Gembar-gembur Adibah telah menjadi kenyataan. Menunggu tarikh 8 dan 15 September terlalu
lama rasanya. Bahagian pertama tak
sempatku dengar kerana menziarahi besan yang hendak ke Tanah Suci. Tapi bahagian kedua dapat kudengar untuk
mengumpulkan maklumat sebuah coretan.
Kata-kata Adibah sungguh menjerat aku mengenali sejarah biduan. Bukankah lagu-lagu klasik itu sejarah?
Aku tersenyumn bila Adibah berkata begitu. Ianya akan menjadi bahan sejarah tidak lama
lagi. Jawapannya tungguuuuu. Memang anak-anakku sendiripun tak minat lagu
klasik. Macam mana nak kenal penyanyi
klasik? Tak kenal maka tak cinta. Cinta yang berputik itu menyebabkan kita mencari
susur jalur sungai sampai ke kuala.
Panahan persaudaraan tercucuk di dadaku. Tak berdarah apapun. Tapi aku tercucuk dalam dengan amanah dan rasa
tanggungjawab. “ Tolong rakamkan. Abang nak dengar. Tak sempat kerana ada rumah buat hari terbuka
“, katanya membuat aku gelisah dalam perjalanan ke Bangi. Aku mesti merakamnya. Bukankah Suara Emas Menggamit Kenangan? Aku meminta sahabat klasik merakamkan coretan
sejarah itu.
Penjelasan Adibah menambahkan lagi coretan dirinya yang tak
lengkap-lengkap. Mana tak lengkap kalau
maklumat dirinya diperolehi dari Radio Klasik sahaja. Bolehkah aku mengenali dirinya
melalui senikata lagu-lagunya? Jawapan
tak lengkap dan tak betul. Dia hanya
menyanyikan lagu tersebut sahaja. ‘ Tapi
penulis senikata atau penggubah lagulah yang melahirkan isi hati mereka dalam
lagu itu ‘, kataku dalam hati sambil tersenyun sendirian.
Hubunganku dengannya ibarat langit dan bumi. Macam belajar secara PJJ. Tak pernah
berjumpa. Perkenalannya pula secara
Maya. Macam langit yang tetap meninggi semasa kita berada dalam kapal
terbang. Tapi kapal terbang yang dinaiki
hanya dapat menyapu awan sahaja. Tak pernah kapal terbang dapat mendarat di
langit buat seketika buat penumpang melepaskan penat. Tapi bagaiama pula kita berada di gigi
pantai. Sayup kelihatan pantai dan bumi
kelihatan bersatu. Penglihatan kita
hanya satu ilusi sahaja. Begitulah aku
dan dia mengenali antara satu sama lain.
Hanya muka buku dan telefon bimbit dapat menceritakan kalau ada yang
bertanya.
Segala yang berlaku pada diriku ini telah ditetapkan oleh
Qada dan Qadar. Tahun 2008 aku mengidap penyakit
angin ahmar. Sebelah anggota kananku mati. Aku
dihantar ke sebuah hospital swasta dan juga mendapat perkhidmatan
perubatan tradisional. Aku terbaring di
atas katil dengan mata yang pejam dan separuh sedar. Semuanya aku lupa dan
menunggu nyawaku bercerai dari badan saja.
Mungkin lagu Selamat Tinggal Bungaku menambahkan kesunyian isteri dan
anak-anak yang menungguku. Segala urusanku diserahkan kepada anak-anak tanpa
malu lagi.
Makan dan
minum sudah tidak tertelan lagi.
Segala-gala jadi pahit dan mual. Apabila mata terbuka dan teringin
duduk, mulalah terasa hendak muntah.
Tiada apa-apa yang boleh keluar lagi.
Perut sakit menahan muntah yang tidak keluar. Aku merasakan nyawaku semakin pendek. Tangisan isteri dan anak-anak semakin hilang
kerana terserampak dengan jemputan kematian. Nafasku kembali tenang. Aku masih tidak dapat membuka mata melihat
tetamu yang menziarahku sakit. Hampir tiga bulan aku bercuti panjang dengan
memikirkan kesihatanku.
Lepas itu aku
dibenarkan pulang oleh doktor. Tapi
setiap minggu aku mesti berjunpa dengan doktor pakar. Aku masih lagi mengesot dan merangkak. Aku bersebahyang terbaring terlentang dan air
sembahyang diambilkan oleh anak. Aku terasa amat bosan dengan keadaanku. Kebosanaku diperhatikan oleh anak bungsuku.
Dia memberikan ‘walkmannya’ dan beberapa kotak kaset yang baru dibelinya. Ada kaset solo dan ada kaset bercampur-campur
penyanyinya. Anakku memang tahu minatku terhadap lagu-lagu asli.
Aku cuba memutarkannya. Hatiku menjadi sebak dan sayu dengan
tiba-tiba. Air mata orang tua tidak lagi dapat lagi diempang dari kelopak mata.
Berbagai-bagai pertanyaan nakal memainkan sentimenku. Adakah dosaku telah diampunkan seperti dalam
lagu Embun Menitik? Adakah aku boleh kembali
bertugas seperti dalam lagu Seri Mersing?
Adakah aku Bunga Tanjung yang mula layu? Perjalanan hidupku waktu itu seperti
aku meniti di Hujung Sirih. Orang-orang
sepatutnya tidak Cemburu dengan nasib diriku.
Aku mungkin seorang dalam sejuta.
Aku kembali sihat walaupun tidak seratus peratus. Lagu Gelombang menjadikan aku sentiasa
positif tentang hidup. Aku reda dengan ketentuan Allah. Biarlah aku tinggal tulang. Namun aku tidak membiarkan diriku tumbang
dibawa gelombang.
Sebelum tamat rancangan, dia meninggalkan pesan kepada
pendengar. Aku mengambil iktibar
pesanannya dan bertekad menyimpan khazanah ini untuk anak cucuku mengenalinya
nanti. Ketika itu Allahyarham R Azmi
mendendangkan lagu Nasib Penyanyi.
Adakah R Azmi juga meluahkan rasanya meminta seguris simpati daripada
penonton? Sampai bilakan Radio Klasik Menggamit Kenangan? Aku tersenyum malu dan mengucapkan terima
kasih kepada Adibah Apandi yang membuka laci kenanganku serta DIVA yang
mengundurkan rancangan itu selepas berita.
Sesungguhnya Suara Emas R Ismail itu adalah CeritaMu CeritaKu.
AZMAN BIN JAFFAR
Muar
R ISMAIL - SERI
MERSING
R AZMI - NASIB
PENYANYI
R ISMAIL . EMBUN MENITIK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan