Semua manusia menepis jauh-jauh kemalangan. Ada manusia memang mencari kemalangan. Baring semasa memandu motosikal. Bercakap dengan telefon bimbit semasa memandu
kereta. Macamlah umur manusia barang jualan di pasar raya. Kalau dah tak boleh pakai lagi, ganti
sahaja barang yang baru. Kalaulah dah tempang maka tempanglah seumur
hidup. Kalian yang menanggungnya. Rakan-rakan yang mengenali kita hanya
mengungkapkan kata-kata kasihan. Dulu tak cacat semasa ibu melahirkan sambil
menggeleng-gelengkan kepala.
Aku pernah terlibat dengankemalangan. Keretaku terjunam
dalam gaung bersama-sama anak sulungku.
Aku sedar dengan peristiwa yang berlaku itu dan boleh mencerita dari A
sampai Z. Kalau sakit jantung mungkin
dah lama jadi aruah. Semua manusia menepis jauh-jauh kemalangan. Berdoa dahulu sebelum keluar rumah supaya
dielakkan kemalangan Keretaku bergolek-golek beberapa kali dan tersandar pada
pokok besar. Enjin kereta berhenti
terperanjat bila rodanya ke atas dan bumbungnya ke bawah. Macam mana kami nak
keluar jika pintu kereta tak boleh dibuka dari dalam. Macam mana kami nak bergerak kalau kaki kami
di atas dan kepala kami di bawah. Nasib
baik kami ditolong oleh pekerja-pekerja yang sedang membina rumah burung walid.
Anakku menangis melahirkan sesesalan yang amat sangat. Dia yang memandu kereta. Dalam kejadian ini, aku tidak boleh menuding
jari. Memang telah tersurat nasibku
begini. Kadang-kadang kita berdisiplin
di jalanraya tapi orang lain tidak berdisiplin di jalan raya. Nak elak kereta di depan, kereta kita yang
terbabas dan tidak boleh dikawal lagi.
Semasa itu, aku tidak panik. Rupa
isteri dan anak-anak tersayang di rumah masih menggamit-gamit fikiranku setelah
menghadiri majis perkahwinan di rumah seorang sahabat. Aku ingat lagi sahabattt, walaupun rumahmu
berbatu-batu jauhnya. Jauh bukanlah
halangan. Dekat bukanlah rintangan.
Janji, aku sihat walafiat. Aku dan anak dihulurkan air oleh
pekerja-pekerja tersebut untuk mengurangkan rasa terperanjat. Kami dipapah berada di jalanraya dan cuba
melihat kereta kami. Tak nampak
apa-apa. Begitulah dalamnya gaung
tersebut.
Mungkin Allah menguji keimananku yang baru balik menunaikan
umrah? Mungkin malikat masih ada
bersama-samaku yang baru balik dari Tanah Suci?
Mungkin juga segala amalanku di Madinah dan Mekah diterima oleh Allah? Inikah kebenarannya yang Allah memakbulkan doaku,
semasa aku memanjat doa tawaf wida’. Aku
berdoa kepada Allah supaya memanjangkan umur dan memurahkan rezekiku supaya
pemergianku ini bukanlah pemergian kali yang terakhir. Air mata keluar tiada siapa yang
memaksanya. Aku begitu kerdil di sisi
Allah Yang Maha Kuasa. Aku tidak dapat
melakukan sesuatu melainkan kehendakNya.
Sebenarnya apa yang berlaku ini merupakan satu imbasan
belakang semasa aku berumur bawah sepuluh tahun. Peristiwa ini sudah berlaku
kira-kira 50 tahun yang lalu. Dulu
sekolah agama mengasingkan murid lelaki dan perempuan. Walaupun begitu kami tetap balik sekolah jam
3.00 petang. Pergaulan kami agak terhad
walaupun aku tahu nama-nama gadis itu.
Kemiskinan pada masa itu menyebabkan murid-murid ke sekolah pagi dan petang
dengan membetis sahaja. Itulah yang
menyebabkan betis-betis budak lelaki dan perempuan besar-besar belaka. Kebanyakan sekolah jauh-jauh dari rumah. Bayangkanlah kalau nak ke sekolah terpaksa
berjalan 1 – 3 batu? Walaupun jauh tapi
murid dulu jarang ponteng sekolah.
Hari itu hari khamis.
Sekolah akan ditangguhkan pada hari Jumaat dan Sabtu. Lapang rasa dada bila tak sekolah. Hari Ahad sekolah semula hingga hari Khamis. Begitulah rutin kami sebagai murid
sekolah. Murid-murid sekolah agama
dilepaskan oleh cikgu macam kambing keluar reban. Kami membetis
menuju ke rumah. Paip di tepi
jalan kami singgah menggogop air menghilangkan dahaga dan rasa penat menuju ke
rumah. Depan kami sekumpulan pelajar
perempuan yang terdiri daripada Hendon, Mariam, Zainab dan Aishah. Aku bersama-sama kawanku, iaitu Md Nor, Din
dan Osman. Kami tak berbual apa-apa
kerana nak cepat sampai ke rumah masing-masing.
Sebuah kereta dari belakang terbabas dan merempuh budak
perempuan. Seorang daripadanya melambung
ke udara dengan percikan darah di cermin
kereta. Budak-budak perempuan tersebut
meraung-raung macam orang tak sedar diri.
Ada yang terketar-ketar rasa ketakutan.
Masing-masing bertanya kawan-kawan.
Mana Hendon? Mana Mariam? Mana Zainab?
Mana Aishah? Mariam
merangkak-rangkak di atas rumput tepi jalan.
Zainab sudah tidak bertudung lagi.
Tudungnya entah ke mana perginya semasa peristiwa berlaku sekelip mata
itu. Aishah menjerit ketakutan macam
orang kena sampuk.
Masing-masing mencari Hendon, Buku-buku dan kitab-kitab bertaburan di atas
jalanraya. Ada kesan darah yang masih
hidup. Lembaga yang melambung tadi
adalah Hendon agaknya. Hendon tercampak
di dalam semak. Kain yang dipakai
tersingkap ke atas. Aku menangis tanpa
boleh dipujuk lagi bila melihat Hendon tidak bergerak lagi. Tangan dan kakinya lembik macam tiada
bertulang. Aku melaung sekuat-kuat hati
bila pakcik menyingkap baju Hendon.
Perutnya terburai. Sebab itu Hendon
tidak boleh diselamatkan. Hendon
meninggal di tempat kejadian.
Peristiwa 50 tahun itu menjadikan aku masih tertanya-tanya
dalam diri. Hendun melambung ke udara
semasa kemalangan berlaku. Kenapakah
tudung Hendon masih lingkup menutup kepalanya?
Tidakkah ada kuasa yang dapat menanggalkan tudung Hendon? Mungkin Hendon memakai tudung dengan ikhlas
dan tahu aurat seorang perempuan.
Perbuatan yang ikhlas dan niat yang luhur memang sentiasa diperkenankan
Allah. Ada satu lagi perbuatan Hendon
yang tidak disedari oleh orang ramai dan rakan-rakanku dulu. Mungkin Hendon pilihan Allah? Sedarkah kawan-kawanku yang meyaksikan
kejadian itu? Hendon tetap memeluk
muqadam di dadanya semasa ia terbujur kaku.
Aku menangis mengenangkan kembali peristiwa yang sudah berlaku 50 tahun
dulu. Mengapakah nasibku ditimpa
kemalangan dulu tak serupa dengan Hendon? Adakah nasibku nanti sama dengan
Hendon apabila mengadap Ilahi? Nasib
kita mungkin sama tetapi tidak serupa?
AZMAN BIN JAFFAR
Muar
ALLEYCAT - GERIMIS
SEMALAM
EKMATRA - PUSARA
DI LEBUHRAYA
A RAMLEE - HANYA
BAGIMU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan