Januari 31, 2014

UPSR



Esok akan diumumkan.  Anak Azi pasti mengukir senyuman lebih panjang daripada ibunya. Doa ibu bapanya telah menjadi seutus kalong azimat  setiap hari.  Azi tetap meminta aku berdoa semoga mereka sekeluarga boleh melemparkan senyuman seperti orang lain.  Doa sahaja tak cukup.  Aku panjangkan pula dalam Solat Hajat.  Nadiah adalah cucuku.  Aku ingin Nadiah menjadi macam ibunya.  Biarlah Nadiah memulakan satu contoh yang terbaik dalan keluarga Azi.  Lain kali, adik-adik Nadiah akan mengikut jalan-jalan yang telah dipancangkan oleh Nadia.

Penungguan Nadia  mengingatkan kepada anakku Azi.  Azi mesti berjaya dalam UPSR.  Orang akan bertanya bila berjumpa denganku.  Aku ada anak seramai sebelas orang semuanya.  Ada yang berada di menara gading luar dan dalam negeri.  Ada yang masih belajar di Asrama Penuh dan ada yang masih belajar di sekolah menengah.   Jangan sangka anak seorang pekerja biasa kerajaan tidak boleh merebut tempat di nenara gading.
Azi tidak menalefonku.  Fikiranku berkocak dengan beberapa andaian yang kacau merbau.  Mungkin Azi tidak sihat.  Mungkin Azi sekeluarga berehat diTrengganu.  Takkan SMSnya juga turut akan berduka bila bapanya bertanya sesuatu yang lesu seribu bahasa.  Azi tak pernah berbuat begitu.  Aku mejadikan diri sebagai pak sibuk.  Azi tidak marah bila bapanya bertanya sendiri.  Lambat-laun rahsia akan terbongkar juga.  Along, Angah, Acik dan Uda akan menyampaikan kepada aku.  Luka Azi dan Nadia akan tambah bernanah menjadi bisul dan busung yang mula merebak.
Nadia dapat 4A1B sahaja.  Aku mengucap kesyukuran.  Nadia dah berjaya mempunyai kemahiran membaca, menulis dan mengira.  Nasib Nadia telah tersurat supaya kita menoleh belakang.  Percayalah anakku, Qada’ dan Qadar.  Nadia memang selalu meraih kemenangan dari darjah satu hingga darjah enam dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.  Apa salahnya jika Allah memberi keputusan yang sebegitu supaya kita menoleh belakang.  Aku percaya dan yakin bahawa Nadia akan gagah pada belakang hari nanti.  Dia masih boleh ketawa walaupun pernah tersungkur dan rebah ke bumi,
Azi memang segan. Mana tak segan kalau ibu bapanya dulu belajar di luar negeri.  Dia mesti faham.  Nasib seseorang hamba Allah tidak sama.  Lihatlah jari Azi sendiri.  Ada jari yang panjang pendek dan sungguh cantik sekali.  Begitulah kita manusia.  Aku faham perasaan Azi.  Dia malu dengan saudara-maranya.  Anak Alin mendapat 5A.  Cucu Mak Ijah di FELDA mendapat 5A.  Anak sepupunya di Shah Alam mendapat 2A2B.  Anak Kak Azah mendapat 2A2B1C.  Anak Azi yang bersekolah ternama di Seremban mendapat 4A1B?  Jawapan pintasku mudah sahaja.  Azi mesti lihat anak Kak Azah dan Usu Safiah di Shah Alam.  Mereka pun turut berduka. Tapi, mereka akan membuat pucutan akhir dalam SPM nanti. 
Aku pun heran juga melihat Azi.  Dulupun dia terdengeh-dengah belajar di sekolah kampung.  Tiap-tiap hari aku dan ibunya menemankan dia belajar.  Pukul 12 malam baru kami masuk tidur.  Kami anak beranak memanjangkan doa dalam Solat Hajat sebelum tidur.  Berjaya juga Azi mendapat segulung Diploma dengan keputusan yang baik.  Dengan itu merasalah Azi tinggal di UK untuk mendapatkan ijazah.  Masa cuti pula dihabiskan melancong negara-negara Eropah. Pengalaman Azi itu patut dikembangkan kepada Nadia pula.  Budak mesti diberikan semangat dan bukan mematikan semangatnya. Dia kalau boleh, nak berjaya lebih daripada Azi.  Apa nak kata, kalau semuanya telah ditakdirkan. 
Azi lupa apa yang diucapnya.  Nadia mesti bersekolah dekat dengan rumah sahaja walaupun berjaya dalam UPSR nanti.  Dia masih kecil lagi dan masih tak tahu menguruskan diri sendiri.  Tak apalah kalau niat Azi begitu.  Kalau begitu, tak perlulah gundah-gelana.  Bukankah 4A memudahkan anak-anak masuk ke Asrama Penuh.  Tunggulah Nadia tingkatan tiga nanti.  Kalau tak berjaya juga, mungkin Nadia berjaya dengan cermelang dakam SPM nanti.  Nadia tak tunggu lama sedikit macam Azi.  Tak apa Nadia, kalau tinggal di rumah sendiri saja. Rumah Nadia serba-serbi lengkap.  Tak menyiarap macam Azi belajar dulu. Lampu minyak tanah terpaksa dihembuskan ketika memadamnya.  Ini main pentik sahaja suis, maka terang benderanglah rumah.  Kesilapan Nadiah macam semut sahaja.  Nadia dapat B kerana mendapat markah 89.  Anak Mak Alin dan cucu Mak Ijah dapat A, mungkin markahnya 91 atau 92.  Di situlah atuk fikir secara logiknya Nadia mendapat B.  Masa panjang lagi untuk Nadia membuktikan apa yang berlaku bukan nasib.
Dalam pada itu, aku terbayang wajah Azi.  Kenapa Azi mengambil jalan pendek untuk menguruskan rumahtangganya.  Memang duit suaminya tak habis makan.  Tak kan nak beri aku atau ibunya minta duit suami?  Kebelakangan ini suaminya menurut sahaja kata Azi.  Allah telah mentakdirkan Azi mempunyai lima orang anak yang rapat.  Tapi Azi masih kalah lagi dengan aku yang mempunyai anak seramai 11 orang.  Aku berhenti kerja apabila umurku mencapai 55 tahun.  Azi berhenti kerja setelah mendapat anak 3 orang anak.  Azi lebih suka menguruskan sendiri daripada orang gaji.  Lepas kerja di pejabat, kerja di rumah pula.  Mana rehat?  Baik berhenti kerja.  Tumpukan di rumah sahaja.
Itu pekiraan Azi.  Semua kerja yang dilakukan penat.  Makan penat.  Tidur pun penat.  Tak percaya, tenguklah Azi selepas bangun tidur?  Tenguklah Azi, kalau tidur terlalu lama.  Penatttt.  Tapi, kenapa Azi terlalu kecewa bila Nadia tak dapat 4A?  Nadia selalu melihat tingkahlaku ibunya.  Itulah yang paling dekat dia meniru untuk mematangkan lagi umurnya. Apakah perasaan Azi, kalau Nadia tidak mahu bekerja setelah mendapat segolong ijazah?  Atau Nadia juga mengambil jalan pendek macam Azi.  Telefon bimbitku membenarkan aku bercakap seorang diri.  Azi mendengar sahaja macam dia kanak-kanak dulu.  Mungkin kata-kataku menyebabkan Azi terkenang semasa dulu. Sayang ibu membawa ke syurga.  Sayang abah tiada noktahnya.


ABD RAHIM BIN ABD RAHMAN
JOHOR

SANISAH HURI                  -           JALAN MANA NAKKU TUJU
ORKID ABDULLAH                       -           SRI MERSING
LAGU PATRIOTIK              -           SETANGKAI MAWAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan