Keputusan SPM 2011 dah lama diumumkan. Rakan-rakan sekolaku telahpun mendaftar
melanjutkan pelajaran. Aku menunggu buah yang tak gugur. Slip peperiksaan SPM kurenung mengenangkan
nasibku pada masa depan. Empat Kepujian,
empat Lulus dan dua Gagal. Aku telah
war-war dalam ADILA . Macam mana kalau
Pengetuaku bertanya kepada sahabat-sahabatku yang lain? Mana muka nak sorok? Dia memang berharap kepadaku. Aku dah khabar kepadanya bahawa aku tak
pandai.
Sekali lagi aku jadikan ruangan ADILA untuk mantan
Pengetuaku merenung kembali anak-anaknya yang ditinggalkan. Dia tentu ingat.
Murid yang selalu mengedarkan surat khabar dan mengambil kapur di pejabat. Aku
bukan penganggur,. Macam-macam kerja
yang aku buat selepas menamatkan
tingkatan lima. Aku kerja pam minyak.
Aku basuh pinggan di kedai makan.
Aku bekerja di pasar raya. Aku kerja di pasar ikan. Macam-macam aku rasakan tapi tak lama. Cepat jemu dan bosan. Gajinya tak seberapa tapi tenagaku diperah
macam basuhan pakaian.
Aku memang nak jadi chef.
Kerjaya chef macam jurutera juga.
Chef duduk di dapur. Jurutera duduk
di bengkel. Kalau rajin, gaji chef pun
boleh tahan. Kalau tak betul tanyalah
chef-chef terkenal. Chef yang sudah terkenal, ada yang diambil pula dalam
perfileman tak sepenuh masa. Chef yang
terkenal juga diangkat sebagai motivator.
Chef yang ada suara pula dihimpit-himpit oleh pihak tertentu untuk
menjadi seorang penyanyi. Tapi aku belum
berjumpa chef jadi Menteri atau Perdana Menteri.
Kalau ditanyakan cita-cita dalam kelasku semuanya tidak berpijak
di bumi nyata. Aku hanya menggantungkan
cita-cita di dahan yang boleh dicapai tangan.
Memang tidak sama dengan analogi Cina.
Aku takut ianya terjatuh benyek dan melukakan kalbuku. Selepas tingkatan lima aku telah menyiapkan
diri untuk menjadi chef. Aku berlanggan dengan kedai untuk mendapatkan majalah
masakan. Ada yang aku cuba dan ada yang
aku lihat sahaja. Nak buat perlukan
empat orang untuk hidangan.
Kadang-kadang bahan-bahannya mahal dan perlu dibeli dalam kuantiti yang
besar. Gelagat aku ini tentu diketawakan
oleh rakan-rakan perempuanku dalam kelasku dahalu.
Pada hari Sabtu dan Ahad pula ramai keluarga yang
mengadakan majlis perkahwinan. Setiap
keluarga mempunyai cita rasa yang
berlainan. Oleh itu mereka boleh memilih
pekej yang dikenakan antara RM 8.00 hingga RM 15.00 satu kepala. Di sini aku membantu tukang masak untuk
menyediakan menu makanan untuk majlis perkahwinan. Aku dapat ilmu menyediakan nasi birani untuk
keluargaku. Tidak payah upah orang atau
membelinya di kedai. Bukankah cara ini
aku dapat menjimatkan duit. Wang amat
bermakna bagi keluargaku yang pekerjaannya tidak menentu. Di sini aku membenarkan kata-kata orang. Ada kerja ada duit.
Aku masih lagi merenung nasibku. Wajah yang ada di mana-mana adalah
Pengetuaku. Kenapa aku tidak dapat
menyorokkan diri? Aku jauh dia
dekat. Aku dekat dia lagi bertambah
dekat. Dia akan tanya aku seperti semasa
aku mengedarkan surat khabar dan mengambil kapor di pejabat dulu. Keadaan aku yang mengelamun ini diperhati
oleh tauke Kedai Makan 1 Malaysia.
Kepalaku yang teranguk-anguk dan mataku mengeleng-ngelengkan muka tauke
yang memerhatikanku sekian lama.
Permasalahan yang tidak selesai menyebabkan aku meminta teh secawan
lagi. Aku mesti membuat nilai tambah pada
diriku. Aku mesti mengikuti
kursus-kursus masakan secara percuma dan berbayar yang diiklankan di surat
khabar. Keputusan aku adalah muktamad seperti yang diperkatakan oleh pengelola
sesuatu pertandingan bahasa di peringkat semasa aku mewakili sekolah dulu.
Tiba-tiba tanganku tersentuh jam tangan. Masa menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aku membelek-belek jam tangan yang kubeli
dengan gaji pertamaku. Jam itu
mencatitkan 15 Mei. Esok 16 Mei akan
menjelma. Aku teringat Hari Guru yang pernah
kusambut setiap tahun di sekolah. Aku tergambar
depan mataku seorang guru sedang mengalukan dua buah lagu di depan guru-guru
dan anak-anak muridnya di dewan sekolah.
Dia bukan sahaja boleh mentadbir dan mengajar dengan baik saja, tetapi
dapat menghiburkan pendengar-pendengar dengan keistimewaan suaranya yang
diberikan oleh Allah. Tanpa kusedari air
mata mengalir ke pipi. Suaranya beralun-alun dibawa gelombang ke tengah
laut. Lagunya masih segar iaitu, ‘Selamat
Tinggal Bungaku dan Kenang Daku Dalam Doamu’ mengakhiri kariernya seorang
Pengetua. Terima kasih cikgu-cikgu yang tidak
bernoktah dan Selamat Hari Guru 2011.
SELAMAT BIN AMAN
Bekas Pelajar SMK Tun Perak
Muar
Johor
Lagu-lagu Pilihan
Fadhil Ahmad - Nasib Panjang
Al-Idrus - Merenung Jiwa
A
Karim - Hancur Jiwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan