Namaku yang dicadangkan oleh
bapaku pendek sahaja. Macam-macam nama hendak
diberikan. Abah dan ibu terdengar suara
kakakku dari bilik. ‘ Azam Afifi. Ertinya, sentiasa berazam dan memaafkan
seseorang. Namanya telah mengukir pada
dirinya sendiri. Itulah harapan Along
kepada adik ‘, kata kakakku membuatkan abah dan ibu setuju dengan cadangan
kakakku. Aku lebih bernasib baik daripada kakak dan abangku yang
bersekolah di asrama penuh. Aku juga
calon cemerlang dalam LCE dan MCE.
Sekolah kampung kena kerja lebih sedikit. Mesti ada azam. Lagipun namaku sendiripun sudah
bermula dengan Azam. Aku memang suka duduk
di rumah sahaja. Buku adalah sahabatku
sejati. Mana-manapun boleh pandai dan berjaya.
Lagupun hatiku telah dicuri oleh abah dan ibu. Biarlah aku makan apa yang abah dan ibu
makan. Biarlah kemiskinan abah dan ibu,
aku rasakan sendiri. Aku tak lemas nanti
bila bekerja dan berada di rantau orang.
September 09, 2013
Ogos 12, 2013
JAMILAH
Biasalah kalau tak cukup
tangan. Ada duduk atas kerusi. Ada duduk atas lantai. Ada duduk di luar rumah sahaja melihat
fanorama rumah. Ketupat yang digantung
makin susut. Laris macam orang jual air
batu musim panas. Anak-anak buah abah
masih berkunjung ke rumah abah, walaupun abah dan mak tiada lagi. Nak jumpa sepupu. Kalau tak raya susah nak jumpa. Masing-masing bawa anak dan cucu menjengukku
sekeluarga semasa hari raya kedua.
SUARA SUBUH 2
Mentari
masih menyorok dan bertasbih kepada Allah.
Waktu subuh yang dingin itu kucoretkan dalam perjalananku. Langkahku semakin deras bagi menunaikan
tanggungjawab kepada Maha Pencipta. Tercungap-cungap
juga rasanya bagi seorang insan yang sedang meniti usia emas masuk ke masid
mengerjakan beberapa solat sunat yang jarang kutinggalkan. Segala-galanya
bukannya ‘Ancaman’ seperti kita memilih antah beras. Ianya ‘Peluang’ yang diberikan kepada kita hanya
setahun sekali saja. Sesungguhnya udara
yang kita hidu itu tidak sebersih yang kita sangkakan. Kekotorannya melekat menjadi daki yang berlapis-lapis
setiap tahun. Agak jenguh juga kita
menghilangkan daki yang sudah bertahun-tahun lamanya.
Ogos 05, 2013
NINI
Bayangkan
si manis yang sedang berumur 23 tahun? Gambar-gambar
semasa kecilnya ditayangkan dilayar putih.
Comelnya dia berfokus kepada kamera bapanya. Dia mungkin sentiasa
diintip oleh setiap lelaki. Tapi tidak mudah ia melayarkan kapal
perkahwinannya. Biarlah cintanya berkembang dengan lelaki semasa di bangku
sekolah dulu. Ramai lagi perempuan di menara gading yang boleh dijadikan pujaan
hati. Beribu-ribu harapan yang bertaut untuk mencerimankan masa depannya begitu
pudar. Nasib yang ditentukan oleh Allah
tidaklah sama dengan kakak dan abangnya. Dia merangkak dari matrikulasi hingga
ke menara gading. Bukannya tak pandai.
Keputusannya dalam SPM adalah calon cemerlang. Walaupun belajar di dalam negeri
sahaja, dia dapat membuktikan bahawa nasibnya telah ditentukan. Dia telah ditawarkan ke peringkat sarjan
dalam bidang bioteknologi di universiti yang sama.
Julai 31, 2013
MAK ADILA
Air mata seorang ibu. Mengalir lesu pada kedutan pipinya. Malam, bukan untuknya menutup pintu
mata. Siang dan malam, asyik bermimpi
tentang kesejahteraan anaknya di dalam buaian.
Kadang-kadang, ia tertidur di bawah buaian kain. Fikirannya masih tidak luput mendendangkan
lagu-lagu klasik seorang ibu, walaupun matanya terpejam seketika. Dia bergegas bangun bila terasa air menitis
dari buaian yang sudah terhenti lama.
Julai 29, 2013
PERJALANAN
Dua tahun aku berjalan ke
tempat biasa setiap hari mencari-cari identitiku. Wajahku kelam walaupun dalam terang. Aku nampak jerawat di mukaku, tapi aku masih
samar memahami identitiku. Mungkin aku silau dalam matahari yang menyelinap
setiap sudut diriku. Bebola matahari yang
bersinar merah bukan setakat menggantikan malam dengan siang. Matahari yang segan silu itu, memancarkan
dengan tepat pada setiap inci tubuhku, mendedahkan kopeng-kopeng kudis yang lama
dan baru untuk diubati segera. Lantaran itu, aku membiarkan senjakala yang lewat
menebarkan kemerahan cahayanya tetekala hari mula malam.
Julai 05, 2013
TAIB KASSIM
Pembaca Coretan: Dicadangkan
Abd Rahman Ismail.
Muzik latarbelakang: Madu
Tiga (kalau ada).
Hai senangnya dalam hati
Kalau beristeri dua
Seperti dunia
Hai ana yang punya...
Aku tak pandai membohong
Mestilah berterus terang
Di dalam, ADILA
Menggamit Kenangan
(Dipadankan filem Madu
Tiga, tapi Rahman kena nyanyi)
Langgan:
Catatan (Atom)