10, 2013
PUZAH
Aku bergegas ke Subang
Jaya setelah menghadiri tiga buah rumah di tempatku kerana mengadakan majlis
kenduri kahwin. Aku pergi bertemankan
anak bungsu, suami dan ibu mertua yang baru.
Ini sahaja yang dapat menjalinkan kekeluargaan abah dan emak yang telah
meninggal dunia. Aku merasakan tali
persaudaraan akan putus, sekiranya jemputan majlis perkahwinan kami permudahkan
sahaja. Dah jadi orang tua ni agak pergerakanku terbatas, terutamanya semasa
raya. Aku cuba membudayakan kunjungan
rumah saudara-mara yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua orang tuaku.
Mei 08, 2013
Mei 03, 2013
HARI IBU 2013
Kalender kuda kurenung
tajam. Keputusanku telah muktamad. Aku mesti balik kampung. Dua jam perjalanan hanya sekelip mata sahaja. Dia tentu menunggu aku. Aku pula tak dapat menahan kerinduan yang
telah muntah dalam ilusiku. Perjalanan
hidupku menjadi capek dan sentiasa dipimpinnya dengan kemesraan. Apa kata isteriku? Apa kata anak perempuanku? Apa kata cucu perempuanku? Bukankah mereka itu perempuan? Perasaannya begitu halus menyulam kasih
sayang yang indahku pandang. Aku mesti
balik. Ya aku mesti balik.
Mei 01, 2013
SAYUR KECUBUNG
Aku merelakan cahaya
matahari pagi menyelinap ke tubuhku.
Mataku mengekori kanak-kanak sekolah yang berumur dua belas tahun. Mereka berdedai ke sekolah sambil bercerita
hari semalam. Anak zaman ini, sudah tak
malu seperti aku dulu. Umur sepuluh
tahun masih berhingus lagi. Pakaian yang
aku pakai, menterjemahkan aku budak kampung.
Warna baju putihku sudah perang, tidak direndam dengan nila semasa ibu
membasuhnya. ‘ Pakailah nak. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai
menjaga hati ‘, kata ibuku memujuk aku pergi ke sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)