Alhamdulillah. Aku
dapat juga menghabiskan ijazah setelah bertungkus-lumus dengan pelajaran. Bukan senang jadi mahasitua di kampus. Aku
terpaksa bersaing dengan orang-orang muda yang baru keluar dari sekolah. Tak menjamaah A atau B dalam kertas yang kuambil.
Dapat C pun menggambarkan keupayaanku sebagai mahasitua. Bayangkalah kalau
orang muda mentelaah buku 4 jam sehari, tapi aku pula mentelaah pelajaran 12
jam sehari. Tapi tak dapat juga kelas
pertama atau kedua atas.
Kawan-kawanku hairan. Kawan-kawan prempuan
ramai tapi semuanya tidak ada apa-apa. Aku cuma nak salin nota, bincang
pelajaran, kecek tugasan yang baik-baik dan pinjam salinan fotostat. ‘ Kau kalau nak cari Akmal pergi di biliknya
atau di perpustakaan. Dia tu alimmmm. ‘.
kata kawan-kawanku. Mereka tak tahu
bahawa aku dah cacakkan cerucuk supaya sijil ijazahku berkibar-bibar
melambai-lambai anak-anakku mengikuti jejak langkahku dengan lebih baik lagi.
Pada masa
dulu mana ada komputer? Semua tugasan
mesti bertaip dengan kemas. Aku terpaksa
menjajau ke bilik kawan-kawan bertanyakan mesin taip. Mereka juga 2 kali 5 dengan aku yang sedang
menyiapkan tugasan. Mata kekunci mesin
taip diketuk macam ayam patuk jagung.
Cara menaip kami memang tiada sistem. Aku terpaksalah membuat tugasan pada
tambahan masa kecemasan. Kadang-kadang
tu terpaksa ponteng kuliah kerana nak siapkan tugasan. Buat tugasan mesti banyak baca buku supaya banyak
notakaki dan dapat membahaskan pandangan penulis atau pengarang. Kalau tak ada benda-benda ini alamatlah tugasan
yang diperiksa oleh pensyarah dapat C sahaja.
Sepanjang
aku berada universiti ada peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Seorang pensyarah lelaki yang terkenal hingga sekarang ini hendak
memulakan kuliah. Pensyarah tersebut
memang disukai oleh pelajar dengan ketampanan dan kepetahannya bercakap yang membuatkan
pelajar tidak mengantuk. Dia memulakan
pertanyaan pada hari itu kerana hendak mengenali seorang pelajar. ‘ Siapa pelajar bernama si polan bin si polan
‘, katanya sambil mukanya berpaling ke kiri ke kanan mencari pelajar tersebut. Tiada seorang yang mengangkat tangan dan berdiri. ‘ Awak masuk universiti ini hendak belajar. Awak mesti mengikut kehendak-kehendak pensyarah.
Ada juga pelajar yang tidak mematuhi arahan pensyarah menghantar
tugasan. Dahlah lambat hantar, tugasan pula
dimasukkan bawah pintu bilik saya.
Kertasnya terperenyuk dan nasib baik saya tidak pijak.’, katanya sambil
menggelengkan kepala. Tiba-tiba masuk
seorang pelajar yang pensyarah tanya tadi.
Setiap mata tertumpu kepada pelajar tersebut dengan senyum.
Macam mana
nak beli mesin taip sendiri. Suru kami pun banyak mis selalu. Banyak makan mee dawai daripada nasi dan ayam
atau ikan. Duit tak cukup dengan Dermasiswa
Negeri yang diterima. Biasasiswa FAMA
(father and mother) memang tak ada. Mana nak beli buku yang disarankan oleh
pensyarah? Mana nak beli keperluan diri tinggal
di universiti? Mana nak makan pagi
petamg? Mana nak bayar tambang keretapi
bila pulang ke kampung? Nasib baiklah
ada abang angkat yang dapat separuh gaji.
Dengan muka duit sepuluh sen, aku
meminjam dengan abang-abang yang rapat.
Kadang-kadang tak bayarpun.
Mereka suruh taip tugasannya yang hendak dihantar kepada pensyarah. Ketidakan cukupan ini menyebabkan
kawan-kawanku bekerja pada sebelah malam atau waktu lapang.
Ada lagi
peristiwa yang selalu mengusik jiwaku tersenyum lebar. Kadang-kadang aku merasa tertekan dengan
kehidupan kampus. Sekali-sekala aku
mesti menghiburkan hatiku menonton filem.
Aku nak lupakan sekejap dengan tugasan yang melambak-melambak. Aku membuat keputusan menonton sebarang filem
tanpa mengira filem apa. Tiba di Bukit
Dumbar, semua kenderaan merangkak dan berhenti kerana pemeriksaan polis. Aku membelokkan motorsikal yang kupinjam
menghala ke universiti dengan tiba-tiba kerana aku tidak mempunyai lesen
memandu. Tiba-tiba seorang polis
bermotorsikal mengejar dan menyuruh aku berhenti. Polis meminta aku menunjukkan lesen
memandu. Ketika itu bas universiti
merangkak perlahan dan berhenti kerana masalah kesesakan jalanraya. Semua penumpang dalam bas menolehku kerana ada
antara mereka yang mengenaliku. Polis
tersebut melepaskan aku sambil memberi nasihat.
‘ Jangan buat begini. Awakkan
pelajar U. Cuba awak pusing tadi berlaku
kemalangan sehingga kehilangan jiwa.
Macam mana? ‘, katanya sambil menyuruh aku meneruskan perjalanan ke
bandar.
Semasa tamat
pengajian setelah menduduki peperiksaan akhir, aku dan rakan-rakan terus
teringatkan kampung halaman. Kami
berpakat tidak mahu tinggal semalam lagi.
Kereta berwarna merah bergerak perlahan meninggalkan kampus. Seorang kawan meminta rakan pemandu kereta
berhenti. Dia keluar sambil menyepak
pintu universiti olol-olok. Selepas itu
dia masuk semula ke kereta. ‘ Gerammmmm ‘, katanya minta simpati rakan-rakan. Kami ketawa berdekah-dekah melihat telatah sahabat
yang selama ini seorang pendiam.
AKMAL BIN ABDULLAH
Jalan Abd Rahman
Johor
AHMAD JAIS -
Mutiara Dari Pulau Pinang
IBRAHIM
BACHIK - Kucari Damai Di Hati
BLACK
DOG BONE - Geram
Tiada ulasan:
Catat Ulasan