Hari Ibu datang lagi.
Tak payah dijemput. Ia pasti
mengenguk kelender yang tersangkut di dinding. Manusia ingat lupa Hari
Ibu. Tak macam Hari Raya Puasa dan
Haji. Poterit ibu telahku gantungkan
dalam sudut hati. Dia adalah bintang
pujaanku. Orang ramai tak nampak peranan
ibu di balik tabir. Segala gerak-geriku
dibisikkan ibu supaya aku memandang ke bumi semasa mendongak ke langit.
Enam puluh peratus kehidupanku sehari-hari bersama
ibu. Ibu sentiasa menelanjangkan
kemiskinan keluarga supaya aku sentiasa ingat semasa umurku masih ada. ‘ Abah
dan mak tidak tinggalkan harta . Tak
payahlah engkau berebut adik-beradik seramai lima orang tu. Tapi tiap-tiap hari mak terpaksa menoreh
getah dan menbasuh pakaian untuk menyekolahkan engkau ‘, kata emak sambil
mengucap-ngusap rambutku.
Abah memang tak tanya fasal pelajaran. Nak ajar tak tahu. Nak tunjuk tak tahu baca., Tapi fasal beras dalam tempayan tak boleh
susutpun. Dia pastikan beras dalam
tempayan penuh setiap minggu. Bahagian
lauk-pauh ditentukan emak. Emak pandai
mempelbagaikan lauh-pauk setiap hari.
Kami tidak membantah sedikitpun. Yang
aku masih ingat lagi ialah sayur paku, cekur manis, suluh keladi, cendawan
tekukur dan pucuk ubi. Nak makan lauk
anak ikan tunggulah dua minggu sekali.
Aku memang geruh melihat pokok getah. Macamlah terperanjat melihat ular
tedung. Buaianku digantung pada pokok
getah. Aku nyak tidur dalam buaian kain
yang berbau hapak. Nyamuk-nyamuk degil
menghinggap tubuh menyebabkan aku terjaga dan menangis. Emak meluru dan rebut mengeluarkan aku daripada
buaian. Tangisanku berhenti
pelahan-lahan kerana dibelai oleh kemesraan ibu. Ibu menciumku beberapa kali
sambil meletakkan aku semula dalam buaian.
Aku merenung alam yang berbalam-balam. Janji
manisku kepada ibu masih bersimpul mati.
Aku tidak dapat melihat apa-apa di langit biru kecuali gumpalan-gumpalan
awan kelabu macam kapas. Senang cakap,
aku tidak berdaya menceritakannya. Oleh
itu aku tak berdaya mencoretkan kisah-kisah di langit. Tapi aku bias
mencoretkan berkajang-kajang kertas di ADILA ketika aku duduk di bumi yang
berbendul-bendul dan gurun keadaannya. Emak
telah mengajarku turun ke lantai dulu dan baru bersila rapat. Tingkahlaku itu sungguh mulia dan menampakkan
kami berbudi bahasa setiap masa.
Emak tidak mengenal sekolah. Dengan itu emak tak faham dengan 3M – Membaca,
Menulis dan Mengira. Tetapi emak pandai memujuk aku dan adik-beradik. Hati abah yang agak keras pun dapat
dilembutkannya macam kerak nasi. Cakao
emak memang betul jika kami perhalusi kata-katanya. Langkah hari ini menentukan masa depan
kamu. Emak tidak mahu kami mempusakai
nasibnya. Emak selalu mengingatkan
kami. ‘ Biar buruk kain dipakai, asalkan
pandai menjaga diri ‘, kata emak yang melimparlan kata-kata hikmatnya semasa
kami adik-beradik mengadap rezaki.
Kami adik-beradik tak lupa kata-kata emak. Kakak selalu mengulang-ulang kata-kata emak
sehingga hari ini supaya kami adik-beradik sentiasa ingat mengingati kata-kata
emak. Kata-kata emak memang lebih tajam
daripada mata pedang. Tapi emak tidak
pernah membunuh anak-anaknya dengan pedang yang tajam itu. Kami sentiasa menanti kedatangan Hari Ibu
walaupun emak telah lama pergi menyambut seruan Ilahi. Terima kasih emak. Terima kasih ibu yang telah meninggalkan kami
‘ gurindam ibu ‘ untuk direnungkan buat selama-lamanya.
ADI ADIDI
SUBANG JAYA
SELANGOR
A RAHMAN - Bintang
Pujaan
HETTY KOES ENDANG - Sang
Rajuna Hati
KARTINA DAHARI - Senandung Lagu Lama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan