Esok akan diumumkan. Anak Azi
pasti mengukir senyuman lebih panjang daripada ibunya. Doa ibu bapanya telah
menjadi seutus kalong azimat setiap
hari. Azi tetap meminta aku berdoa
semoga mereka sekeluarga boleh melemparkan senyuman seperti orang lain. Doa sahaja tak cukup. Aku panjangkan pula dalam Solat Hajat. Nadiah adalah cucuku. Aku ingin Nadiah menjadi macam ibunya. Biarlah Nadiah memulakan satu contoh yang
terbaik dalan keluarga Azi. Lain kali,
adik-adik Nadiah akan mengikut jalan-jalan yang telah dipancangkan oleh Nadia.
Januari 31, 2014
PISANG
Tak cukup tangan dibuatnya. Ada sayur kampung. Ada ikan pekasam. Ada pisang dan lain-lain
lagi. Kesian isteriku. Sampai genting-genting jari membimbit beg
plasik. Aku bukan tak mahu ikut. Nak dengar songel Penerbit Radio Klasik. Tak ikut salah. Ikut merana badan. ‘ Buat apa tu bang? Kenapa abang suka minum air manis. Takuttt bang.
Dah bersara ni, baru dapat kencing manis. Selisih Malikat 44. Dah potong sana-sini, barulah abang
menyesal. Tak guna lagi. Nasi telah menjadi bubur ‘, kata isteriku
sambil merasa air dalam cawanku.
SUNGAI BRISBANE
Semester universiti tamat
seketika. Musim cuti yang panjang telah aku
bahagi-bahagikan di New Zealand dan Australia.
Bakinya aku terperap di apartmen bersama kawan-kawan. Sekali-sekali aku melontar pandangan keluar
jendela ke Sungai Brisbane yang berdekatan dengan Universiti Queensland. Di Queensland pun banjir kalau hujan
lebat. Bila air di kuala sungai penuh
dan melempah, tempiasnya terkena juga Universiti Queensland. Kadang-kadang banjir berlaku juga apabila empangan
Sungai Brisbane dibuka oleh pihak berkuasa.
Air melempah menyebabkan universitiku juga turut banjir. Begitulah agaknya peringatan yang diberikan
oleh Allah kepada hambanya. Sekiranya antara kita masih tidak melafazkan
kesyukuran, tunggulah dan lihatlah nanti. Aku mengambil kesempatan menyedarkan
bangsaku di Malaysia, bahawa banjir berlaku di mana-mana sahaja dengan kehendak
Allah sebagai satu ujian.
November 22, 2013
J ( JAAFAR SALLEH)
Susah nak lupakan J. Kawan baik semasa berumur 12 tahun dulu. Dia lebih tua daripadaku 10 tahun. Tapi, dia
tak kuat azam belajar. Biarlah dia
bergelumang dengan laut. Laut telah
memberikan rezeki kepadanya. Laut juga
sentiasa berdoa dia panjang umur. Malah,
laut yang terbentang biru tidak pernah memisahkan erti persahabatan. Kami sentiasa tercari-cari antara satu sama
lain, walaupun kami dibatasi dengan status perkahwinan.
ABANG JAS
Sekali-sekali dia ingin juga menggubah selera. Bukan tak sedap air kopi yang digodaknya
sendiri. Kebetulan sahaja yang terjadi pada diri abang Jas dengan tidak
semena-mena. Aku diheret masuk ke kedai
kopi oleh abang Jas. ‘ Boleh cerita
panjang kerana dah lama tak jumpa ‘, katanya.
Abang Jas hanya dengar namaku sahaja dalam ADILA. Mungkin namanya sama, tapi orangnya
lain. Begitulah kita mencari kawan-kawan
dalam lama FB. Mungkin tersilap dan
membiarkan begitu sahaja. Kalau tahu
keluarkannya daripada senarai kawan.
CINTA GOBIAH
Hatiku tergantung di hujung dahan.
Merah ibarat rambatan kampung. Warna
merah itu tak cukup menyelerakan orang ramai mengambilnya. Akhirnya rambutan itu dipandang sahaja orang
yang lalu lalang. Nak buat jempun orang
tidak berdeku. Dalam usia yang datang
bersilih ganti, rambutan itu kering sahaja dan gugur ke bumi. Orang ramai pula hampir lupa, bahawa yang
bertaburan ke bumi adalah dulunya setangkai rambutan kampung.
WAK ADAM
Aku sedang memerhatikan seseorang. Walaupun dah bersara hampir 20 tahun. Mereka masih mengingati aku lagi walaupun dah
berkerepot. Memang untuk meneruskan
hidup sangat susah. Nak mati bila-bila
masa sahaja. Tidur pun mati. Makan kenyangpun mati. Tengah sembahyangpun mati. Kata-kataku ini bertepatan dengan
berita-berita di dalam suratkhabar. Aku
tak baca berita-berita lain. Semuanya
dah jadi darah dagingku semasa bekerja dulu. Sekarang aku main pilih-pilih
tajuk sahaja.
Langgan:
Catatan (Atom)