April 29, 2013

KAK NENG



          Kulitnya kuning langsat.  Tingginya 5 kaki 6 inci.  Rambutnya panjang sampai ke pinggang.  Sentiasa bersiput kemas walaupun tidak ke mana. Matanya sepet pula.  Orang boleh teka bahawa kak Neng bukan adik beradikku. Memang benar tekaan orang ramai.  Kak Neng anak angkat abah.  Orang Cina kasihan melihat abah.  Enam orang anaknya meninggal dunia sejak kecil lagi.  Jadilah kak Neng anak yang tua dalam keluargaku.  Dia pengikat kasih sayang abah dan emak sekeluarga. Abah dan emak tunggu lagi dapat cahaya mata.  Penantian mereka tak berhasil. Abah ambil 2 orang anak angkat lagi.  Kedua-duanya perempuan.  Seorang keturunan Melayu dan seorang lagi keturunan Cina.

LAUT



            Jumaat dan Sabtu memang kami tunggu.  Terasa rindu tidak terkira, walaupun kerinduan masih berputik.  Tempat jatuh lagi terkenang, inikan pula hamparan laut luas terbentang.  Dialah tempatku mengadu keperitan hidup.  Orang lain tak faham kehidupanku.  Kadangkala aku melaung sekuat hati supaya mereka tahu. Mereka bukan tak faham, tapi nasib merekapun serupa dengan nasibku.  Aku tak pernah ikut kata hati.  Kalau diikutkan sudah lama aku mati zaman kanak-kanak lagi.  Tapi segala tindak-tandukku disalahertikan oleh keluarga.  Aku masih budak sekolah.  Bukannya meminta simpati kepada laut.  Kadang-kadang laut boleh menelanku hidup-hidup bila simpatinya telah muak.

SUNGAI MEKONG



          Pagi Chiangmai melamar kami berkumpul di bawah hotel menaiki bas, Kedinginannya tidak terasa kerana kehangatan Sungai Mekong sentiasa mengalir dalam minda kami untuk mengetahuinya lebih dekat.  Bas terus merangkak termengah-mengah meyusuri jalan berliku-liku menuju ke Chiangrai.  Lamunanku berkocak tenang dalam mata yang tertutup rapat ditutupi oleh daun-daun longan dan sayur-sayuran.  Pemandu pelancong mengejutku tertidur semasa bas berhenti.  Pancutan air panas menjemput kedatangan kami dengan percikan air panas setinggi dua puluh kaki.  Aku sempat merendam kaki sambil terus berkhayal kehangatan Sungai Mekong.

ABANG



          Abang mengirup teh petang.  Lelaki yang berusia 70han itu kujilat atas bawah.  Kenapa abang menghabiskan usianya tiada keturunan?  Dia bukan tak kacak.  Wajahnya masih tegang lagi macam jejaka berumur 50han.   Maklumlah abang seorang bekas tentera.  Dia hanya menumpang kasih dengan anak-anak buah.    Lantaran ptu dia sanggup bergurau dan bergumpal dengan anak-anak buahnya walaupun umur mereka macam langit dengan bumi.

ANAK BUTA



           Hari itu aku ada temu janji dengan doktor.  Semua tempat duduk penuh walaupun hujan mendesah di luar. Aku membelek-belek angka bertemu doktor.  Masih jauh.  Mungkin satu jam lagi.  Aku menuju ke kantin hospital menghilangkan rasa lapar kerana berpuasa sebelum ambil darah.

KEMALANGAN



          Semua manusia menepis jauh-jauh kemalangan.  Ada manusia memang mencari kemalangan.  Baring semasa memandu motosikal.  Bercakap dengan telefon bimbit semasa memandu kereta. Macamlah umur manusia barang jualan di pasar raya.  Kalau dah tak boleh pakai lagi, ganti sahaja  barang yang baru.  Kalaulah dah tempang maka tempanglah seumur hidup.  Kalian yang menanggungnya.  Rakan-rakan yang mengenali kita hanya mengungkapkan kata-kata kasihan. Dulu tak cacat semasa ibu melahirkan sambil menggeleng-gelengkan kepala.

SUARA EMAS



          Gembar-gembur Adibah telah menjadi kenyataan.  Menunggu tarikh 8 dan 15 September terlalu lama rasanya.  Bahagian pertama tak sempatku dengar kerana menziarahi besan yang hendak ke Tanah Suci.  Tapi bahagian kedua dapat kudengar untuk mengumpulkan maklumat sebuah coretan.  Kata-kata Adibah sungguh menjerat aku mengenali sejarah biduan.  Bukankah lagu-lagu klasik itu sejarah?