September 09, 2013

AZMAN JAFFAR - MENJELANG PUASA 2013



Puasa datang lagi.  Ketibaannya tenang dan berkocak-kocak dalam mindaku.  Riaknya seperti satu bulatan.  Macam batu tercampak di air. Tempat yang jatuh kurasakan kuat riaknya.  Semakin  jauh, riaknya semakin pelahan dan terus hilang.  Aku cuba mencantumkan perca-perca puasa untuk dijerumat dan dicantum-cantumkan menjadi sebuah coretan untuk dikongsi bersama.  Kisah hidup ini digalas oleh adik-beradikku semasa bulan puasa di kampung.

SUARA SUBUN - HAJI



            Hari Ahad mesti diisi kalau tiada undangan majlis perkahwinan.  Hidangan majlis perkahwinan hanya merupakan makanan jasmani sahaja.  Makanan rohaniku belum cukup.  Kalau aku pergi nanti mungkin tidak kembali lagi.  Semuanya sudah terlambat.  Takkan mati hidup semula.  Mati tetap mati.  Menunggu sahaja masa dihidupkan semula.  Segala baik dan buruk telah dicatatkan oleh dua maklikat.  Oleh itu, tak salah aku mengikuti kursus haji di masjid, walaupun aku sudah pergi menunaikan haji dan umrah.

ISMAIL ABD RAHMAN - BERSARA



                Susah juga nak jawab pertanyaan sahabat.  Baik duduk sahaja di rumah.  Tak ada cerita.  Tak buat dosa.  Nanti sahabat maksudkan lain pula.  Aku pula bercerita secara jujur.  Orang bertanya, sahaja aku cerita.  Itupun sahabat yang bertanya.  ‘ Tapi tak salah bercerita kalau perkara tu baik.  Itu orang kata.  Tapi pemimpin itu ada pengikutnya.  Tiada pengikut tak jadilah pemimpin.  Penat pensyarah kita mengulang-ulang dalam syarahannya ‘, kata sahabatku lagi.

FIFI PERINDU - SIDAH



                Namaku yang dicadangkan oleh bapaku pendek sahaja.  Macam-macam nama hendak diberikan.  Abah dan ibu terdengar suara kakakku dari bilik.  ‘ Azam Afifi.  Ertinya, sentiasa berazam dan memaafkan seseorang.  Namanya telah mengukir pada dirinya sendiri.  Itulah harapan Along kepada adik ‘, kata kakakku membuatkan abah dan ibu setuju dengan cadangan kakakku.          Aku lebih bernasib baik daripada kakak dan abangku yang bersekolah di asrama penuh.  Aku juga calon cemerlang dalam LCE dan MCE.  Sekolah kampung kena kerja lebih sedikit.  Mesti ada azam. Lagipun namaku sendiripun sudah bermula dengan Azam.  Aku memang suka duduk di rumah sahaja.  Buku adalah sahabatku sejati. Mana-manapun boleh pandai dan berjaya.  Lagupun hatiku telah dicuri oleh abah dan ibu.  Biarlah aku makan apa yang abah dan ibu makan.  Biarlah kemiskinan abah dan ibu, aku rasakan sendiri.  Aku tak lemas nanti bila bekerja dan berada di rantau orang.

Ogos 12, 2013

JAMILAH



            Biasalah kalau tak cukup tangan.  Ada duduk atas kerusi.  Ada duduk atas lantai.  Ada duduk di luar rumah sahaja melihat fanorama rumah.  Ketupat yang digantung makin susut.  Laris macam orang jual air batu musim panas.  Anak-anak buah abah masih berkunjung ke rumah abah, walaupun abah dan mak tiada lagi.  Nak jumpa sepupu.  Kalau tak raya susah nak jumpa.  Masing-masing bawa anak dan cucu menjengukku sekeluarga semasa hari raya kedua.

SUARA SUBUH 2



            Mentari masih menyorok dan bertasbih kepada Allah.  Waktu subuh yang dingin itu kucoretkan dalam perjalananku.  Langkahku semakin deras bagi menunaikan tanggungjawab kepada Maha Pencipta.  Tercungap-cungap juga rasanya bagi seorang insan yang sedang meniti usia emas masuk ke masid mengerjakan beberapa solat sunat yang jarang kutinggalkan. Segala-galanya bukannya ‘Ancaman’ seperti kita memilih antah beras.  Ianya ‘Peluang’ yang diberikan kepada kita hanya setahun sekali saja.  Sesungguhnya udara yang kita hidu itu tidak sebersih yang kita sangkakan.  Kekotorannya melekat menjadi daki yang berlapis-lapis setiap tahun.  Agak jenguh juga kita menghilangkan daki yang sudah bertahun-tahun lamanya.

Ogos 05, 2013

NINI



            Bayangkan si manis yang sedang berumur 23 tahun?  Gambar-gambar semasa kecilnya ditayangkan dilayar putih.  Comelnya dia berfokus kepada kamera bapanya. Dia mungkin sentiasa diintip oleh setiap lelaki. Tapi tidak mudah ia melayarkan kapal perkahwinannya. Biarlah cintanya berkembang dengan lelaki semasa di bangku sekolah dulu. Ramai lagi perempuan di menara gading yang boleh dijadikan pujaan hati. Beribu-ribu harapan yang bertaut untuk mencerimankan masa depannya begitu pudar.  Nasib yang ditentukan oleh Allah tidaklah sama dengan kakak dan abangnya. Dia merangkak dari matrikulasi hingga ke menara gading.  Bukannya tak pandai. Keputusannya dalam SPM adalah calon cemerlang. Walaupun belajar di dalam negeri sahaja, dia dapat membuktikan bahawa nasibnya telah ditentukan.  Dia telah ditawarkan ke peringkat sarjan dalam bidang bioteknologi di universiti yang sama.