September 09, 2013

LIPAT MAUT - TAKRAW



            Lumrah dunia.  Yang hilang menggamit kenangan.  Yang baru tersemat di hati.  Hujung dan pangkal sama sahaja.  Tiba masanya akan lesap.  Aku mengejanya beberapa kali dan bercakap seorang diri.  SEAP dan melarat pula kepada SEA. macam budak kecil dulu belajar mengeja.  Air mataku berjurai bila lagu Negaraku dimainkan.  Aku bukan sahaja berhempas pulas di gelanggang, tetapi ingin menyanyikan senandung Negaraku sehingga nyawa bercerai badan.  Bukan mudah aku berdiri di pentas juara sambil melambai-lambaikan tanganku. Leherku berkalong pingat kemenangan, manakala tanganku mendakap cenderamata iringan.

ADI ADIDI - PAK USU



            Azan Hari Raya membuka tirai subuh.  Sayunya mengguris kalbu sehingga lukanya berdarah semula.  Lagi pula orang tua semacam aku ini, cepat tersentuh memberikan makna yang berlainan.  Syukurlah kepada Allah kerana dapat berkumpul pada hari raya tahun ini.  Tahun lepas, aku berada di US pada pertengahan puasa dan raya.  Tahun sebelumnya aku berada di China sebelum menjelang raya.  Tahun ini, majikan agaknya kesian melihatku asyik berada di rantau orang.

ONN MOHD JAFFAR - MERDEKA 2013



                Kalau dikenang berjurailah air mata.  Hampir 50 tahun bumi kontang dengan air mata.  Dollahlah yang bersusah-payah menyiram air mata di rumahnya.  Air mata tak kira lelaki atau perempuan.  Langit cerahpun, air mata akan berderai.  Matahari menyuluhpun, hujan panas berderau turun.  Semua ketentuan Allah ini, menyebabkan kami berteleku pada hari Jumaat malam sabtu selepas Isyak. Sahabat yang jauh dan dekat mengambil peluang ini, mungkin buat pertama kalinya sepanjang umur kami .  Semuanya berasa syukur kerana Lailatulqadar berlaku lagi semasa raya.

MANJAF - MENJELANG PUASA



                Tahun 60han menggamit kenanganku.  Tak sangka masa begitu cepat membuat pucutan akhir dalam bulan puasa.  Takkan orang lelaki nak duduk diam.  Orang perempuan pula bersengkang mata membuat kuih dan menjahit baju anak-anak.  Melayan anak-anak cukup susah semasa aku baru mendirikan rumahtangga.  Mereka mahu memeriahkan raya dengan zaman klasik juga.  Kalau tidak, masa yang pergi terus hilang.  Biarlah  baju  sehelai  dua  sahaja.  Biarlahlah  kuih alah kadar sahaja.  Mereka tak mahu ‘ tunjuk-tunjuk ‘ saja.  Kalau boleh mak yang jahitkan.  Kalau boleh, kuih emak yang buat.

AZMAN JAFFAR - MENJELANG PUASA 2013



Puasa datang lagi.  Ketibaannya tenang dan berkocak-kocak dalam mindaku.  Riaknya seperti satu bulatan.  Macam batu tercampak di air. Tempat yang jatuh kurasakan kuat riaknya.  Semakin  jauh, riaknya semakin pelahan dan terus hilang.  Aku cuba mencantumkan perca-perca puasa untuk dijerumat dan dicantum-cantumkan menjadi sebuah coretan untuk dikongsi bersama.  Kisah hidup ini digalas oleh adik-beradikku semasa bulan puasa di kampung.

SUARA SUBUN - HAJI



            Hari Ahad mesti diisi kalau tiada undangan majlis perkahwinan.  Hidangan majlis perkahwinan hanya merupakan makanan jasmani sahaja.  Makanan rohaniku belum cukup.  Kalau aku pergi nanti mungkin tidak kembali lagi.  Semuanya sudah terlambat.  Takkan mati hidup semula.  Mati tetap mati.  Menunggu sahaja masa dihidupkan semula.  Segala baik dan buruk telah dicatatkan oleh dua maklikat.  Oleh itu, tak salah aku mengikuti kursus haji di masjid, walaupun aku sudah pergi menunaikan haji dan umrah.

ISMAIL ABD RAHMAN - BERSARA



                Susah juga nak jawab pertanyaan sahabat.  Baik duduk sahaja di rumah.  Tak ada cerita.  Tak buat dosa.  Nanti sahabat maksudkan lain pula.  Aku pula bercerita secara jujur.  Orang bertanya, sahaja aku cerita.  Itupun sahabat yang bertanya.  ‘ Tapi tak salah bercerita kalau perkara tu baik.  Itu orang kata.  Tapi pemimpin itu ada pengikutnya.  Tiada pengikut tak jadilah pemimpin.  Penat pensyarah kita mengulang-ulang dalam syarahannya ‘, kata sahabatku lagi.