Rinduku mula
memuncak. Tak tinggi puncaknya macam
universitiku. Biarlah aku memanjat
puncak yang rendah. Asalkan sampai matlamatku.
Apa ada pada nama? Sememangnya Hari Raya Adha yang berada di hujung jari
menggamit kenangan. Gambaran bakal-bakal
haji dan hajjah yang sedang bertawaf, saii, melontar dan wukuf, berceracak di mataku
yang yang tercampak di sebuah benua. Janjiku
bersimpang-siur mengisi kekosongan di benua Australia. ‘ Nantilah abah dan mak. Duit Din belum cukup lagi. Nanti abah dan mak pergi ya? ‘ kataku sambil
mengurut-urut dada abah. Abah
menganggukkan kepalanya merenung emak.
Mungkin mereka menunggu janji anaknya sambil menelan air liur.
Oktober 24, 2013
Oktober 22, 2013
HAJI
Aku sengaja menutup pintu rumah selepas balik dari solat Isya di
masjid. Isteri menegurku membuka tingkap
sehingga jam 10 malam. Malam, mungkin
orang berkunjung ke rumah kita. Orang Melayulah katakan. Mesti beraya sebulan Syawal tanda
kemenangan. Bukan nak makan sangat. Nak jumpa sahabat-handai jauh dan dekat.
Itulah rezeki kita bang. Tetamu datang
ke rumah bawa rezeki. Tiap-tiap hari
kita bertempiaran cari rezeki. Sekarang
rezeki datang bergolek.
Oktober 14, 2013
MAK SEMAH
Tudung putih Kak Semah kusigkap pelahan-pelahan. Mulutku tak putus-putus berkomat-kamit. Aku seorang penakut sebenarnya. Kak Semah menyebabkan jiwaku jadi
berani. Aku mesti jadi macam Kak
Semah. Mulutya manis tersenyum. Matanya tidak tertutup rapat. Mungkin ada orang yang dirinduinya. Air mataku menitik perlahan-lahan. Jari jemariku meraut muka Kak Semah agar
matanya tertutup rapat.
Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.
Oktober 08, 2013
BERANAK
‘ Dah minum air
petang’. Tiba-tiba aku mendengar Si
Penjual Suara. Ingatkan nak beli
suratkhabar lama. Aku membuka pintu
depan mencari suara tadi. Keropok ikan
parang masih dalam kuali. Tiba-tiba Acik
Zainal membacakan coretanku dalam Adila.
Cerita orang dah bersara, siapa nak dengar? Habis sahaja coretan dibaca, telefon rumah
berdering-dering respon daripada sahabat-sahabat. Selepas itu aku bergegas ke dapur. Ya Allah.
Bila keropokku jadi hitam legam.
Pahit. Dah tak rasa ikan parang
lagi. Aku melatah meminta maaf dengan
Fiza. Sebab tadi dia baru puji aku.
PAK USU
Azan Hari Raya membuka tirai
subuh. Sayunya mengguris kalbu sehingga
lukanya berdarah semula. Lagi pula orang
tua semacam aku ini, cepat tersentuh memberikan makna yang berlainan. Syukurlah kepada Allah kerana dapat berkumpul
pada hari raya tahun ini. Tahun lepas,
aku berada di US pada pertengahan puasa dan raya. Tahun sebelumnya aku berada di China sebelum
menjelang raya. Tahun ini, majikan
agaknya kesian melihatku asyik berada di rantau orang.
JEREBU
Jerebu
menyerang beberapa negeri di Malaysia.
Ada kenderaan darat dan laut yang bertembung antara satu dengan
lain. Tak sengaja bila pandangan yang
dekat ditarik oleh Allah. Seperti aku orang
yang dah tua. Dulu tak rabun. Sekarang rabun. Celek mata saja meraba-raba cari cermin mata. Itulah hakikat hidup yang aku mesti
fahami. Kurniaan Tuhan telah ditarik
balik. Segala-galanya bukan mutlak untuk
kita. Kita berupa pinjaman sahaja.
OKU
Perubahan kuperhatikan ibarat sampah. Buang sahaja bila ianya telah membuak penuh
dalam tong. Esok kumpulll lagi dengan
mata yang buta. Diharapkan tidak begitu
sahabatku. Anda didoakan tidak buta hati
dan buta mata. Orang yang buta mata
begitu terang dan jelas. Sesungguhnya, anda adalah golongan manusia yang senatiasa
dalam kerugian. Apa taknya kerugian, kalau
buta hati membalut seumur hidup?
Langgan:
Catatan (Atom)