April 29, 2013

ANAK BUTA



           Hari itu aku ada temu janji dengan doktor.  Semua tempat duduk penuh walaupun hujan mendesah di luar. Aku membelek-belek angka bertemu doktor.  Masih jauh.  Mungkin satu jam lagi.  Aku menuju ke kantin hospital menghilangkan rasa lapar kerana berpuasa sebelum ambil darah.


          Selepas minum pagi aku kembali semula untuk bertemu doktor.  Mataku mengintai-intai orang yang bertali arus datang ke hospital.  Seorangpun tak kenal.  Nak baca buku tapi terlupa nak bawa.  Mata mengelingas saja memandang orang ramai.  Aku terpaut satu sudut hospital dengan mata merenung dari jauh.

          Makcik yang terdiri agak lama menarik anaknya duduk.  Mataku merayap dari atas ke bawah.  Dia seorang anak muda yang berusia dua puluhan.  Mukanya tunduk menangkap suara yang datang.  Makcik mengisut punggung ke tempat duduk sebelah setelah penghuninya beredar.

          ‘Mana bapanya?‘, aku memulakan perbualan.  ‘ Dah lama meninggal sejak dia dilahirkan‘.  ‘Maaf Makcik kerana ke situ perbualan saya. sambil aku mengesut lagi tempat duduk‘. Kenapa Makcik bawa anak ke hospital? ‘, tanyaku ingin tahu. ‘Dia buta dan pekak bisu. Doktor nak periksa anggota pendengarnya.  Lepas itu baru berjumpa dengan doktor pakar ‘, kata Makcik meminta simpati.

          Aku mengangkat mukanya kerana hendak melihat wajahnya.  ‘Dia tak nampak dik.  Butanya dibawa hingga mati.  Biji matanya kan tinggal putih saja.  Walaupun begitu dia terang hati.  Sekali dua kakak ajar dia dah dapat. ‘Kenapa kakak tak hantar ke sekolah cacat’, tanyaku lagi bila kudapati kakak ingin berkongsi.  Entahlah sambil dia menarik nafas panjang.

          ‘Dulu dia tak macam ini.  Kakak ikut cakap jiran-jiran.  Suruh kakak siram dengan air batu ke badannya semasa dia demam panas.  Bukan sihat tapi penyakit lain yang datang. Kakak terima ketentuan Allah dengan rasa syukur.  Mungkin kakak dan Syukur diuji oleh Allah tahap kesabaran dan keredaan kami.  Bukan semua orang seperti kakak dan Syukur?

          Nomborku belum sampai lagi.  Kakak meneruskan cerita pengalaman hidupnya.  Cerita kakak mestiku panjangkan di rancangan ADILA.  Rintihan kakak mesti didengar dengan telinga dan disimpan dalam hati pendengar-pendengar.  Rupanya ada orang yang lebih susah daripada kita, kalau kesusahan kita dijaja untuk meraih simpati.

          ‘ Doktor ada cakap kalau kakak tak mampu beli alat pendengara, pihak hospital akan menolongnya.  Manalah duit nak makan?  Manalah duit nak biayai perubatan Syukur?  Kakak diam bukan kerana kakak mengalah.  Kalau ada bapa Syukur tentu kesusahan kakak tak macam ini.  Perbulan kami mungkin didengar oleh Syukur.  Tapi Syukur dah lama mati dalam kemiskinan.

          Seronok aku berbual dengan kakak.  Macamlah aku ni Yang Berhormat pula. Aku dapat menyelami hati seorang ibu tunggal.  Selama ini aku jumpa orang-orang buta di kaki lima sambil menyanyi dan memainkan lagu klasik secara intrumental. Nasib aku lagi baik kerana bersua dengan orang cacat di hospital.  Nombor aku di panggil masuk.  Sebelum masuk aku memberikan kakak wang kerana mendengar cerita klasiknya.  Aku sempat meraba mata, telinga, mulut dan anggota badan yang lain. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana aku dilahirkan sempurna daripada Syukur.
         

 AZMAN BIN JAFFAR

S Jibeng      -        Nasib Si Buta
Saloma       -        Hilang Terang Timbul Gelap
P Ramlee    -        Seri Bunian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan