Aku bergegas ke Subang
Jaya setelah menghadiri tiga buah rumah di tempatku kerana mengadakan majlis
kenduri kahwin. Aku pergi bertemankan
anak bungsu, suami dan ibu mertua yang baru.
Ini sahaja yang dapat menjalinkan kekeluargaan abah dan emak yang telah
meninggal dunia. Aku merasakan tali
persaudaraan akan putus, sekiranya jemputan majlis perkahwinan kami permudahkan
sahaja. Dah jadi orang tua ni agak pergerakanku terbatas, terutamanya semasa
raya. Aku cuba membudayakan kunjungan
rumah saudara-mara yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua orang tuaku.
Sebelum berangkat ke
majlis yang diadakan di Dewan Delima Kelana Jaya, kami menziarahi kubur
adikku. Adiku telah meninggal dunia kira-kira
empat tahun yang lalu. Sejak itu aku
tidak pernah menziarahi kuburnya kerana keadaan yang agak jauh dari Muar dengan
Subang Jaya tidak mengizinkan kami menziarahinya. Adikku mengikuti jejak abah dan emak semasa
dia berumur awal lima puluhan. Yang mati
tetap mati, tapi adik iparku tetap meneruskan hidup sebagai pekerja bank, ibu
tunggal dan masalah hidup yang tidak tertanggung bagi seorang perempuan. Manakala anak-anak pula baru menjenguk alam
dewasa yang indah, seperti ilham seorang
pelukis yang melakarkan dunia mengikut kaca matanya.
Adikku telah meninggalkan
anak empat orang sahaja. Yang tua
seorang perempuan dan seterusnya lelaki. Selang-seli anak-anaknya serupa dengan
anak-anakku. Kami mungkin mempusakai
keturunan abah yang kaya dengan anak lelaki.
Anaknya yang tua sentiasa termenung dan seolah-olah sedang mencari sesuatu
yang hilang tiada berganti. Dia duduk
dalam bilik sambil merenung sayu melihat gambar ayahnya setiap hari. Dia lebih kenyang menatap gambar berjam-jam
daripada menyuap nasi. Suruh kerja tak
mahu. Suruh sambung belajar tak mahu. Suruh kahwin tak mahu. Bukanlah tak mahu memberikan jawapan yang
bukan-bukan tapi merenung mukaku tepat dengan
rembasan air mata yang jatuh di pipinya.
Tiada satu ungkapan pun yang dapat dilemparkan kepada aku, iaitu mak
Longnya untuk dikongsi bersama.
Aku juga terharu seperti
adik iparku. Seorang anak yang periang
tiba-tiba berubah tingkahlaku. Dia merasakan kehilangan ayahnya tidak mewarnai kehidupnya
lagi. Dia hampir tidak mahu menghadari
konvokesyen semasa menerima ijazah sarjana muda dulu. Ibunya tidak ditemani ayahnya. Hanya adik lelaki keduanya yang menggantikan ayahnya
yang sudah pergi. Kejayaannya untuk
ayahnya. Segala yang diraihnya itu
sebagai hadiah untuk keluarganya. Siapa
yang hendak diberikan kejayaan itu? Takkan adiknya dapat menggantikan ayahnya. Tekalah
sendiri sahabat klasik, kalau dia menamatkan Pengajian Peralatan Perubatan di
IPTA dengan gred terkumpul 3.6? Sudah
tentu dia diterima bekerja di Hospital Kerajaan dan Swasta. Sudah tentu peluangnya menyambung pelajaran
terbuka luas. Beginilah nasib, kalau
tidak diiringi dengan usaha. Rezeki yang
ada tidak disapanya dan terus layu sahaja dalam hari yang sentiasa bertukar
ganti.
Aku mengajak dia makan
bersama. Dia menyuruh aku makan
dahulu. Bukankah sedap makan bersama
walaupun lauk yang dimasak biasa sahaja.
Dia menegaskan padaku bahawa perutnya belum lapar lagi. Aku dan adik iparku hanya berpandang muka
antara satu sama lain. Kelakuan anaknya
menyebabkan adik iparku menangis. Dia
segan dengan saudara-mara dari jauh. Mungkin ayahnya turut terasa jikalau
umurnya masih ada lagi. Dia tidak pernah mengajar anaknya berbuat demikian. Macam
mana hati adik iparku terguris, kalau penderitaan hidup ditanggungnya
sendiri. Siapa yang hendak diadukan,
selepas suaminya meninggal dunia? Sesekali
kakak iparnya datang, tetapi mereka dihidangkan dengan tingkahlaku anak yang
buruk ini.
‘ Saya dah tak tahu nak
buat Kak Long. Kain-kain yang saya
belikan disimpannya sahaja dalam almari.
Dia tetap memakai baju yang dibelikan ayahnya untuk dipakai pada
hari raya. Kadang-kadang dia hanya memakai pakai basahan
harian sahaja. Dia paling rapat dengan anak Kak Long yang tua. Dia mencurahkan kepahitan hidupnya kepada anak
Kak Long. Semenjak anak Kak Long
meninggalkan tanahair mengikut suami, hubungannya melalui FB sahaja. Banyak dia berbual kosong dengan anak Kak
Long. Dia sering ketawa dan geli hati
mendengar celoteh antara satu sama lain.
‘’ Nanti habis belajar terus makan nasi minyak tahu. Jangan tunggu
lama-lama. Nanti terpandang orang lain. Baru padan muka. Bercinta dengan M tapi berkahwin dengan orang
lain. Terkenalah jerat percintaan kerana
cinta sudah beralih arah ‘, aku mengingatkan kata-kata anakku kepada Zah.
‘ Kakak balik satu keluarga. Tak cukup duit, kakak minta dengan Zah. Tenguk Zah jadi raja sehari. Pandang-pandang tak? Jeling-jeling tak jadi pengantin. Dulu kata kakak. Macam mana Zah jadi pengantin ‘, senyumku
diusik lagi oleh anakku. Tapi Zah
sekarang sudah bertukar 360 darjah. Tak
pandai buat dosa. Mulutnya telah dijerumat
sehingga bercakap satu atau dua patah perkataan sahaja sehari. Kenapa tiga lagi adik-adik lelaki tidak
seperti itu? Kalau terperanjatpun paling
lama seminggu. Tapi perangai Zah telah
berubah memakan masa empat tahun. Adikku
koma selama seminggu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Dia tidak meninggakan
apa-apa pesananpun kepada sesiapa.
Walaupun matanya tertutup rapat, tapi dia masih memberikan respon
kepadaku apabila aku membisikkan Allah ke telinganya. Kami memang sengaja tidak memberitahu Zah
yang sedang menduduki peperiksaan akhirnya di univeriti. Maafkan kami Zah kalau itulah puncanya. Aku melihat hujan yang turun, walaupun dalam
keadaan musim hujan yang tidak menentu.
Tapi kita masih boleh ketawa lagi sewaktu hujan turun membasahi bumi. Inilah rezeki hujan walaupun kita basah kuyup,
sesekali kita juga diuji oleh Allah semasa bermain hujan.
ANA LEMAN
Muar
SANISAH HURI - Bimbang
RAFEAH BUANG - Bisikan Hati
RAMLAH RAM - Kerana Janji
Tiada ulasan:
Catat Ulasan