Jamnah menerpa memori
tuaku. Perca-perca kenangan di
selerakkan. Aku mengutip dan
mencantunnya menjadi satu kenangan yang telah berusia setengah abad. Kedatangan Jamnah tidak pernahku undang. Tapi aku pernah berjumpa dengan Jamnah semasa
aku belum bersekolah lagi. Ibuku sengaja
membiarkan aku berkawan dengan Jamnah semasa dia belajar agama dengan Pak Imam. Perbezaan umur aku dengan Jamnah ibarat
bumi dengan langit. Gadis berumur dua
puluhan itu berambut pendek macam lelaki.
Jalannya terdengkut-dengkut kerana cacat. Baju yang dipakainya mungkin seminggu dua
baru bersalin. Justeru itu bau busuk dan
hapak meloyakan panca indera.
Ibu sentiasa mengingatkan aku. Jamnah anak sulung daripada tiga
beradik. Ayahnya telah lama meninggal
dunia. Segala beban hidup ditanggung
oleh ibunya dengan membasuh kain di rumah orang. Makan Jamnah bergantung pada duit. Kadang-kadang Jamnah tak makan apa-apa. Sebab itu badan Jamnah kurus kering. Emak Jamnah tidak pernah bercerita pada orang
lain. Segala kesusahan ditanggung
sendiri menurut pesanan suaminya.
Jamnah selalu naik angin.
Bukan marah dengan sesiapa yaqng mengusiknya. Mak dan adik-adiknya tak berdaya meleraikan
keganasan Jamnah. Jamnah jadi kuat dan
ganas. Macam ada makhluk lain
bersama-samanya meronta, memukul, menendang dan megigit orang ramai yang cuba meredakan keadaan. Yang paling dahsyat sekali apabila Jamnah
mengoyak-ngoyakkan dan membuka baju yang
dipakainya di khalayak ramai.
Aku tetap mencari Jamnah apabila ibuku belajar
agama. Jamnah yang biasanya berada di
bawah rumah tiada semasa itu. Kalau ada
tentu Jamnah mempelawa aku main teng-teng, batu seremban dan masak-masak. Rupa-rupanya Jamnah berada di atas
rumah. Jamnah buat fiil lagi pada minggu
lepas. Ibunya kurung Jamnah dalam
kurungan yang dibuat khas. Pinggan dan
cawan yang telah kosong bersepah dalam kurungan. Jamnah duduk terkangkang sambil memeluk
kepalanya. Jamnah merenungku kesedihan
apabila aku merapati kandangnya.
Aku merenung Jamnah dan keluarganya semasa hari
tuaku. Kenapakah nasib Jamnah jadi
begitu? Segala-galanya berpusat kepada
kemiskinan hidup. Nak makan pun tak
cukup, bagaiman pula nak biayai perubatan Jamnah. Mak Jamnah tak kenalpun Tampoi dan Tanjung
Rambutan. Mereka terima suratan Illahi
sebagai takdir dan sepadan dengan kemampuan diri mereka. Mereka reda dan cuba berusaha seadanya. Dulu memang tak pernah dengar Orang kurang
Upaya. Siapakah yang memperjuangkan
nasib Jamnah?
Jamnah tidak menangis lagi. Air matanya sudah kering. Segala penderitaan adalah pakaiannya setiap
hari. Gadis-gadis sebaya dengannya
mungkin sudah berkahwin dan beranak. Aku
merapati Jamnah yang sedang membelek-belek jarinya. Kuku tangannya yang panjang dan hitam
menjijikkan orang yang mengelilinginya.
Apa yang dikira Jamnah tiada seorang yang tahu. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul. Teka-teki Jamnah baru dapatku teka apabila umur tuaku merangkak
tiba. Jamnah tidak mahu menyusahkan emak
dan adik-beradiknya. Keadaan dirinya
tidak ketentuan sepanjang hidupnya. Jari
jemarinya asyik menghitung hidup dan mati.
Sesungguhnya mati itu benar dan janganlah kita takut pada mati. Sesuatu yang hidup itu mesti merasakan
kematian akan menjemputnya suatu hari kelak.
SESEJUK EMBUN
Johor Baharu
R AZMI _ Rindu
Kalbu
AHMAD JAIS _ Rebutan
Aceh (Pernah diputarkan DjHariss) ATAU Seri
Banang
A RAMLEE _ Pepatah Pujangga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan