April 29, 2013

PINGGIRAN DAN AMPANG 2



          Aku bukanlah perosak alam.  Aku bukanlah pencabul kedamaian sebuah keluarga.  Impianku hendak menjadikan Ampang sebuah pelabuhan klasik tinggal begitu saja.  Aku khuatir Ampang akan terbenam dalam tanah liat yang berkelodak dengan cinta kami yang tersembunyi dalam hati.

          Kekosongan dalam jiwa baru menggelegak dalam diri.  Rupa-rupanya selama ini aku terlena dalam hidup membujang.  Kemesraan kakitanganku di pejabat  sedikitpun tidak menyedarkan aku kehilangan seorang teman.  Aku leka dengan kerja yang bertimbun-timbun.  Kekosongan dalam jiwa ini benar-benar kurasakan bila aku menapak di alam persaraan yang tidak berapa lama lagi.
          Kurasakan malam yang gelap bertambah pekat.  Dinding-dinding rumah yang membisu sejak dulu lagi akur dengan keadaan lamanya.  Televisyen telah lama tersadai dan tidak pernahku buka menyuramkan lagi dalam rumah. Hanya Radio Klasik Nasional sahaja yang bernyawa dengan gelagat DJ yang tak putus-putus  dari pagi hingga ke malam.  DJ tak faham aku tinggal di rumah seorang diri.  Aku tiada isteri dan anak-anak.  Siapakah teman aku bercakap dalam rumah yang terpegun  besar?
          Hanya DJ saja temanku bercakap seorang diri.  Kadang-kadang aku marah juga DJ yang megelolakan sesuatu rancangan MKI dan ADILA.  Cakap dan ideaku tak diindahkan langung.  Aku membebel seorang diri.  Hatiku terasa sejuk bila DJ berpantun pula dengan maksud yang dalam.  Perbuatan DJ ini membuatkan aku mengelamun seorang diri.  Tiba-tiba aku terjaga dari mimpi bila DJ meyampaikan lagu-lagu permintaan sambil menyanyikan sebaris lagu,   Perasaanku berbuai dengan alunan pop yea-yea. Yabf taiada kesudahannya.
Apa pun aku mengucapkan terima kasih kepada DJ yang mengalpakan aku buat sementara waktu.  Keseorang diri di negeri orang membuatkan aku terkenangkan kampung halaman yang telah aku tinggalkan sejak ibu bapaku meninggal dunia.  Tidak ada sesiapa lagi yang melambai aku pulang ke negeriku.  Tapak rumah peninggalan bapaku mungkin telah ditumbuhi  hutan belantara.  Rumah yang ada mungkin tinggal tiang-tiang yang dijalari pokok-pokok liar.
Persoalan-persoalan hidup tentang mati datang menerjahku pula.  Aku yang bingung bertambah cerca-merbau.  Aku tak boleh tinggal di rumah seorang diri.  Kalau aku sakit siapa nak jaga?  Takkan aku hendak duduk lama di rumah sakit?  Kalau begitu baik aku berpindah ke rumah sakit.  Tak payah bayar sewa.  Makan percuma dan tak payah masak dan basuh pakaian.  Tapi kalau aku mati seorang diri di rumah macam mana?  Mayatku berhari-hari di rumah.  Bila orang ramai terhidu bau busuk baru orang kebumikan aku.  Kalau begitu baik aku pulang ke kampungku.  Baik aku pulang ke negeriku. Aku jual segala-galanya yang ada untuk memulakan kehidupan baru.
Kehidupan selepas bersara memang sunyi.  Maklumlah dah tua.  Lebih-lrbih lagi tak ada anak-anak dan isteri.  Kesunyian ini menyebabkan aku menangis seorang diri.  Kadang-kadang tak tahu nak buat apa-apa.  Tidur salah.  Selera makan hilang.  Buat ini salah.  Buat itu salah.  Semua hidup serba salah.  Begitulah agaknya orang yang sudah berpencen dan tidak ditemani oleh isteri, anak-anak dan cucu-cucu. 
Perasaan ini hanya aku curahkan kepada ADILA.  Aku terpaksa lupakan Ampang.  Aku mesti menghabiskan sisa umurku di kampung atau di negeriku.  Aku mesti tinggalkan Kota Samarahan yang sentiasa menggamit kenangan.  Dalam perjalanan ini mampukah aku berjumpa dengan sekuntum mawar yang mengeluarkan haruman setanggi kasturi?  Biarlah aku berhenti sejenak menghidu keharumannya.  Selepas itu aku meneruskan perjalanan hidup yang tidak tahu noktahnya.

PINGGIRAN CINTA
Kota Samarah Sarawak

P Ramlee              -        Nak Dara Rindu
Kartina Dahati     -        Sejak Kita Berpisah
Ernie Johan          -        Rato’ Denai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan