April 29, 2013

PINGGIRAN DAN AMPANGAN



Tak mahu sejarah berulang kembali.  Pedih dan perit hati yang terluka.  Orang lain hanya membuka kisah.  Tapi aku yang menanggung azabnya.  Kalau telah ditetapkan Allah apa aku nak buat?  Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukannya.  Reda hatiku sementara waktu sahaja.  Keresahan hati tetap Aku bergoyang disapu oleh bayu rindu.

Aku tahu kau menetap di Ampang.  Ampang tu luas dan tak mungkin aku menemuimu.  Kau merajuk ke?  Bukannya salah kita berdua.  Tapi keadaan yang menentukan.  Aku dan engkau tidak pernah menguntumkan cinta buat semua orang tahu.  Betul juga kata Sweet Chiarity, jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang. ‘  Siapa suami engkau?  Berapa orang cahaya mata?  Mungkin dah bermenantu dalam usia begini? ‘.  Aku macam dulu.  Dulu seorang dan sampai bila-bila pun seorang.  Teman setiaku hanyalah bayang-bayang.  Permintaanku tak pernah kunjung tiba walaupun aku selalu memanjat doa kepada Allah. 
          Dunia ini kuamati serupa sahaja.  Bila siang ada matahari.  Bila malam menjelma dan tersingkap tabir alam, hanya bulan dan bintang sahaja meyerikan alam.  Tapi malam tidak berseri juga kerana tiada dua jiwa memadu rindu.  Aku ditugaskan bekerja di sebarang lautan membawa hati yang terkapai-kapai lemas di Laut China Selatan.  Guruh di langit bersambut-sambutan, kilat pula memancar-mancar menerangi hatiku yang luka.
          Aku terpaksa melawan ombak biru yang memisahkan kita.  Aku diberikan sebuah perahu tanpa pendayung.  Hanya bintang-bintang di langit sahaja menjadi temanku menuju arah yang mengikut rasa hati.   Adakala angin China Selatan menjilat jasadku membawa perkhabaran yang memeranjatkan.  Kadang-kadang aku lemas dan merasakan kematian menjemputku.
Aku tidak pernah berniat melukakan hati seseorang.  Apa lagi melahirkan ungkapan cinta.  Setiap kali tutur kata yang keluar telah kufikir semasak-masaknya.  Aku tahu bahawa lidah yang mudah menuturkan kata-kata itu akan menjadi pisau yang tajam menghiris jantung hati seorang insan.  Cinta itu tidak payah dikubar-kubarkan supaya semua mahluk tahu.  Cinta itu tidak payah dijejeh-jejehkan di tengah jalan.  Bagiku cinta itu perasaan halus yang mengelodak dalan jiwa manusia yang berpuput angin cinta.
Aku ingin ke Ampang semata-mata ingin berjumpa engkau sekeluara.  Aku ingin meneruskan cita-citaku menjadikan keluargamu sebagai persaudaraan manusia sejagat.  Tiada tali yang mengikat kita berdua menjadi suami isteri. Tapi ikatan kita sekeluarga seperti pokok api-api yang menghinggap di suatu dahan subur.  Pokok tak mati tetapi semakin merimbun pula tanpa seorang yang meyedari kewujudannya.
Aku buntu hendak menumpang dunia.  Semuanya tiada lagi dan telah musnah.  Tiga puluh tahun yang sudah berlalu menjadikan aku seorang pengembara yang tercengang-cengang dengan tempat dulu.  Mungkin aku sesat dalam pencarian seperti mana aku tersesat dalam percintaan.  Bolehkah kalauku jadikan Ampang sebagai pelabuhan klasik bila aku mengunjungi Semenanjung Malaysia.  Biarlah luka lama berdarah semula.  Tapi darah cintanya mengalir pula kepada anak-anakmu yang kian membesar mengenali cinta yang abadi.
Engkau dan aku mesti faham realiti dunia.  Ramai manusia tidak faham dan menyalahkan manusia lain.  Macam mana muda daun itu, akhirnya ianya akan jatuh ke bumi apabila ianya kering layu.  Oleh itu tak payahlah kita berdendam angkara cinta.  Kita harus membuka minda kita.  Bagaimana kita mereggangkan tali cinta yang terputus dalam hembusan angin yang bertiup lembut seribu bahasa.  Itu sahaja yang kuminta dalam doa supaya cinta kita terus subur walaupun ianya sebagai sebuah jambangan di atas meja.
Aku tidak mahu menjadi mahluk perosak rumahtanggakau.  Bolehkah aku meranapkan  rumahtangga yang dibina dengan lelehan air matanya yang jatuh berjurai?  Anggaplah aku sebagai ada pertalian darah dengan sesiapa yang bertanya.  Suami dan anak-anakkau tentu boleh menerimanya dengan hati yang terbuka.  Joduh kita memang telah disuratkan tiada di dunia dan akhirat.  Sekurang-kurangnya aku masih boleh senyum lagi di dunia ini kerana masih ada lagi insan-insan yang masih menyayangiku.

PINGGIRAN CINTA
Samarahan Sarawak

Alfian                   -        Sahlawati
A Rahman -        Tetapkan Hati
Jasni           -        Belum Joduh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan