Aku sendiri yang
memutuskan. Jalan yang panjang
dipendekkan. Hidupku terombang-ambing
setelah bapaku meninggal semasa aku berusia lapan tahun. Aku jadi rebutan keluarga abah dan emak. Walaupun begitu aku masih tinggal dengan
mak. Jesteru itu aku lebih kenal emak
daripada bapaku.
Persekolahanku sampai
tingkatan tiga saja. Aku gagal dalam
peperiksaam SRP. Aku membuat keputusan
tidak mahu mengulang tingkatan tiga. Motivasi
pada masa itu amat rendah. Semua
keluarga tidak melarang kehendakku. Aku
setuju bahawa diriku tergolong dalam kanak-kanak pintar. Bayangkan sahaja, aku berada dalam kelas A
daripada lima kelas. Kenapa aku gagal?
Aku tersenyum menonton
cerita Pak Belalang. Isteri dan
anak-anakku ketawa berdekah-dekah.
Ceritanya mengukirkan ketawa dan senyuman walaupun beberapa kali
menontonnya. Rupa-rupanya bapa belalang
berada di rumah. Bapa belalang mempunyai
seorang isteri dan lima orang anak.
Anak-anak belalang bersekolah tinggi hingga ke universiti. Bapa belalang tidah mahu nasibnya dijejaki
oleh anak-anak.
Aku adalah bapa
belalang. Setiap hari aku mencari
belalang dan menjualnya di pekan. Aku
terpaksa memilih kawan kerana tidak mahu merosakkan kawan-kawan yang mahu
belajar. Oleh itu, kawan-kawanku terdiri
daripada budak-budak nakal yang tidak mahu sekolah. Bukan semua belalang mempunyai nilai yang
sama. Ada belalang yang laku dan ada
juga yang tidak laku. Tapi hitung
panjang belalang berharga antara dua hingga lima sen. Tiap-tiap hari aku dapat mengumpulkan antara tiga
hingga empat ringgit.
Tapi usiaku bertambah tahun
demi tahun. Patutkan aku dipanggil bapak
belalang? Patutkah aku dipanggil Md Nor
belalang? Tiga empat ringgit tak
cukup. Aku hendak pakai baju dan seluar
yang mahal. Aku nak beri emak duit. Aku nak sekolahkan adikku. Aku buntu memikirkan nasib yang tidak
menyembelahIku. Mana orang nak pakai
orang tamat darjah enam? Aku membuat
keputusan menjadi perantawan.
Tekadku dah bulat. Kebetulan emak saudaraku tinggal di
sana. Buat sementara waku,
segala-galanya percuma. Kalau aku dah
bernyawa, boleh aku tinggal bersama budak bujang di sebelah rumah. Mula-mula aku ditugaskan memikul batang paip
dari tingkat bawah hinggalah tingkat sepuluh.
Kerja ini tak sama dengan menangkap belalang. Macam nak mati dibuatnya. Air kosong sentiasa bergantung pada leher
menghilangkan penat lelah.
Waktu rehat, kami makan nasi
bungkus setelah ditolak upah kami. Kami
terbaring kepenatan sementara menunggukan nasi bungkus dan air sirap. Tiap-tiap hari bekerja kecuali hari minggu. Tiga bulan aku menempuhi kerja tersebut. Rupa-rupanya aku diperhatikan
kawan-kawan. Mereka mengajak aku
berkerja memasang paip automatik kebakaran.
Gajinya dua atau tiga kali ganda memikul paip. Aku jadi pengikut atau pembantu saja. Kerjaaku memotong paip mengikut skil yang
diberikan. Hujung dan pangkal paip mesti
dibuat bebenang.
Aku dimaki dan diherdik oleh
ketuaku apabila tersalah ukuran. Aku
terima saja sebab itulah rezekiku.
Takkan kerjaku memotong paip sahaja.
Kemahiranku tak bertambah walaupun aku telah bekerja hampir
setahun. Pada waktu makan tengah hari,
kawanku suruh aku membaca pelan bangunan.
Aku tergagap membacanya. Walaupun
agak lambat, tetapi aku dapat membacanya dengan betul. Sejak hari itu, ketuaku mengarahkanku dan dia
berpecah kerja.
Ketuaku telah lima paip
kebakaran dipasangnya. Aku masih terkial-kial memasang satu paip. Ketuaku
senyum melihat telatahku. Aku tak tahu
apa yang disenyumkan. Entah-entah upah
harianku dipotong macam cerita Ali Baba Bujang Lapuk. Sebulan agaknya aku mendapat kemahiran. Upah aku telah dibayar RM 16 sehari. Aku terasa cukup lumayan dari menangkap
belalang.
Hatiku mula sayu setiap
hari. Aku terkenangkan emak dan adik
lelakiku. Bila aku balik kampung, semua
orang memanggil aku orang kaya baru.
Mereka tak tanyapun tentang diriku menjadi perantawan. Pakai baju kerja yang comot di sana
sini. Kedua-dua tanganku berminyak. Makan tak tentu arah. Berkerja enam hari seminggu. Kadang-kadang berkerja lebih masa pada hari
Ahad. Hati ini menangis di puncak
bangunan. Masa dan hari tidak dipeduli
lagi. Hari jumaat bekerja. Hari Raya
bekerja. Hari Merdeka bekerja. Akhirnya aku mengambil keputusan pulang ke
kampung dan berkahwinan degan gadis pilihan emak. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
MD NOR BELALANG
Bukit Mor
Johor
1. Kampungku - Rosiah Chik
2. Nasib Diriku - S Hamid
3, Dunia Sepintas Lalu - A
Rahman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan