Julai 31, 2013

MAK ADILA



            Air mata seorang ibu.  Mengalir lesu pada kedutan pipinya.  Malam, bukan untuknya menutup pintu mata.  Siang dan malam, asyik bermimpi tentang kesejahteraan anaknya di dalam buaian.  Kadang-kadang, ia tertidur di bawah buaian kain.  Fikirannya masih tidak luput mendendangkan lagu-lagu klasik seorang ibu, walaupun matanya terpejam seketika.  Dia bergegas bangun bila terasa air menitis dari buaian yang sudah terhenti lama.

Julai 29, 2013

PERJALANAN



            Dua tahun aku berjalan ke tempat biasa setiap hari mencari-cari identitiku.  Wajahku kelam walaupun dalam terang.  Aku nampak jerawat di mukaku, tapi aku masih samar memahami identitiku. Mungkin aku silau dalam matahari yang menyelinap setiap sudut diriku.  Bebola matahari yang bersinar merah bukan setakat menggantikan malam dengan siang.  Matahari yang segan silu itu, memancarkan dengan tepat pada setiap inci tubuhku, mendedahkan kopeng-kopeng kudis yang lama dan baru untuk diubati segera. Lantaran itu, aku membiarkan senjakala yang lewat menebarkan kemerahan cahayanya tetekala hari mula malam.

Julai 05, 2013

TAIB KASSIM



Pembaca Coretan:                    Dicadangkan Abd Rahman Ismail.
Muzik latarbelakang:               Madu Tiga (kalau ada).

Hai senangnya dalam hati
Kalau beristeri dua
Seperti dunia
Hai ana yang punya...

Aku tak pandai membohong
Mestilah berterus terang
Di dalam, ADILA
Menggamit Kenangan
(Dipadankan filem Madu Tiga, tapi Rahman kena nyanyi)

Mei 17, 2013

PENGETUA



            Keputusan SPM 2011 dah lama diumumkan.  Rakan-rakan sekolaku telahpun mendaftar melanjutkan pelajaran. Aku menunggu buah yang tak gugur.  Slip peperiksaan SPM kurenung mengenangkan nasibku pada masa depan.  Empat Kepujian, empat Lulus dan dua Gagal.  Aku telah war-war dalam ADILA .  Macam mana kalau Pengetuaku bertanya kepada sahabat-sahabatku yang lain?  Mana muka nak sorok?  Dia memang berharap kepadaku.  Aku dah khabar kepadanya bahawa aku tak pandai.

Mei 16, 2013

TAWAF



            Hari Ahad mesti diisi kalau tiada undangan majlis perkahwinan.  Hidangan majlis perkahwinan hanya merupakan makanan jasmani sahaja.  Makanan rohaniku belum cukup.  Kalau aku pergi nanti mungkin tidak kembali lagi.  Semuanya sudah terlambat.  Takkan mati hidup semula.  Mati tetap mati.  Menunggu sahaja masa dihidupkan semula.  Segala baik dan buruk telah dicatatkan oleh dua maklikat.  Oleh itu, tak salah aku mengikuti kursus haji di masjid, walaupun aku sudah pergi menunaikan haji dan umrah.

Mei 10, 2013

PUZAH



            Aku bergegas ke Subang Jaya setelah menghadiri tiga buah rumah di tempatku kerana mengadakan majlis kenduri kahwin.  Aku pergi bertemankan anak bungsu, suami dan ibu mertua yang baru.  Ini sahaja yang dapat menjalinkan kekeluargaan abah dan emak yang telah meninggal dunia.  Aku merasakan tali persaudaraan akan putus, sekiranya jemputan majlis perkahwinan kami permudahkan sahaja. Dah jadi orang tua ni agak pergerakanku terbatas, terutamanya semasa raya.  Aku cuba membudayakan kunjungan rumah saudara-mara yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua orang tuaku.