Dirgahayu Radio Klasik.
Sememangnya Radio Klasik, Menggamit Kenangan sehingga kita senyum,
ketawa dan menangis sendiri. Terima
kasih kepada Honey Vocation yang hanya membawa dua orang sahaja terbang ke
Kashmir. Ingatkan macam aku pergi haji dan umrah dulu. Penuh jemaah sahaja dalam kapal terbang. Selalunya
Rancangan MKI ditunggu-tunggu oleh adik-adik yang diulit kenangan. Rancangan Malar Segar pula membuai mimpi,
orang yang sebayaku bergolek di atas katil sebelum mata tertutup rapat. Rancangan Lagu-lagu Irama Nostalgia jam
sebelas pagi pula membara orang-orang lama bersemangat muda. Tak payah makan
sebarang jamu. Segala-galanya
mengembalikan orang tua menjadi muda.
Amboi DIVA.
Aku berjinak-jinak dengan Radio Klasik semasa aku
menghabiskan kerja pejabat di rumah. Dengar Malar Segar bertemankan burung
hantu. Dah jadi penyakit. Dah jadi
gian. Dah jadi orang yang berlumba-lumba
cepat nak pulang ke rumah. Bukan apa, nak dengar Radio Klasik yang
sentiasa menggamit kenanganku semasa muda.
Kesian juga aku melihat radio bimbitku.
Pergi dewan rumah bimbit. Pergi
ruang dapur bimbit. Nasib baiklah
radioku tidak meragam rosak walaupun bercakap seorang diri dua puluh empat jam.
Betulah tu kata Senyum Selalu.
Tak salah
kalau aku hendak mengucapkan terima kasih kepada orang yang mengilhamkan Radio
Klasik. Aku berharap Radio Klasik
bertahan lama dan betul-betul bersifat klasik.
Barang tulin mana nak samakan barang palsu. Bukankah Radio Klasik akan menjadi bahan
sejarah penyiaran Negara? Sepuluh atau
lima puluh tahun lagi, orang akan bercakap Radio Klasik. Masa itu kita akan berlenang air mata. Dah tua terbongkok-bongkok. Tak payah lagi
menangis dalam kereta. Sabar sahajalah
sahabatku dari Trengganu mendengar coletehku kerana aku ni juga Kecil-kecil
Cili Padi.
Kak Ton,
Senah dan Pak Maon menyergah aku dalam lamunan.
Aku terlatah tidak sengaja.
Kaluttttttt. Pak Maon senyum
sahaja sambil Kak Ton mencucuk-cucuk rusukku.
Kau datang lagi menggeletek aku selepas bulan puasa ni. Memang pandai Kak Ton mencari kaki. Leha pun nak mengikut sama nak berjumpa
Penyampai-penyampai Radio Klasik. Tahan
tak masak menyediakan juadah berbuka puasa.
Pada hal dia yang menyidir atau bertanya Kak Ton yang mula tersampuk
penyakit kaluttttt. Tak apalah Kak Ton
kalau nak jumpa Si Penjual Suara. Nanti
meliur anak yang baru dilahirkan.
Aku orang
baik semasa bertugas. Tak pernah dengar
Radio Klasik dalam bilik. Dengar ADILApun
dalam kereta sahaja semasa balik dari pejabat. Maklumlah baru kahwin dengan nak
dara jelita yang bernama Radio Klasik. Kadang-kadang isteriku terpaksa
membunyikan hon kereta semasa aku duduk di dapur. Khayal mendengar Radio Klasik. Aku terus bergegas keluar dengan menggulung
kain pelikat membuka pintu rumah. Aku
ingat kuman hanya di Angkasapuri sahaja menyebabkan setengah orang berkurung
diri di dapur. Rupa-rupanya kuman telah
merebak dan menjangkit aku tanpa siapa yang sangka. Tak salah aku berkongsi coretan kerana
Ceritamu Adalah Ceritaku.
Tiba-tiba
aku tersenyum sendiri lagi bila mengingatkan Rancangan Karaoke Klasik yang
tinggal aruah. Pecah perut dibuatnya
dengan telatah pemanggil-pemanggil jauh dan dekat. Pemanggil yang baik suaranya tu tetap baik
dan mungkin penyanyi asalnya pun tak boleh cari makan. Nasib baik cikgu Rosli tak tersentak macam
Allahyarham Ahmad Nisfu. Benda yang tidak baik dikatakan bagus, kata
Allahyarham Kemat Hassan. Ada yang terbabas masuk semak. Ada yang syok sendiri di bilik air. Ada yang hilang senikata dan buat senikata
sendiri. Ada yang mencari-cari muziknya
yang tidak kedengaran. Terpaksalah DJ
pula syok sendiri menyanyi terlalak-lalak.
Tapi sungguh terhibur penonton. ‘
Kalau tak percaya, belah dada lihat hati.
Sumpah? ‘, macam kata Allahyarham P Ramlee. Segala-galanya tidak pernahku komen. Biarlah Senang Di Hati selagi nyawa dikandung
badan.
Aku melihat
kekuatan Radio Klasik kerana DJnya bersifat mesra penonton. DJ-DJnya macam ibu-bapa yang suka melayan
anak-anak kecil. SMS penonton
dibaca. FB penonton dibalas. Telefon penonton dijawab, walaupun keluh-kesah
DJ hendak memberhentikan perbualan untuk memberi laluan kepada orang lain. Sekali lagi aku tersentak dari lamunan. Nama-nama pemanggil yang kukenal suaranya di
udara. Macam kata Pak Aziz Satar dalam
filem Seniman Bujang Lapok, terhadap Allahyarham Ahmad Nisfu. Antara yang masih menjadi ingatanku hari ini
ialah abang Yem. Suaranya sungguh klasik
dan payah orang menirunya. Suaramya
sungguh merisik khabar. Itulah identiti abang Yem pada tengah malam yang sedang
bekerja. Ada juga pendengar wanita yang
baru balik berniaga malam terus talefon bercakap dengan DJ yang bertugas. Dah penat-penat pun masih pandai buat madah
berhelah lagi. Betul juga kata
Suhaila. Dengar, Jangan Tak Dengar.
Syabas semua
yang menjayakan Radio Klasik. Memang tak
menang tangan menjayakan Radio Klasik sehingga stesen radio ini menjadi stesen
nombor satu Radio Malaysia. Kami faham keluh-kesah
DJ sekeliaan. Anda juga aku umpamakan sebatang
lilin yang sedang menyala. Anda mencairkan diri untuk menerangi orang
lain. Pengorbanan anda semua selaras
dengan pengajaran Hari Raya Korban yang tersurat mahupun yang
tersirat. Sebaliknya DJ juga manusia biasa yang tidak lari dari masalah nakal
yang sentiasa mengusik-ngusik kehidupan kelian.
Teruskan tugasmu tanpa jemu. Kepada
DJ yang belum ada nama timangan, nimpi-nimpikan nama yang terindah supaya
namamu sentiasa terukir di bibirku. Sesungguhnya, aku sentiasa menyokongmu
seperti kata bidalan Melayu, memapah tak jatuh dan menyelar terus berjalan. Dirgahayu Radio Klasik.
AZIZI AKMAL BIN ABDULLAH
JOHOR
Kamsani - Kenangan
Lama
Jasni - Nak
Dara Jelita
Ahmad Jais - Rindu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan