Mentari masih menyorok dan bertasbih
kepada Allah. Waktu subuh yang dingin
itu kucoretkan dalam perjalananku.
Langkahku semakin deras bagi menunaikan tanggungjawab kepada Maha
Pencipta. Tercungap-cungap juga rasanya
bagi seorang insan yang sedang meniti usia emas masuk ke masid mengerjakan
beberapa solat sunah yang jarang kutinggalkan. Segala-galanya bukannya ‘Ancaman’
seperti kita memilih antah beras. Ianya ‘Peluang’
yang diberikan kepada kita hanya setahun sekali saja. Sesungguhnya udara yang kita hidu itu tidak
sebersih yang kita sangkakan.
Kekotorannya melekat menjadi daki yang berlapis-lapis setiap tahun. Agak jenuh juga kita menghilangkan daki yang
sudah bertahun-tahun lamanya.
September 09, 2013
ABD RAHIM ABD RAHMAN - TINGKATAN 5
Sekolah rendah 6 tahun. Sekolah menengah 5 tahun. Tak jumpa 43 tahun. Pertemuan hanya 11 tahun sahaja. Perpisahan 43 tahun lamanya. Pertemuaan dulu
sungguh menggamit kenangan. Perasaan
pilu membasahi kertas tisu yang disediakan oleh Dollah. Bukan mengesat mulut setelah kenyang. Tapi mengesat air mata, bila pertanyaan liar
dikemukakan sahabat. Mana Salleh,
Ramlan, Zaleha Radziah dan Somali dan rakan-rakan lain yang tidak nampak
muka? Mereka pergi dulu meninggalkan
kita ke alam yang kekal abadi. Seorang
rakan mengepali rakan-rakan membisikkan Al-Fatihah kepada rakan-rakan yang
tiada.
LIPAT MAUT - TAKRAW
Lumrah dunia. Yang hilang menggamit kenangan. Yang baru tersemat di hati. Hujung dan pangkal sama sahaja. Tiba masanya akan lesap. Aku mengejanya beberapa kali dan bercakap
seorang diri. SEAP dan melarat pula
kepada SEA. macam budak kecil dulu belajar mengeja. Air mataku berjurai bila lagu Negaraku
dimainkan. Aku bukan sahaja berhempas
pulas di gelanggang, tetapi ingin menyanyikan senandung Negaraku sehingga nyawa
bercerai badan. Bukan mudah aku berdiri
di pentas juara sambil melambai-lambaikan tanganku. Leherku berkalong pingat
kemenangan, manakala tanganku mendakap cenderamata iringan.
ADI ADIDI - PAK USU
Azan Hari Raya membuka tirai
subuh. Sayunya mengguris kalbu sehingga
lukanya berdarah semula. Lagi pula orang
tua semacam aku ini, cepat tersentuh memberikan makna yang berlainan. Syukurlah kepada Allah kerana dapat berkumpul
pada hari raya tahun ini. Tahun lepas,
aku berada di US pada pertengahan puasa dan raya. Tahun sebelumnya aku berada di China sebelum
menjelang raya. Tahun ini, majikan
agaknya kesian melihatku asyik berada di rantau orang.
ONN MOHD JAFFAR - MERDEKA 2013
Kalau dikenang berjurailah air
mata. Hampir 50 tahun bumi kontang
dengan air mata. Dollahlah yang bersusah-payah
menyiram air mata di rumahnya. Air mata
tak kira lelaki atau perempuan. Langit
cerahpun, air mata akan berderai.
Matahari menyuluhpun, hujan panas berderau turun. Semua ketentuan Allah ini, menyebabkan kami berteleku
pada hari Jumaat malam sabtu selepas Isyak. Sahabat yang jauh dan dekat
mengambil peluang ini, mungkin buat pertama kalinya sepanjang umur kami . Semuanya berasa syukur kerana Lailatulqadar
berlaku lagi semasa raya.
MANJAF - MENJELANG PUASA
Tahun 60han menggamit
kenanganku. Tak sangka masa begitu cepat
membuat pucutan akhir dalam bulan puasa.
Takkan orang lelaki nak duduk diam.
Orang perempuan pula bersengkang mata membuat kuih dan menjahit baju
anak-anak. Melayan anak-anak cukup susah
semasa aku baru mendirikan rumahtangga.
Mereka mahu memeriahkan raya dengan zaman klasik juga. Kalau tidak, masa yang pergi terus
hilang. Biarlah baju sehelai
dua sahaja.
Biarlahlah kuih alah kadar
sahaja. Mereka tak mahu ‘ tunjuk-tunjuk
‘ saja. Kalau boleh mak yang jahitkan. Kalau boleh, kuih emak yang buat.
AZMAN JAFFAR - MENJELANG PUASA 2013
Puasa datang lagi. Ketibaannya
tenang dan berkocak-kocak dalam mindaku.
Riaknya seperti satu bulatan. Macam batu
tercampak di air. Tempat yang jatuh kurasakan kuat riaknya. Semakin jauh, riaknya semakin pelahan dan terus
hilang. Aku cuba mencantumkan
perca-perca puasa untuk dijerumat dan dicantum-cantumkan menjadi sebuah coretan
untuk dikongsi bersama. Kisah hidup ini digalas
oleh adik-beradikku semasa bulan puasa di kampung.
SUARA SUBUN - HAJI
Hari Ahad mesti diisi kalau tiada undangan majlis
perkahwinan. Hidangan majlis perkahwinan
hanya merupakan makanan jasmani sahaja.
Makanan rohaniku belum cukup. Kalau
aku pergi nanti mungkin tidak kembali lagi.
Semuanya sudah terlambat. Takkan
mati hidup semula. Mati tetap mati. Menunggu sahaja masa dihidupkan semula. Segala baik dan buruk telah dicatatkan oleh
dua maklikat. Oleh itu, tak salah aku
mengikuti kursus haji di masjid, walaupun aku sudah pergi menunaikan haji dan
umrah.
ISMAIL ABD RAHMAN - BERSARA
Susah juga nak jawab pertanyaan
sahabat. Baik duduk sahaja di rumah. Tak ada cerita. Tak buat dosa. Nanti sahabat maksudkan lain pula. Aku pula bercerita secara jujur. Orang bertanya, sahaja aku cerita. Itupun sahabat yang bertanya. ‘ Tapi tak salah bercerita kalau perkara tu
baik. Itu orang kata. Tapi pemimpin itu ada pengikutnya. Tiada pengikut tak jadilah pemimpin. Penat pensyarah kita mengulang-ulang dalam
syarahannya ‘, kata sahabatku lagi.
FIFI PERINDU - SIDAH
Namaku yang dicadangkan oleh
bapaku pendek sahaja. Macam-macam nama hendak
diberikan. Abah dan ibu terdengar suara
kakakku dari bilik. ‘ Azam Afifi. Ertinya, sentiasa berazam dan memaafkan
seseorang. Namanya telah mengukir pada
dirinya sendiri. Itulah harapan Along
kepada adik ‘, kata kakakku membuatkan abah dan ibu setuju dengan cadangan
kakakku. Aku lebih bernasib baik daripada kakak dan abangku yang
bersekolah di asrama penuh. Aku juga
calon cemerlang dalam LCE dan MCE.
Sekolah kampung kena kerja lebih sedikit. Mesti ada azam. Lagipun namaku sendiripun sudah
bermula dengan Azam. Aku memang suka duduk
di rumah sahaja. Buku adalah sahabatku
sejati. Mana-manapun boleh pandai dan berjaya.
Lagupun hatiku telah dicuri oleh abah dan ibu. Biarlah aku makan apa yang abah dan ibu
makan. Biarlah kemiskinan abah dan ibu,
aku rasakan sendiri. Aku tak lemas nanti
bila bekerja dan berada di rantau orang.
Langgan:
Catatan (Atom)