Hari sabtu dan ahad seram
sejuk bulu roma. Entah bilalah isteriku
membuka mulut. Dah lebih umur setengah
abad kena jaga kesihatan kata Hang Mokhtar.
Kalau satu atau dua buah rumah tak apalah. Ini kalau dah lapan buah rumah sehari macam
mana? Orang dulu kalau nak pecah bisul
masa tutup sekolah. Tapi orang sekarang
suka sangat hari sabtu dan ahad.
Kadang-kadang aku buat
pening kepala. Isteriku tetap mengajakku pergi. Macam-macam katanya buat hatiku lembut macam
kerak nasi. ‘ Tak baik bang. Dulu orang datang rumah kita. Kesian tuan rumah. Siapa nak makan juadah jamuannya. Orang yang suka membazir tu kan saudara
syaitan ‘, kata isteriku yang memakai sedondon seluruh badan.
‘ Lapan buah rumah nak
pergi semua? Aduh DIVA? Matilah aku kali ini tak mengikut nasihat
Hang Mokhtar ‘, kataku sambil memakai baju batik. ‘ Siapa Biba bang. Macam nama orang perempuan je. Jangan-jangan abang ada mata air. Saya beri lampu hijauuu. Berdosa kalau saya halang hajat abang. Tentu nanti jemputan kita keracunan
mulut. Kenapa pengantin lelakinya sudah
tuaaa?, kata isteriku yang suka berseloroh.
Kami tawaf setiap rumah
jemputan. Ada rumah yang menjemput kami
menginai pengantin. Adapula rumah
kenalan rapat yang mempersilakan kami makan berdamai. Juadah makan berdamai memang membuka
selera. Maklukmlah lain dari yang lain
daripada juadah jemputan. Sesekali aku
merasakan gigitan semut api. Nak mengadui
terasa malu. Semut api mengigit lagi di
peha. ‘ Jangan makan banyak. Nanti kencing manis dan darah tinggi ‘, bisik
isteri ke telingaku. Barulah aku faham semut api yang menggigit
tadi.,
Dalam kereta aku
mengucapkan Alhamdulilah kerana hajat isteriku tercapai. Untuk menghilangkan rasa mengantuk kerana
kekenyangan, aku rancak berbual-bual dengan isteriku. Pendengaranku masih dibuai-buai alunan R
Ismail dalam lagu Pengantin Bersanding.
Aku senyum sendirian mendengar lagu klasik itu. Lagu-lagu baru bukannya tak suka tapi kurang
menggamit kenangan. Kiralah sendiri
kalau umur kami sudah berlarutan enam puluhan.
‘ Kenapa Nah dulu
tersipu-sipu malu semasa kita bersanding?
Puas abang menoleh dan menjeling.
Abang pun nak tengok Nah jadi pengantin.
Macam Puteri Gunung Ledang ke?
Macam Puteri Hang Lipo ke?, sambil membelok streng ke kanan. ‘ Nak malulah. Suami orang tak ada misai. Suami Nah ada misai kontot. Misai cari makan ya bang ‘, kata isteriku
sambil menjelirkan lidah mengejikku.
‘Abang tadi masa makan
berdamai kenapa bertambah? Perangai
abang tu mengingatkan Nah semasa kita makan berdamai. Patutnya pengantin tenguk sahaja dan cium
bau. Abang bertambah-tambah masa makan
berdamai. Nah dengar orang keliling
bercakap. Pengantin lelaki tu dah berapa
hari tak makan? Abang buat tak tahu sahaja. Lepas tu siap nyonyot tulang lembu pulak ‘, kata
isteriku membuka kenangan manis semasa kami jadi raja sehari.
Aku terkenang tinggal bersama
isteri saja di rumah. Anak-anak telah
berkahwin dan tinggal di Kuala Lumpur.
Perkahwinanku hanya dikurniakan empat orang anak. Hajatku hendak memiliki sepuluh orang anak
tak berjaya. Bila dah kena batang hidung
sendiri, aku tak berani cakap lepas.
Sayang atuk kepada anak tak sama sayang atuk kepada cucu. Ingat-ingat lupa aku tak pernah menjentik
cucu-cucuku. Kadang aku terpaksa berhenti semasa menyuap nasi kerana cucuku
yang berada di kerusi roda menangis.
“ Tak lama lagi dapatlah
Leman cucu. Biar cucu mereka haruk rumah
Leman. Baru Leman banyak mengucap dua
kalimah syahadah. Baru si Limah pula tu
tak sempat masak. Mati kebelailah Leman
sekeluarga ‘, kataku sambil menoleh
isteri. ‘ Tak baik awak doakan si Leman
tu. Anak sekarang bukan macam dulu. Mereka tak benarkan anak-anak mereka tinggal
dengan atuk nenek. Anak-anak jadi nakal
dan jahat. Biarlah atuk dan neneknya
duduk berehat. Biarlah atuk neneknya berbulan
madu sekali lagi. Syok tak abang ‘,
jawab isteriku selamba.
Aku merenung isteriku tak
berkelip-kelip. Aku tetap sayang kepada
isteriku. Kasih kepada isteri hanya
seorang. Kasih kepada cucu-cucuku terpaksa dibahagi-bahagikan. Sakit atau pening hanya isteriku yang sedia
mengurut-urutku. Hanya isteriku sahaja
yang menemaniku mendengar Malar Segar.
Cucu-cucu belum mengerti lagi Lagu-lagu Notalgia, Masihkah Kau Ingat,
ADILA dan Malar Segar. Sesungguhnya masa yang lepas telah berlalu. Tak mungkin kami dapat mengembalikan masa
yang indah itu. Tapi segala rancangan yang tersebut itu
berupaya menggamit kenangan kami.
Isteriku telah tertidur
keletihan berkunjung lapan buah rumah.
Aku membelok kereta masuk ke halaman rumah. Sebuah kereta berflat Kuala Lumpur terletak
di garaj kereta. Menjojol anak
perempuanku dari pintu sambil mendokong cucuku berumur lapan bulan. Aisya Arissa menata-nata tangannya melihat
aku berdua. Aku dan isteri memandang
muka antara satu sama lain melihat keletah cucuku. Aku mendukung cucuku walaupun masih
kepenatan.
KHAIRUDDIN ALADDIN
Taman Seri Temenggong, Johor.
R Ismail - Pengantin Bersanding
A Rahman - Pilihan Hatiku
Kopratasa - Permata Untuk Isteri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan