Siapa tak sedih kalau Taj Mahal
menjadi satu harapan yang berkecai. Aku
berjanji hendak membangunkan Taj Mahal sebagai lambang percintaan kami. Tak salah kalau Taj Mahalku didirikan di
Malaysia sahaja. Selagi Allah memberikan
aku kudrat, aku tetap merenangi lautan cinta yang tidak bertepi dalam membina
Taj Mahalku. Taj Mahal tetapku bangunkan walaupun secara ilusi. Biarlah aku keseorangan saja yang membina Taj
Mahal. Taj Mahal bukan sahaja berdiri megah di India. Taj Mahal yang aku bina di Malaysia ini, akan
sentiasa menggamit kenanganku tanpa siapa yang tahu.
Kasih sayangku tiba-tiba layu dalam
jambangan. Meskipun air dan bajanya
cukup kujaga supaya ianya menghijau sepanjang masa. Tapi takdir menentukan segala-galannya. Isteriku hanya terlentang di katil
bersandarkan nyawa yang masih ada lagi. Kesakitannya melupakan kasih sayang
yang kuberikan selama ini. Dia tidak
mampu berbuat apa-apa lagi.
Percakapannya mengulum ke dalam.
Matanya sentiasa merenungku tajam.
Kadang-kadang air matanya mengalir berlenang. Aku mengusap-ngusap kepalanya sambil mencium
dahinya.
Aku terus mengambil tindakan melulu. Tak
perlu berbincang dengan sesiapa. Kasih sayang membuka pintu hatiku mengambil
opsyen. Aku mengambil opsyen, walaupun
masa bertugasku masih tingga lima tahun lagi. Tak kan aku sentiasa lambat pergi
kerja setiap hari. Tak kan aku sentiasa
memberikan alasan kepada bos bahawa isteriku sakit. Tak kan isteriku berada di
hospital tanpa teman. Macam mana dia nak
makan, mandi, buang air dan bersalin pakaian?
Kudratnya telah hilang. Dia perlu
orang menolongnya. Dia perlukan seorang
lelaki yang bernana suami. Sakitnya tak
pulih atau tanda-tanda nak pulih. Aku terus meletakkan surat opsyen di meja
pejabat.
Langkahku mula panjang. Penumpuan kepada isteriku, macam-macam dapat aku
lakukan. Macam-macam yang aku buat bagi
meredakan kesakitan isterinya. Mulutku
tak lupa mengajarnya mengucap, menyebutkan Allah, Alhamdulilah dan Allah
Akbar. Keadaan nafasnya yang
tercungap-cungap menyebabkan kadangkala aku tergamam dan tersasul. Air mata seorang lelaki bergelar suami,
keluar dengan deras menemai pemergian isteriku yang entah bila-bila. Kesakitaan
yang amat sangat menyebabkan isteriku menutup matanya. Aku memeluk isteriku dengan membisikan
kalimah sahdat dengan air mata yang tidak melepaskan dia pergi.
Makan minumku jadi tak menentu. Kadang-kadang aku mandi ala kadar sahaja. Baju yang aku pakai dah tahap lusuh dan kusut
masai. Aku ingin bersama-sama isteriku
setiap masa. Segala-galanya tidak
memberi makna kepadaku lagi. Aku takut tertidur. Aku takut tak jumpa. Aku takut segala-segalanya bila aku
kehilangan isteri. Bukan aku merasakan
kehilangan? Aku takut dengan sumpah
setiaku semasa dia dan aku semasa memadu kasih.
Aku terus menerpa isteriku setiap kali masuk ke wadnya. Kulihat matanya tidak berkelip-kelip melihat
syiling hospital. Aku tak mengerti apa yang
dilihatnya. Tidur tidak lagi menjadi
rutinnya. Memungkin dia hendak berjaga
sepanjang hari sebelum ia menutup mata selama-lamanya. Aku mengikut sahaja gelagat isteriku yang
sama-sama tak tidur. Kesannya, berat
badanku susut dengan mengejut kerana tempis sakit isteriku.
Kiamat kecil benar-benarku rasakan
semasa isteriku menghembus nafas terakhir.
Aku amat terasa tidak lagi tinggal di hospital berbulan-bulan. Aku kehilangan jururawat-jururawat yang
sentiasa menolongku dan melemparkan senyuman.
Aku tidak lagi menghabiskan nasi hospital yang diberikan kepada
isteriku. Aku kehilangan orang sebelah
katil isteriku semasa aku ke bilil air dan sembahyang. Semuanya telah hilang sekelip mata dibawa
bersama oleh isteriku ke dalam kubur.
Tercungap-cungap aku melayani kenangan yang datang tidak menentu dalam
fikiranku. Aku reda pemergiannya, tapi
aku adalah manusia biasa yang tidak tahan menerima ujian daripada Allah. Lekas-lekas aku berisytifar memohon doa untuk
mengembalilan diriku seperti ada isteriku dulu.
Setiap kali sembahyang aku terus
memanjatkan doa kepada isteriku.
Kadang-kadang aku jadi pelupa mendoakan diriku yang akan hidup beberapa tahun
lagi. Orang mungkin mengatakan aku
gila. Sejadah yang telahku lipat
dibentang semula untuk berdoa diriku sendiri yang tinggal keseorangan. Rutin
hidupku telah terbentuk dengan sendiri tanpa perancangan. Makan tengah hari dan malam bila terasa peutku
lapar. Basuh pakaian kotor seminggu
sekali. Lebih banyak duduk di rumah
daripada keluar berjumpa sahabat dan urusan rumah. Aku tah mula jadi orang bisu. Tak pandai tegur sahabat dan orang-orang yang
kukenali. Mungkin orang kata aku sombong. Mungkin orang kata emosiku terganggu. Mungkin orang kata aku dah mula buang tabiat.
Kawan-kawan rapatku mungkin terasa perubahan sikapku.
Sebenarnya aku lebih suka duduk di
rumah. Aku terasa aruah isteriku masih
ada. Aku menolongnya buat kerja
rumah. Sambil menyiapkan kerja, kami
bergurau-senda menghilangkan rasa sunyi ditinggalkan oleh anak-anak yang mencari
rezeki di negeri orang. Isteriku tetap
ada di mana-mana. Dia sentiasa berada di
dapur, di bilik dan di dewan rumah. Tapi
dia diam sahaja tidak bercakap apapun.
Tiap-tiap hari dia bertelekung ke sana sini. Dia masih menyediakan aku sarapan, makanan
tengah hari dan makan malam di bawah tudung saji. Bila aku membuka tudung saji, semuanya
kosong. Bila aku merapatinya untuk
bertanya, dia tiada di sisiku. Aku
dikhabar sahabat baikku bahawa dia telah mati.
Tapi dia sentiasa bersamaku setiap detik. Kawan-kawan cuba merasinalkan aku bahawa dia
telah meninggal dunia. Segala-galanya
yang bermain di matkaku hanya mimpi sahaja.
Aku tak tahu lagi nak lakukan kepada
isteriku. Tiap-tiap pagi, aku bersila di
atas kubur membacakan Yasin dan Tahlil.
Tidak pernah aku tidak datang walaupun hari hujan seperti sekarang. Selagi aku hidup, aku tetap berdoa dan
berjumpa dengan isteriku.
Bayang-bayangnya sungguh bererti aku meneruskan hidup. Sayapnya telah hilang, Tapi masih lagi aku terbang menggamit
kenangan.
RAHISMA
KUALA LUMPUR
Lagu iringan
Terbiar Keseorangan - Ahmad
Jais
Mas Merah - R Ismail
Tak Seindah Bunga - P Ramlee dan Saloma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan