Aku terperenyuk sahaja dalam bilik. Jam menandakan hanpir pukul 2.20 petang. Hari Ahad mana ada ADILA. Aku memejamkan mataku supaya aku lebih nikmat
lagi mendengar rancangan Dari Hati Ke Hati.
Walaupun jasadku berada dalam bilik, tetapi fikiranku menjelajah ke
tempat-tempat yang tidak bernama.
Lagu-lagu yang tidak pernahku dengar dicatatkan dalam buku kecil buat
rancangan ADILA. Begitulah rutin aku setiap
malam sambil mencatatkan lagu-lagu lama dalam rancangan Malar Segar.
Sedang aku membelek peta,
pintu bilik diketuk orang. Dua orang lelaki dan seorang perempuan menunggu di
luar. Beg dan barang-barang yang dibawa
dimuatkan dalam alamari. Lepas itu
ketiga-tiganya keluar entah ke mana. Aku
sambung lagi melihat peta. Dunia ini tak
jauh. Dengan adanya kapal terbang
destinasi kita makin dekat. Lepas itu aku
menyampurnakan solat jamak magharib dan iysyak.
Sekali lagi pintu bilikku diketuk.
Masuk seorang lelaki yang sebaya denganku dan agak serius.
Dia bertanya nama dan
umurku. Aku jujur memberikan nama dan
tarikh lahirku sama. Kami bertukar-tukar
tajuk perbualan hingga melarat ke soal keluarga. ‘ Panggil saya abang ya walaupun umur saya
tua bulan sahaja ‘. Katanya melangkah keluar hendak menuju ke tandas. Aku tersalah teka. Rupa-rupanya wajah aku nampak lebih tua
daripadanya. Kelebihannya berbeza dengan
aku. Dia selalu minum air sejuk. Makanannya terkawal dan tiap-tiap petang dia
menumpang main badminton atau berjoging.
Selama tiga hari kami
berkursus, aku dapati dia seorang yang alim.
Maklumlah orang Trengganu.
Anak-anak dikawal menonton tv dan bermain game di komputer rumah. Sebab itulah anaknya menjawat guru ijazah dan
diploma. Semakin hari perhubungan kami
menjadi mesra macam adik-beradik. Makan
bersama. Sarapan bersama dan tidur pun
bersama. Tapi mimpi saja yang berlainan. Aku teringatkan isteri yang masih
bertugas. Dia mengingatkan anak-anak
yang telah berkahwin.
Dalam masa kami terkelip-kelip
memejamkan mata, bilik kami kami terasa
panas walaupun suis air-con dan kipas berpusing ligat. Aku terpaksa godeh suis air-con supaya
berfungsi. Air-con tetap panas
juga. Dia nungkin dah biasa tidur dalam
bilik panas tanpa air-con. Aku tak cepat
hilang akal. Aku bentang kain selimut
dan tidur di atas lantai. Rupa-rupanya
gelagat aku disedarinya semasa dia ke tandas waktu tengah malam. Kami terseksa dua malam walaupun telah diadukan
kepada pihah berkuasa. Oleh kerana
air-con tidak dapat dibetulkan, maka kami diarahkan tukar bilik.
Semasa kami bertukar bilik,
kunci bilik baru entah mana aku letakkan.
Matanya memang tajam dan menghidu kunci bilik yang hilang. Kunci bilik ada tapi terjatuh di bawah beg
besar. Kami berdua ketawa bersama. Dengan itu bilik kami selamat semasa kami
meninggalkan bilik. Dia juga pernah menggelabah
semasa dia hilang telefon bimbit di bilik lama.
Rupa-rupanya telefon binbitnya jatuh bawah katil. Bunyi ada tapi rupa tiada bila dicari menggunakan
telefon bimbitku.
Malam terakhir dia
mengelabah sedikit dan hendak bertanya suatu kepadaku. Perasaan malu terpaksa dibuagnya
jauh-jauh. Esok dia terpaksa
membentangkan pengucapan awam di atas tajuk yang diberikan selama 10
minit. Aku memberikan dia isi dan menciptakan
serangkap pantu penutup macam DJ juga.
Aku lihat dia ada keyakinan diri untuk membuat persembahan. Esoknya aku bergolot pulang ke rumah kerana
isteriku terpaksa menghadiri kursus.
Kami berpelukan sebagai adik dan abang sambil meninggalkan alamat FB dan
Email masing-masing.
Semasa aku menaiki kereta,
abang berlari menuju ke kereta sambil menghulurkan jam. Jam tu murah saja tapi pemberian semasa aku
diberikan Khidmat Cemerlang semasa bertugas.
Jam yang tertinggal itu memberikan seribu makna. Aku bersyukur kerana mendapat abang yang
amanah. Jam juga mengikat tali
persaudaraan adik-beradik yang baru berjumpa mesra. Jam juga meninggalkan serbu kenangan di tempat kursus bersama
abang. Abang memberikan stu berita dalam
FB. Dia nebduduki pempat pertama dalam
mempersembahkan pengucapan awam. Akhir
sekali betullah kata peribahasa Melayu.
Biar genting, jangan putus perhubugan adik-beradik. Ular menyusur akar tidah akan hilang bisanya.
MUSTAFA SULAIMAN
TEREGGANU
LAGU IRINGAN
Kumpukan Bolle-Bolle –Hanya Kenangan
Bing Slamat – Serunai Malam
Ahmad Jais-- Kesepian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan