Aku mengaminkan selepas
solat berjemaah zohor. Selepas itu aku
bersalaman dengan imam dan koriah masjid.
Pak Omar menyapaku dengan mengangkat mata. ‘ Bila balik?’. Setelah menunaikan solat sunat, aku merapati
Pak Omar. ‘ Semalam, balik dari
Trengganu. Kan rumah Pak Haji Ridzuan
nak kerja kahwin. Tak datang, putus sahabat
dan jiran. Pak Omar sihat? Sahir tinggal
di mana sekarang? Dah lama tak jumpa
dia, bila masing-masing dah berumahtangga dan mempunyai keluarga ‘.
‘ Pak Omar masih
sehat. Belum ada penyakit lagi. Makan perlu kawal. Jangan terikut-ikut dengan nafsu. Pak Omar sekarang makin cerewet, bila telah
menghadiri trapi dari Korea. Tahan ke
tidak makcik mengikut karenah Pak Omar?
Ikutkan ceramah trapi, banyak benda yang tak boleh makan. Pak Omar kurangkan makanan itu. Seminggu lagi, Pak Omar makan lagi. Sahir sekarang di Kucing Sarawak. Sebab itu dia jarang balik. Tambah lagi bila sudah berkeluarga besar.
‘ Betul ke Pak Omar kahwin
lagi? Sahair yang beritahu saya ‘,
kataku kepada Pak Omar selamba. Segan juga
nak tanya Pak Omar yang merupakan seorang bekas pesara guru. ‘ Itu cerita dulu. Pak Omar bukan kaki betina. Emak Sahir telah meninggal dunia semasa Sahir
adik beradik kecil lagi. Semua orang
menasihatkan Pak Omar kahwin lagi. Siapa
nak jaga anak? Anak Pak Omar setahun
satu. Bekas isteri dulu suri rumahtangga
sepenuh masa. Emak Pak Omarlah yang
menjaga anak-anak. Mana tahan kalau
semuanya lelaki. Dua tahun selepas itu,
baru pak Omar memikirkan soalan pengganti ‘.
‘ Semua yang dihala terjawab dengan gelenggan
kepala. Ramai yang dihalakan pada Pak
Omar adalah anak dara. Mati anak-anak
Pak Omar beribu tiri. Pak Omar masih
muda pula. Takut anak-anak yang dikurnikan Allah pula lelaki juga. Pak Omar terfikir juga kalau dapat anak
prempuan pula. Emak Pak omar suruh
cepat. Jangan fikir lama-lama. Nanti tak jadi. Anak-anak yang ada bertambah nakal. Tak tahan emak Pak Omar melayan kerenah
mereka. Pak Omar sembahyang Istiharah
semoga diberikan petunjuk. Petunjuk
daripada Allah tak muncul-muncul juga.
Lain yang diharap, lain pula yang dimimpi ‘, kata Pak Omar mencuit
hatiku.
‘ Nak bercinta
senang. Nak cari isteri susah. Kadang-kadang Pak Omar buka ruangan Kembang
Setaman. Sedikit air liurpun tidak
menjejes. Cakap juga dengan rakan-rakan
untuk mencarikan pasangan isteri. Entah,
tiada satupun berkenaan di hati. Ada
juga kawan-kawan Pak Omar meradang.
Pilih punya pilih dapat antah beras, baru tahu. Pilih punya pilih tebu dapat pula buku
tebu. Macam-macamlah kata orang. Nak pilih perempuan memang cukup ramai. Boleh jadi Pak Omar berkahwin empat orang
isteri. Tapi pak Omar nak cari perempuan
untuk dijadikan isteri? Niat dah
betul. Sabar sahajalah seperti kata anak
muda sekarang ‘.
‘ Buat apa aku pergi jauh-jauh. Bukan bekas isteriku ada kakak. Bukankah Pak Omar dulu langkah bedul. Dia masih tak kahwin lagi. Tiada lelaki yang yang
menyebut-nyebutnya. Mukanya masam
sedikit daripada adiknya. Senang cakap,
tak bergetah seperti kata pemuda zaman Pak Omar dulu. Tapi yang nak berkahwin bukan muka. Semua jiwa raga. Memanglah cantik jadi ukuran. Cantik telah hilang apabila memikirkan soal
kebahagian. Kelabu-kelabulah ibu,
asalkan boleh buat ibu. Lagipun umurnya
muda dua tahun daripada Pak Omar ‘ .
Aku tersenyum bila Pak
Omar mengatakan warna kelabu dibuat ibu.
Macam manalah jika perempuan berkulit putih, kuning langsat dan hitam
manis? Jadi, betulah Pak Omar kahwin
lagi. Tapi salin tikar. Orang dulu senang sahaja kalau kematian
isteri. Dia tak cari lain perempuan
sampai jauh-jauh. Nak untung dapat
rugi. Kalau rugi, dibawa mati. Hidup sentiasa merana saja. Bukan fikirkan isteri muda yang memang
mengancam, tapi memikirkan nasib anak-anak yang telah kehilangan ibu. Pak Omar
tak susah apa-apa. Tapi anak-anak macam
cerita ‘Laila Manja’.
‘ Bukan senang orang nak salin tikar. Salin baju atau kain pelekat senang. Macama mana nak menukarkan kakak ipar atau
adik ipar sebagai isteri. Baru-baru dulu
tersasul juga Pak Omar. Dulu kakak ipar,
tapi sekarang isteri Pak Omar. Isteri Pak
Omar ketawa bila Pak Omar terlatah.
Itulah kuasa Allah. Dia boleh
menukarkan sekelip mata sahaja peranan seseorang yang melakonkan sandiwara di
dunia ini. Itu sebabnya bapa boleh
bersama dengan anak. Adik beradik boleh
bersama dengan adik beradik. Datuk boleh
bersama dengan cucu. Itulah sumbang
maharam yang dikatakan orang. Tak hairan Fifi, kalau mata telah dipusingkan
oleh Allah tidak mengenal antara satu sama lain ‘.
‘ Lama kelamaan perhubungan kami erat sebagai pasangan suami isteri. Kedua-duanya ada kelebihan dan
kekurangan. Pak Omar tidak pernah
membeza-bezakan isteri, walaupun mereka adik beradik. Dia akan membetulkan kelemahannya
sendiri. Perkahwinan Pak Omar dikurniakan
anak lelaki seramai dua orang. Jadi
anak-anak Pak Omar sekarang sudah ada tujuh orang. Isteri Pak Omar tidak dapat melakukan seperti
perempuan-perempuan lain. Dia telah
dibedah sebanyak dua kali semasa melahirkan anak. Pak Omar memang inginkan anak perempuan. Apa kata kalau anak Pak Omar yang kelapan nanti
seorang lelaki lagi. Cukuplah pemberian
Allah kepada Pak Omar. Jaga sahaja mereka
sampai besar supaya mereka menjadi anak yang Solih. Nanti, kubur Pak Omar akan terang hasil dari
doa anak-anak yang Solih ‘.
FIFI PERINDU
Kuala Lumpur
Lagu Pilihan
Filem Laila Manja - Adikku Manja
Filem Yatim Mustafa - (dinyanyikan oleh Mustafa Maarof dan
?)
R Ismail dan Rahimah Simen - Kini Dah Tiba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan