Aku terjaga dari tidur. Jam tanganku menunjukkan jam 2.49 pagi. Aku terpinga-pinga bila terpisat tidur. Kenapa aku terjaga? Seolah-olah aku
dikejutkan oleh orang? Nak tidur tadi,
aku telahpun membaca empat surah Kul, fatiha dan mengucap dua kalimat syahdat. Khuatir juga mati dalam tidur seperti
sahabatku. Fikiranku melayang-layang
mengingatkan peristiwa lama dengan isteriku tanpa diduga. Aku mengambil pena dan kertas. Tintaku
menari-nari di atas kertas mendrafkan sebuah nyanyian lama untuk jadi ingatanku,
pedoman dan pengajaran kepada insan yang lain.
Isteriku mengidap sakit
lumpuh tanpa diduga. Sakitnya
menyebabkan pergerakan anggotanya terbatas dari kebiasaan. Dia menanggung penderitaan selama dua tahun
setelah aku berusaha mendapatkan rawatan perkhidmatan doktor dan perubatan
tradisional. Sejak dia berada di rumah
sakit, mandi, memakai pakaian dan makan terpaksa diuruskan aku sendiri. Aku belajar menjadi suami yang
bertanggubngjawab. Berilah aku peluang
menzahirkan kasih sayang menjaganya sehingga akhir hayat. Segala yangku zahirkan ini bukannya kelohan
tetapi kucupan azimatku semasa menerimanya sebagai isteri.
Satu malam, isteriku
bertambah teruk. Aku menghantarnya ke
rumah sakit dan dimasukkan ke CCU. Siang dan malam aku sorang diri. Telefon bimbitku tiada pesanan ringkas dan
orang menelefonku. Mataku menjilat
anak-anak dan menantuku seorang demi seorang dalam fikiran yang tak
menentu. Semuanya telah kutelefon. Mereka telah boleh berdaleh lagi dengan
alasan yang bermacam-macam. Telefon
bimbibitku menjadi saksi. Aku
mengelamaun dengan perasaan yang hampa.
Kenapa anak-anakku tak muncul?
Suami tak dapat cuti ke? Kenapa
menantuku tak datang? Tiada masa ke? Tetapi kenapa boleh pergi pasar raya beberapa
kali dalam seminggu? Entahlah. Mungkin tomahanku tidak betul. Gangguan fikiranku seolah-olah aku sedang
mengumpat. Berdosa besar kalau kita
mengumpat orang.
Memang telah tersurat
nasibku. Siang dan malam sama saja. Isteriku hanya memejamkan mata. Aku pula tidak tidur siang dan malam. Aku terus mengalamun seorang diri melayan
persoalan hidup satu demi satu. Apakah
kesalahan aku dan isteriku? Adakah
anak-anakku telah lupa asal-usul mereka terpancut ke bumi? Soal pendidikan dan agama telah kuajarkan
baik di rumah dan sekolah. Takkanlah
orang yang berpelajaran tinggi hilang segala-galanya bila menerima segulung
ijazah? Segala pertanyaanku tidak
berjawab dan menambahkan kesunyian dalam peperangan isteriku tentang hidup dan
mati.
Sebelum isteriku jatuh
sakit, aku adalah bekas kakitangan kerajaan.
Berbekalkan MCE aku bermuafakat dengan isteriku pencen awal. Matahari yang terbit di sebelah timur telah
menyuluh sumber-sumber pendapatan yang baik daripada sekarang. Aku telah menjadi kontraktor, peniagaan
restoran dan menanam kelapa sawit.
Fikiranku mula bercelaru apabila isteriku jatuh sakit. Persoalan isteri atau perniagaanku sentiasa
merimaskan aku dalam bilik penghawa dingin.
Rupa-rupanya pendingin hawa membantuku dalam membuat keputusan. Perniagaanku terikut sejuk dan membeku. Aku memilih isteri sebagai tajuk utama di
dadaku meneruskan hidup. Perniagaanku
diserahkan kepada abang seperti menjatuhkan talak tiga.
Kesibukan aku menyerahkan
tugas, menyebebkan aku berpesan kepada anak perempuan menjaga ibunya.
Ketika aku sampai
di rumah pada jam 7.00 malam, rumahku kelihatan gelap-gelita.
Jantungku tiba-tiba
berdegup-degap. Aku memberi salam masuk
ke rumah. Salamku dijawab dan lega
perasaanku. Semasa aku mambuka pintu dan
suis lampu, isteriku tercotok di kerusi malas.
Aku membetulkan keadaan isteri sambil menyergah isterinya dengan
bertanyakan anak yang telah diamanahkan menjaganya. Isteriku sedar aku marah dan menjelaskan
bahawa anakku telah datang pada waktu pagi membawa sarapan. Dia terus lesap entah ke mana. Aku menyejukkan hati sambil menanak nasi dan
menggoreng telur untuk makan malam bersama.
Telatah anak perempuanku menyebabkan aku berisytifar dan menarik nafas
panjang beberapa kali.
Esoknya aku menyediakan
sarapan berupa roti kepingan keju. Baru menelan
roti segigit, isteriku terus pengsan.
Aku menjadi penik dan meminta pertolongan jiran. Aku dan jiran telah membawanya ke
hospital. Keadaannya mula sedar dan
badannya sangat lemah. Dia mula meracau
dan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan sesiapa sahaja. Isteriku mungkin mengalami AMAESIA kalau
lambat dibawa ke rumah sakit. Hati mana
yang tidak sedih dan hati mana tidak pilu mendengar perkhabaran doktor.
Semua anak perempuanku
datang ke hospital. Hatiku geram melihat
mereka. Rasa nak cekik-cekik aje. Doktor membenarkan aku membawa isteriku
pulang. Selang seminggu di rumah, dia
pengsan lagi. Dia dimasukkan ke
CCU. Lepas itu dia dipindahkan semula
ICU. Doktor memberitahu aku bahawa
peluangnya 50/50. Aku dah tak tahan lagi
kerana selama isteriku berada di hospital, aku tak tidur siang malam. Aku meminta anakku cuti menjaga ibunya
bergilir-gilir. Aku terkejut bila
anak-anak mengatakan mereka sibuk dan banyak kerja. Aku mengingatkan anak-anakku. Esok jangan menyesal. Air mata darahpun tidak berguna lagi. Mereka tetap dengan keputusan mereka. Aku tinggal keseorangan di rumah sakit. Aku terlelap sebentar dan terasa tanganku
digoyang oleh jururawat. Dia mengatakan
isteriku sedang nazak. Aku mendapat
berita itu seakan-akan sama dengan lamunanku.
Semasa aku membisikkan kalimah ALLAH, ALLAH, ALLAH, dia pergi meninggalkanku. Matanya tidak tertutup rapat. Siapakah orang yang dirinduinya, kalau
pemergiannya tidak dikelilingi oleh anak-anak?
Mungkin pendengar ada jawapannya.
ARMAN RAHMAT
MUAR
JOHOR
R AZMI - AIR MATA KASIH
AHMAD JAIS - USAH
RINDU USAH BENCI
RAFEAH BUANG - DISEBUT
JANGAN DIKENANG JANGAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan