Radio Klasik memainkan potongan filem Nujum Pak Belalang. Satu – banyak-banyak. Dua – sikit-sikit. Tiga – jarang-jarang. Empat – kadang-kadang. Aku memberikan jawapan yang sama tanpa
berbelah bahagi setiap kali slot itu ke udara.
Mana tak kalau soalan yang sama ditanyakan kepada pendengar-pendengar. Soalan-soalan itu adalah ceritaku. Cerita yang ada tiga watak utama yang
menjalinkan kehidupanku yang sentiasa dirundung malang. Setiap episodnya mengetuk pintu hatiku
bergelora digamit oleh mimpi yang tak sudah-sudah.
Kemiskinan keluarga dan motivasi diri yang rendah
menyebabkan aku bersekolah setakat darjah enam sahaja. Dalam usia yang terlalu muda, aku telah
menjadi buruh kasar mencari duit perbelanjaan keluarga. Pendapatan aku bekerja kampung hanya secukup
hidup sahaja. Kalau nak lebih sedikit,
aku mesti memberanikan diri menjadi perantauan.
Oleh itu tekadku sudah bulat ke Singapura mencari rezeki. Faktor umur yang sentiasa meningkat setiap
tahun menjadi faktor pendesak aku ke sana.
Kalau dah duduk lama di sana, tercampak di mana sahaja aku takkan
sesat. Aku mungkin terkial sedikit
kerana perubahan demi perubahan berlaku di sana. Joduh aku bertemu di sana agaknya setelah
usiaku mencapai lebih tiga puluh tahun.
Tapi dia berasal dari negara Hang Tuah.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Suami mana yang tak sayang isteri.
Rupa-rupanya rumahtangga kami terkena juga gelombang Tanjung Katong. Berselerak pasir-pasir pantai yang menarik
pengunjung datang ke sana pada hujung-hujung minggu. Rumah-rumah pasir yang kami bina turut roboh
dan meninggalkan anak lelaki yang kini sudah berumur 30an.
Perkataan serik tidak ada.
Semut tetap mengerumuni gula.
Perkahwinan tetap dinanti-nantikan oleh setiap seorang lelaki. Orang lelaki mahukan pakaiannya dijaga. Makanannya terhidang. Boleh berbual-bual pada
masa lapang. Rumah mereka teratur. Kadang-kadang pula boleh bermanja dan
mencurahkan perasaan apabila masalah yang tidak diundang menyebabkan aku
termenung seorang diri. Aku dan isteri
sama-sama bertungkus-lumus menambahkan rezeki sekeluarga di samping emak
tersayang. Senyuman emak yang menumpang
kami tidak berpanjangan. Dia dijemput
Allah kembali kepadanya. Aku seperti
orang hilang akal kerana emak satu-satunya tempat aku bermanja setelah ayahku
pergi.
Kehidupan mesti diteruskan.
Patah sayap tidak memberikan kesan kepada kami terbang berlegar di dunia
yang mementaskan sandiwara manusia. Kami
dianugerahkan Allah dengan seorang puteri.
Segala yang kami rasakan sekarang adalah berkat ketekunanku semasa di
Singapura. Setelah edahnya masak, maka
saya telah dianugerahkan wang simpanan pekerja semasa bekerja di Singapura. Wang tersebut membolehkan aku membina rumah,
membeli kereta dan sebidang kebun. Aku
tersenyum sendirian mengingatkan lagu kanak-kanak semasa dulu. Ulat bulu panjat durian, kalah dahulu menang
kemudian.
Kegelojohan kami mencari rezeki menyebabkan isteriku selalu
mendapat penyakit. Aku terpaksa
menghantarnya ke klinik dan hospital. Penyakitnya tidak dapat dikesan. Aku menjadi rimas dan tak keruan. Kadang-kadang aku bercakap seorang diri. Kadang-kadang aku menjadi pelupa. Hari ini aku faham orang cakap. Esok aku bertanya lagi dan sentiasa
ketinggalan bas atau keretapi. Otakku
tak sama komputer burukku yang masih kuat dengan memorinya. Angin Ledang menjilat tubuhku menjadi gigil
dan seram sejuk. Aku dikhabarkan oleh
pihak hospital bahawa isteriku telah pergi buat selama-lamanya. Aku redha apa yang terjadi. Dunia telah kiamat. Ingatanku bertambah parah. Aku telah menjadi lelaki yang tidak
berteman. Segala-galanya diuruskan
sendiri seperti kata Dato M Daud Kilau.
Adik-beradik dan saudara-mara menjatuhkan hukuman ke atasku
dan anak perempuan. Seranah mereka macam
orang tidak beriman. Suami mana yang
suka isterinya meninggal dunia? Suami
mana yang suka berdiam diri dan bercakap dengan dinding? Aku cuba
menyesesuaikan diri beberapa tahun. Aku
campakkan perkataan berumahtangga di Hutan Gunung Ledang. Aku takut rumahtanggaku bergelora diserang
tsunami Sungai Muar. Dijauhkan malikat
44. Aku boleh berdoa sahaja. Aku tak lupa doa kesejahteraan
rumahtangga. Tapi macam mana kalau
rumahku tidak ada tangga atau perempuan bernama isteri. Aku benar-benar takut. Zaman sekarang pisang boleh berbuah dua
kali. Segala-galanya aku yakin dengan
ketetapan Allah. Allah Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Isteriku yang ketiga
nanti tidak disentap nyawanya. Aku nak
berkawan. Aku nak menumpang teduh. Aku nak berbual-bual. Aku nak mendengar Malar Segar bertemankan
isteriku sebelum masuk tidur.
Doaku diperkenankan Allah.
Takkan nak bina masjid Allah tak izinkan. Satu hari pintu hatiku diketuk Allah. Bunyinya tidak didengar oleh rakan-rakan
Radio Klasik. Aku nak berehat dalam FB. Nanti aku kembali semula. Rakan-rakan membuat teka-teki. Ada yang mengatakan aku nak pergi umrah. Ada yang mengatakan aku nak pergi haji. Ada yang mengatakan aku nak melancong ke luar
negara. Jawapannya hanya aku sahaja yang
tahu. Beritaku ini telah terjawab
sekarang. Doakan kami dipanjangkan umur,
sihat dan sejahtera suami isteri. Mimpi
kami tak sudah-sudah walaupun ketuaan selalu melambai-lambai sehingga terhenti
pada satu ketika.
KUMBANG HITAM (Wak Misran)
Sagil
Ledang
R Ismail - Mas Merah (Diputarkan Dalam Suara Emas R
Ismail)
Ahmad Jais - Jalak Lenteng
R Ismail & S Rose - Seri Berunai (Diputarkan Dalam Suara
Emas R Ismail)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan