Kenapa tenguk saja kuih abuk-abuk tu? Tak sedap tekak
lagi ke? Mungkin selera Madinah dan
Mekah masih ada? Penat abang bawa dari
Sumatera. Kuih ini dia buat sendiri
sebagai buah tangan menziarahi awak pulang dari ibadat Ummrah.
Isteriku menggonolkan kepala lagi. ‘ Kuih tak makanpun? Eh kenapa awak menangis bang? Awak masih teringat Kota Madinah dan Mekah ke? Tak baik menangis depan razeki. Nanti batuk pulak. Bila batuk nanti susah nak reda. Terkokol-kokol dan tegang urat perut
dibuatnya’.
Aku merenung kuih abuk-abuk dalam piring. Habuk dan debu di Kota Mekah sedikitpun tidak
melunturkan perasaan kami ke Masjid Haram Mukaramah setiap waktu untuk
menunaikan ibadah sembahyang setiap waktu.
Memang jauh kurasakan jika dibandingkan dengan hotel tahun lepas. Aku membulatkan tekad bersembahyang jumaah
setiap kali waktu.
Abang masih memanggil aku adik, walaupun usia aku sedang
merangkak enam puluh tahun. Apa yang
mengikat aku dan abang masih tiada kepastian.
Abang dan aku tiada kaitan langsung walaupun sebesar kuman. Dia sanggup menziarahku dalam Laut Selat
Melaka terbentang luas. Dia sanggup
meminjam wang daripada adik isterinya untuk berjumpaku.
Aku tak mengerti feel abang. Apa yang dia lihat pada diriku. Adakah dia ingin menumpang kasih kepadaku? Adakah perhubungan kami diikat dengan kasih
sayang yang tidak boleh terurai lagi. Apa ada kasih sayang? Kasih sayang sahaja tidak dapat mengalas
perut lapar. Kasih sayang sahaja
menyebabkan kta tercicir kebelakang dalam zaman kebendaan.
Aku merenung kuih abuk-abuk dalam piring. Kuihnya comel berbungkus daun pisang. Ada bezanya kuih abuk-abuk emak buat dengan
abang buat. Kuih emak berlipat daun
pisang. Kuih abang tersemat lidi
menyebabkan bungkusannya tidak terbuka.
Rasanya hampir sama kerana bahannya terdiri daripada sagu gendang, kelapa
muda yang dikukur sendrii dan gula Melaka tulin. Adakah lidinya menyematkan kasih sayang aku
dan abang?
Jam 8 pagi abang dan keluarga telah berkemas untuk pulang
ke destinasinya. Abang mesti ingat
Bandar Muar sampai bila-bila. Bila tenguk
Bandar Muar yang sedang tumbuh, pandanglah aku yang hauskan kasih sayang
abang. Aku sempat menjamu abang
sekeluarga sate ayam, lontong dan kopi Muar.
Biar abang mengulang lagi Muar dalam jangka masa yang terdekat dengan
sate, lontong dan kopi Muar.
Abang merangkak dengan bas ke Pontian. Sampai di Kukup, abang menghantar SMS untuk
meneruskan perjalanan ke Sumatera. Aku
membayangkan abang dalam feri terdengkut-dengkut mencari tempat duduk. Air mata mengalir jernih kerana hatiku telah
dicuri oleh abang, manakala hatinya terus dibawa lari ke Sumetera.,
MANJAF
JOHOR
LAGU-LAGU CADANGAN
A KARIM - Cahaya
Di Bulan
P RAMLEE & NORMADIAH - Resam Dunia
AHMAD JAIS - Mengalir
Air Mata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan